4

414 105 11
                                    

"80 saat bermula sekarang."

Jam saat di handphonenya mula berdetik.

Dia duduk bersila di atas katil sambil wajahnya menunduk memandang kakinya. Aku tersenyum kecil melihatnya. 

Sampai begitu sekali dia mahu aku keluar?

Kerusi yang berada di sebelah katilnya aku tarik dan bawa ke hadapannya.

"Kenapa? Kenapa takut nak keluar rumah, Jungkook?" soal aku seraya punggung dilabuhkan.

Rambut aku yang panjang, aku ikat dengan menggunakan getah rambut yang berada di pergelangan tangan.

Buku nota dikeluarkan dari beg kecil berwarna kuning yang tersilang di badan.

"Kau tak perlu tahu."

"Anggap saja saya ini kawan awak. Tak apa, you can tell me everything."

Dia berdecit. Bahunya seakan bergoyang sedikit, bunyi ketawa darinya akhirnya terletus kedengaran.

"Kau? Kawan? Hahahaha... Cik Soojin, aku ada soalan.. Kau percaya tak tentang 'The End' dalam hidup?"

"Just call me Soojin. The End? Tak."

"Tak? Kenapa?" Senyuman sinis Jungkook tersungging.

Meskipun wajahnya samar samar, tetapi dua ketul giginya yang kehadapan itu jelas kelihatan.

"Bagi saya, 'the end' tak wujud. Saya part time penulis di aplikasi Sseum.  Saya tulis 'the end' di pengakiran cerita tapi tak semestinya setiap penamat cerita saya adalah penamat bagi karakter itu sendiri. Karakter itu itu hidup. Meskipun tak diceritakan kesinambungannya, watak itu masih bergerak dengan sendirinya tanpa ditaip."

Mukanya kini diangkat tetapi anak matanya memandang ke arah lain. Bukan pada aku. Senyuman sinisnya berubah kepada senyuman lebar. Sedikit keikhlasan di situ, mungkin?

"Aku bercakap tentang dunia realiti." 

[C] the end.Where stories live. Discover now