9

380 99 1
                                    

Aku membantu Ms. Jeon meletakkan pinggan mangkuk ditempatnya. Sesekali, kornea mata aku melirik ke arah Ms. Jeon yang sedang duduk di meja makan sambil memandang gambar Jungkook di handphonenya.

Aku berjalan menghampiri Ms. Jeon dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku tersenyum melihatnya. Tangannya yang sedikit berkedut itu aku capai dan mengenggamnya erat. 

"Aunty.. Aunty tahu kenapa Jungkook tak pernah keluar dari bilik?" soal aku dengan penuh berhati hati. Tidak mahu menjadi punca wanita berusia ini menangis lagi.

Ms. Jeon melepaskan nafas berat sebelum menjawab. Suaranya sedikit garau, berbeza dengan pagi tadi. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Kasihan wanita ini. Dia rindukan anaknya.

"T..Tak.. Dia tak beritahu." Balasnya dengan suara yang hiba sambil menggeleng beberapa kali.

"Apa membuatkan aunty fikir yang dia sakit?" Tanyaku lagi.

Kali ini dia hanya mengangkat bahu sebelum menggeleng. Matanya masih tak lepas memandang handphonenya.

"Dia tak sakit aunty.. Dia cuma istimewa. Dia boleh tengok baca masa depan. Melalui pandangan mata, dia boleh nampak bagaimana pengakhiran hidup seseorang. Sebab itulah, dia tak pernah keluar bilik. Dia takut, dia akan bertentangan mata dengan orang yang paling dia sayang. Dia tak mahu tahu semua tu.."

[C] the end.Where stories live. Discover now