"Alright, kita cuba something classic dulu. Start!" Arah Olivia. Kami semua bermain serentak.

Aku boleh kata yang Olivia tu ketua kami kerana dialah yang paling tua antara kami. Tapi Justin yang banyak uruskan semua benda memandangkan dia seorang lelaki yang berwibawa. Jadi, segalanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah...

"Stop!" Suara Olivia menghentikan melodi kami. Dia menoleh ke arahku pantas. "Hailey, awak terlalu slow! Ini classic modern. Bukan mozart."

Aik, apa kena mengena dengan mozart pulak? Dah kata main lagu classic, aku pilihlah piano sonata. Tak pasal-pasal kena marah pula.

(Okey, author main sebut je ni. Maaflah kepada pianist di luar sana! Hahahaha. Maklumlah, nak belajar memang susah ler so belajar sendirilah jawabnya.)

"Mula sekali lagi!" Olivia mengarahkan kami sekali lagi apabila aku mengangguk faham. Kami mula bermain sekali lagi.

Aku membetulkan segala kesalahan yang aku rasa ada. Entah kenapa aku rasa geram pula apabila ditegur. Bukan aku tidak mahu menerima kesalahan aku tetapi mungkin kerana aku sudah lama berlatih dengan keluargaku. Aku ni, Chanson kot!

"Hailey! You're too fast right now. The song doesn't need to be so emotional. We're going to sing." Tegur Olivia dengan kasar sekali. Faron yang sedang memegang mikrofon di sebelahnya hanya terpinga-pinga.

Aku yang sudah naik marah menghentam keyboard menggunakan jariku dengan sekuat hati. Dia kenapa nak marah-marah?! Apa salah aku? Kenapa aku?

Oleh itu, terdiam semuanya.

"Kalau susah sangat nak ikut saya, biar saya yang conduct benda ni." Balasku yang cuba untuk bertenang.

Tanpa membuang masa, aku menyarungkan sarung tangan pada tanganku yang bertanda. Sewaktu aku melalui mereka, Lydia yang bagaikan sudah tahu apa yang bakal terjadi tersenyum gembira. Amboi, senyum tu jangan obvious sangat.

"Okey." Suaraku mula melantun di studio itu. Sementara aku menggenggam-genggam tangan sebagai warm out, aku sempat menukar tanda lahirku kepada baton ochestra.

Pada mulanya, Olivia ingin memintas aku namun pegangan Justin pada tangannya membuatkan dia menoleh ke arah jejaka itu. Justin hanya menggelengkan kepala agar dia mendengar sahaja kata-kataku.

Aku mula mengarahkan mereka seorang demi seorang mengikut bibit melodi yang sesuai. Jangan risau, aku tidak akan menunjukkan kelebihanku kepada mereka. Hanya bibir yang berbicara, tangan pula tidak memegang apa-apa.

"Baiklah itu sahaja. Faham, semua?" Akhiri aku dengan senyuman puas. Mereka semua terangguk-angguk setuju. Bagaikan sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan, mereka mencuba-cuba mengikut apa yang telah aku ajarkan. 

"Faham!" Jawab Lydia, riang. Dia memetik gitar bersama Reuben lalu ketawa bersama.

Olivia yang berada di sisi Justin ternganga besar. Faron yang melihat pula hanya merenungku jauh.

Dengan penuh gembira, Min Hyuk mengetuk dram. Wah, sedap bunyinya. Begitulah!

"Jadi..." Talha seperti hilang arah. "Aku kena main tamborin?"

Aku membalas persoalannya dengan anggukan.

Dia mencebik sebelum menukar tanda lahirnya. "Tak bestlah macam ni."

"Senior, ini bukan kenduri nak main kompang. Ini Muzika Melodia, bukan Malaysia." Tuturku padanya dan kemudian ketawa kecil.

Talha hanya menjelingku sekilas lalu mengeluh kecil. "Haih, yalah-yalah."

Dalam kesibukan itu, Justin mampir ke arahku. Aku sempat menyembunyikan tangan ke belakang untuk menukar bentuk tanda lahir. Sekiranya dia nampak cahaya di tanganku itu, habislah. Maklumlah, warganegaranya sama denganku. Chanson itu, dia tahu!

"Macam mana awak boleh tahu semua tu?" Soal Justin, curiga. Dia mengecilkan matanya memandangku.

Aku sekadar menjongketkan bahu. "Belajar. Saya suka muzik jadi saya baca semua buku muzik tak kiralah apa-apa alat muzik sekali pun." Dalihku. 

"Senang kata, Hailey ni berbakat." Kata Faron yang muncul di sebelah Jusin sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Bersinar-sinar matanya memandangku.

Hahaha, yalah Faron. Aku memang berbakat. Cumanya, aku tidak boleh beri arahan untuk oktaf suara kalian berdua sahaja. Jikalau tidak, memang terbongkar semuanya!

"Bab nyanyian kalian tu, pandai-pandailah ya. Saya tak tahu." Ujarku pada Faron yang sibuk mengusik Justin. Justin yang malas melayannya hanya menjeling ke atas tanda bosan.

"Eh, jangan risau. Aku dengan Olivia boleh urus." Jawabnya dengan mendabik dada. Wah, yakinnya kamu, hebatnya kamu.

Maka, berakhirlah malam itu dengan latihan masing-masing. Aku pasti, kalau aku yang urus, pasti segalanya akan berjalan lancar.

Segalanya demi ke Jepun!

Walaupun aku tak mahu mereka datang ke rumahku sekiranya kami menang nanti.


Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now