4

159 12 10
                                    

Sehun's

.....

Ayat dia membuatkan aku terkesan. Dia anggap aku akan lepaskan dia. Kenapa dia taknak letak harapan tinggi? Kata kata dia tadi buat aku rasa bersalah.

Tapi aku akan cuba usir jauh jauh. Aku tahu memang aku yang tak layak untuk dia. Dia, terlalu baik untuk aku. Aku ni jahat! Selalu susahkan dia.

Aku memakirkan kereta aku di bawah garaj yang memang disediakan pihak sekolah untuk kami. Dari jauh aku dapat lihat kelibat Hyura. Dia mesti tunggu aku.

Aku pun tidak pasti dengan perasaan aku sekarang. Kalau dulu aku selesa dengan Hyura, tapi sekarang tidak. Kalau dulu aku sayangkan dia separuh dari nyawa aku, tapi sekarang tidak. Kalau dulu aku rindukan pelukan dan suaranya, tetapi sekarang tidak.

Kenapa dengan aku sekarang ni?! Ingat Sehun! YEONRA HANYA MANGSA BULI KAU SAHAJA! Dia bukan siapa siapa bagi kau! Ok!

Aku keluar dari perut kereta. Aku mula berjalan ke arah Hyura yang sedang terkinja kinja memanggil aku. Huh! Serabut juga kadang kadang. But, never mind!

Ramai pelajar yang mula memerhatikan aku dan Hyura. Aku hanya hiraukan mereka. Tidak lupa juga, aku nampak Yeonra. Dia mesti tengah tengok aku.

Aku memeluk bahu Hyura. Dan ya, Yeonra berjalan tepat di hadapan aku. Dia tidak hiraukau aku pun. Aku melepaskan pelukan tadi lantas berlari ke kelas. Jeritan Hyura aku hiraukan.

Aku mengambil tempat di sebelah Kyungsoo yang sedang tekun ulang kaji. Ish! Geram betul. Tak sedar pun aku ada sebelah dia.

"wei!" aku menepuk lengannya

"wae?!"

Aku menjeling lalu mengambil tempat di sebelahnya.

"weh Sehun!" Kyungsoo lantas menutup bukunya tadi

"kau kenal tak Chaeyoung?" soal Kyungsoo

"Chaeyoung?" soalku kembali

"alahh. Chaeng.. Kelas sebelah, kawan baik Yeonra si mangsa buli kita tu" terang Kyungsoo

Oh. I get it.

"cakaplah Chaeng! Chaeyoung.. Chaeyoung!!"

"ish! Chaeyoung tu nama panjang dia!"

"haa kenapa dengan dia?" aku menyoal Kyungsoo

"aku rasa dia mangsa buli kita seterusnya la..bukan apa, pagi tadi dia cari pasal dengan aku weh. Panas hati aku ni" ucap Kyungsoo

"dia ganas la wei! Aku rasa aku tak nak masuk campur. Buatnya dia terajang kita, naya je"

"alaaa kau ni! Kau ikut je plan aku! Aku pandai pandai lah nanti"

"ish ye lah ye lah!"

Kami kembali normal selepas guru mata pelajaran pertama masuk.

Masing masing fokus.

Tetapi tidak bagi aku. Aku lebih gemar berangan berbanding fokus pelajaran.

.....

Aku mengerling jam tangan. Sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi. Perut aku mula berkeroncong. Aduih lambat pula cikgu lepas rehat hari ini.

Selang beberapa minit, kami mendapat arahan supaya turun rehat. Aku dan Kyungsoo bersorak gembira. Kelas lain semua sudah bergerak rehat.

Aku dan Kyungsoo menuju ke cafe sekolah. Kami mula membeli makanan masing masing lalu mengambil tempat duduk. Aku nampak kelibat Yeonra dan kawannya yang sedang berjalan.

"Sehun..Chaeng datang!!!" teriak Kyungsoo

Kyungsoo menarik cawan Chaeyoung sehingga menyebabkan air itu tumpah membasahi baju sekolahnya. Kyungsoo tergelak kegembiraan. Puas sudah hatinya.

Aku melihat Yeonra disebelah yang sedang melopong. Sejurus itu Chaeyoung lantas menarik kuat rambut Kyungsoo. Ok. Perbuatan itu aku tak jangka. Serious aku speechless. Aku dah ingatkan kau Kyungsoo, Chaeng ni ganas. Kau jangan main main.

"LAP BAJU AKU SEKARANGGG!!!!" teriak Chaeyoung kuat.

Semua mata tertumpu ke arah kami. Gila ini perempuan.

"Heyy!! Apa bising bising ni?! Hey girl, lepas rambut Kyung oppa boleh tak? Suka hati main tarik tarik rambut orang"

Ok guys. Hyura datang.

"KAU INGAT EH! HUTANG KAU DENGAN AKU BELUM SELESAI!" ugutan terakhir Chaeyoung sebelum mereka beredar membuatkan aku telan air liur payah.

"oppa! Hyura nak duduk sini boleh?" soal Hyura lantas mengambil tempat disebelah aku

Aku hanya memerhatinya.

Kyungsoo daripada tadi menggaru kepalanya. Mesti sakit kan kena tarik rambut tadi. HAHAHA! Congrats la Kyung! Aku bangga sebab kau berani cari pasal dengan minah tomboy tu.

" weh. Aku blah dulu. Aku tunggu kau dekat kelas." ucap Kyungsoo lantas beredar

"ok"

"Hyura. Dah siap makan?" soalku

"erm."

"jom"

Kami bergerak ke kelas. Di tengah perjalanan, Hyura mengajak aku untuk ke taman belakang sekolah. Katanya mahu tenang. Aku hanya menurutinya.

Kami duduk di sebuah bangku.

"oppa. Hyura nak kiss boleh?" soalnya

Aku merapatkan wajahku padanya. Kenapa aku rasa janggal sekarang? Padahal dulu aku rasa lain.

Lantas itu aku mengucup bibirnya untuk seketika. Aku segera menarik wajahku. Aku menoleh ke arah kanan.

Damn! Yeonra!

Dia nampak aku! Dia lari!

Tapi, kisah apa pulak aku. Dia bukan siapa siapa pun bagi aku. I don't even care!

Aku berdiri menuju ke kelas.

"Hyura. Petang ni oppa tak boleh balik dengan Hyura.. Oppa ada hal"

"oppa!!!"

Jeritan Hyura aku hiraukan.

.....

PAINFUL REGRET + [OSH] Where stories live. Discover now