10

403 101 10
                                    

Tombol pintu dipulas, pintu dikuak kecil. Luasnya hanya cukup untuk aku seorang sahaja yang boleh masuk.

Keberadaan Jungkook di atas katil membuatkan aku tersenyum nipis. Dia sedang duduk bersila sambil membaca komik. Bantalnya diletakkan di atas peha.

"Jungkook, saya nak balik ni... "

Senyuman masih belum pudar dari bibir.  Walaupun baru berkenalan semalam, tetapi aku sudah rasa berat hati untuk tinggalkan lelaki ini.

Jungkook meletakkan komiknya di atas katil. Kini, tangannya mencapai handphonenya yang berada di bawah selimut.

"Jadi... Ini pengakhiran pertemuan kita?"

"Nope, just like I said. There is no ending so.. see you next time. Kalau terserempak, tegurlah saya. Saya duduk 30 minit jauh je dari awak. Okaylah, saya pergi dulu."

Backpack yang disandang, aku perbetulkan. Jungkook memanggil disaat pintu hampir tertutup habis.

"Kejap! Kau... main Sseum kan? Apa.. username Sseum kau? Aku nak follow."

Pintu dikuak kembali. Kali ini, lebih luas. Anak mata aku bertemu dengannya. Perasaan teruja tak dilindung.

"Awak main Sseum juga? Apa username awak? Saya -xxsoojinxx- ."

Jungkook memandang aku dengan sebelah keningnya dijongketkan. Satu senyuman sinis tersungging di hujung bibirnya sebelum dia berdecit perlahan. 

"Oh... Kau ke yang meniru cerita aku tu? Kau psikiatri rupanya."

"Ha? Awak jjknation? Awak! Awak penipu!! Awak yang tiru cerita saya kan?!!"

Perasaan teruja diganti dengan perasaan marah. Lagi panas aku dibuatnya apabila lelaki di hadapan aku ini tidak menunjukkan sekelumit rasa serba salah pun. Malah, dia lagi menegakkan benang yang basah.

Jungkook tak lagi dipandang sebagai patient. Well, he never become one because he is normal!

"Aku tak meniru! Aku bersumpah."

"Macam mana awak kata awak tak meniru kalau setiap huruf, setiap perkataan, jumlah perkataan pun sama dengan saya? Awak ingat saya bodoh? Dahlah, semoga tak berjumpa lagi. Goodbye."

Pintu aku tutup rapat. Tak sampai sesaat, pintu itu terbuka kembali dan Jungkook memegang lengan aku dengan pandangan redup dari matanya yang bulat.

Dia seakan takut. Wajahnya tampak panik. Aku pula yang rasa serba salah kerana melenting tak tentu hala.

"Soojin.. Tunggu. Percayalah cakap aku. Aku tak meniru... Aku boleh bagi kau tengok draft aku, masa aku belum publish cerita tu."

Sebelah tangan aku dicapainya sebelum dia meletakkan handphonenya di telapak tangan aku.

Aku memandangnya dengan rasa serba salah. Satu per satu draftnya aku periksa.

"J-Jungkook....."

"Kenapa?"

"S-sama..."

[C] the end.Where stories live. Discover now