11

168 11 7
                                    

Ermm.. Hello semua. Kalau nak feel lebih, rajin rajin lah tekan vid kat atas tu. Terima kasih semua.
-
-
-

Yeonra's

...

9 bulan kemudian..

"iyalah mama. Yeonra dah pack ni nak balik Korea. Mama tunggu Yeonra ya"

"iya sayang"

Aku mematikan panggilan.

Aku bergerak ke arah Chaeyoung. Dia juga sudah bersedia mahu pulang ke Korea. Untuk pengetahuan semua, Chaeyoung dan Kyungsoo sudah bertunang. Itulah, dulu aku dah pesan jangan benci sangat, nanti jatuh hati parah!

Kami bergerak ke lapangan terbang. Dalam gembira aku mahu menyambut puteri sulung aku, terselit kepahitan dalam kemanisan. Aku akan diceraikan dan hak penjagaan akan diberikan kepada, Sehun.

Aku lupakan perkara itu untuk seketika. Aku mengusap perut aku yang sudah membesar itu. Aku melelapkan diri. Dengan harapan bila sedar, aku sudah berada di Korea.

.....

"Yeonra. Kita dah sampai. Wake up!"

Aku bangun setelah dikejutkan Chaeyoung.

Aku membuka mata. Rindunya permandangan Korea! Rindu sangat! Baru sahaja 9 bulan tidak pulang. Perasaan rindu itu sudah berkobar kobar.

Aku menuju ke rumah kedua ibu bapa aku.

"Yeonra sayang!" aku disambut oleh kedua orang tua ku

"rindunya!"

"papa tak sabar nak jumpa dengan cucu papa!" teriak ayahku

"mungkin papa tak dapat jumpa dia. Sebab hak penjagaan Sehun akan tuntut"

Wajah mereka mula suram.

"maafkan mama dengan papa sayang. Sebab dah rosakkan masa depan sayang. Papa menyesal!"

"tak apalah. Benda dah jadi. Dan Yeonra akan hadap semuanya"

"rehat lah dulu. Petang ni kita pergi ke mahkamah"

Aku hanya mengangguk.

Aku naik ke bilik tidur. Rindunya. Aku juga rindu saat saat pertama aku bersama Sehun disini. Aku mencuci lukanya sehingga tertangkap dan terpaksa berkahwin.

Disini jugalah Sehun pujuk aku masa aku demam. Dan disinilah punca hubungan aku dengannya akrab.

Aku mengemas barang aku dan barang bayi ke dalam almari. Tak sabar nak tengok sayang mama.

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 3. Aku segera bersiap. Perbicaraan akan mula pukul 4.

Kami sekeluarga turut disertai Chaeyoung menuju ke mahkamah Seoul. Perasaan sedih menyelubungi diri. Aku mengusap perut aku.

Sabar ya sayang mama. Mama tahu sayang tak sabar nak jumpa papa. Jangan tendang mama sayang. Sakit!

Aku menuju ke arah keluarga Sehun. Terasa ada satu beban yang menghentam aku. Aku rindu Sehun sangat. Boleh aku peluk dia?

"Yeonra sayang. Mommy minta maaf bagi pihak Sehun. Sehun banyak salah dengan Yeonra. Mommy tahu semua tu"

"takpa mommy. Yeonra ok"

Aku menapak ke arah Sehun.

"Husband..."

Aku menegurnya.

Cermin mata hitam dicabutnya.

"wife.."

"boleh wife peluk husband untuk kali terakhir?" pintaku

Sehun menarik aku di dalam pelukannya. Tetapi tidak erat. Ada sesuatu menghalang kami. Perut aku. Biarlah. Dia dapat peluk papa dia juga.

Untuk pertama kalinya aku dapat rasakan pelukan kasih sayang daripada Sehun.

Aku mencapai tangan Sehun lalu meletakkannya pada perut aku. Dapat rasakan tendangan kecil pada perutku

"jangan tendang mama.. sayang" ucap Sehun

Aku tersenyum. Alangkah bahagianya kalau ini realiti hidup kami.

Kami terpaksa berpisah selepas dipanggil peguam. Semua mula masuk ke dalam bilik perbicaraan. Ramai ahli keluarga memenuhi ruangan itu.

"pasangan ini telah memfailkan penceraian 9 bulan yang lepas. Dan ini masanya untuk lafaz dilepaskan kerana masa melahirkan zuriat sudah hampir tiba."

"jadi kedua belah pihak diberi peluang untuk berjumpa antara satu sama lain. Dipersilakan"

Aku keluar daripada kandang yang memisahkan aku dah Sehun. Kami bertemu di tengah tengah.

"Sehun.. Wife minta ampun dan maaf andai sebelum ini wife banyak buat salah dengan husband. Halalkan semua makan minum wife."

"Husband pun sama sayang. Maafkan Husband sayang. Husband selalu leka. Sepatutnya husband jaga sayang betul betul. Husband nak sayang tahu, husband cintakan sayang dunia akhirat. Husband cintakan sayang. Cuma ego yang merosakkan semua ni"

Sehun mengucup dahi aku lama

"husband.. Jaga Hyura baik baik.
Jangan layan dia macam husband layan wife. Faham dia. Jangan buat apa yang pernah husband buat dekat wife pada dia. Sayang dan cintakan dia sepenuh hati. Jangan sesekali ingat sayang depan dia. Jaga hati dia. Jaga anak kita elok elok husband! "

" nama anak kita Oh Seyeon"

"nae. I love you! I mean it till the day i die. Jaga diri sayang. Husband tak ada di samping sayang kalau sayang perlukan husband. Maaf"

Dahi kami bercantum seketika. Mata yang memandang kami hiraukan

"baiklah. Boleh kembali ke tempat asal" hakim memberi arahan

Sehun tidak mahu lepaskan tangan aku. Ya Tuhan kenapa sulit sangat untuk aku lepaskan dia kali ni?

"i love you so much"

"i love u more!"

Kami meleraikan pelukan.

"jadi dengan ini, setelah permintaan dimohonkan, hak penjagaan anak kandung akan diberikan kepada si bapa, Oh Sehun." ucap hakim

Air mataku sudah mengalir.

"jadi, pihak Oh Sehun. Sudahkah anda bersedia melafazkan cerai pada pihak Oh Yeonra?"

Sehun memandang aku. Aku hanya mampu menangguk kecil.

"dipersilakan Oh Sehun"

"Oh Yeonra.." ucap Sehun

Aku menangis untuk tiba saat paling tersakit dalam hidup aku

"aku Oh Sehun.. lepaskan kau"

Pecah juga akhirnya tangisan aku.

Oh Sehun juga turut mengalirkan air matanya.

"maka dengan ini Oh Sehun dan Ahn Yeonra bukan lagi sepasang suami isteri. Talak akan dijatuhkan sebaik sahaja zuriat dilahirkan"

Tuk! Tuk!

Hakim mengetuk tukul. Maka dengan ini keputusan muktamad.

Kenapa pengakhiran hidup kami perlu begini?

.....

PAINFUL REGRET + [OSH] Where stories live. Discover now