5

422 103 30
                                    

"Sama sahaja jawapannya. There is no 'the end' in my life. Walaupun saya akan mati nanti. The journey doesn't end. Death is just another path. One that we all must take. Hakikatnya saya bukannya mati. saya cuma dipindahkan ke alam lain. Kemudian, saya akan mulakan hidup baru di sana dan mungkin tunggu untuk dilahirkan semula. Kitar hidup saya berpusing pusing." ujar aku dengan penuh yakin.

Setelah mendengar penjelasan dari aku, iris matanya perlahan lahan digerakkan dan memakukan pandangannya ke arah aku.

Bibir bawah aku gigit sesaat sebelum air liur aku telan, rasa gemuruh menyelubungi diri.

Anak matanya merenung ke dalam anak mata aku. Jari jemari aku dicantumkan, takut pula dengan renungan tajamnya.

Dreet! Dreet!

Handphonenya bergetar menandakan 80 saat sudah pun berlalu. Sudah tiba masa untuk aku pergi.

"Masa sudah habis.... S-saya keluar dulu."

Mujur, masa sudah habis. Aku dah boleh keluar. Punggung aku perlahan lahan diangkat dari kerusi. Anak mata Jungkook masih merenung ke anak mata aku.

Dia turut bangun dari katilnya.

"Jangan. Nanti dulu.."

Kedua tangannya memegang belakang kepala aku. Memaksa untuk aku memandang ke dalam matanya. Saiz anak mata aku bertukar menjadi saiz yang lebih kecil kerana takut.

Kenapa dengan lelaki ini...

"Kenapa aku tak nampak?"

Keningnya dikerutkan. Suaranya agak bergetar.

"N-nampak apa?"

"Masa depan kau."

[C] the end.Where stories live. Discover now