5

137 13 1
                                    

Yeonra's

.....

Usai meneman Chaeyoung membersihkan bajunya tadi, aku menuju ke taman belakang sekolah. Sebenarnya aku tertinggal buku di situ.

Tepat pada masanya, tidak semena mena aku ternampak sebuah adegan yang mampu menyayat hati aku. Aku hanya mampu menepuk tangan. Siapa aku mahu menghalang mereka?

Jeles? Tidak sama sekali! Memang tidak lah aku nak jeles. Sehun kan musuh utama aku! Aku berjalan selamba ke kelas.

Kasihan Chaeyoung. Habis basah bajunya. Kalau ikutkan tadi, mahu sahaja aku tumbuk muka Kyungsoo. Kecik besar kecik besar je aku tengok.

Kami menyambung pelajaran selepas mengisi kekosongan perut. Aku hanya menumpukan perhatian pada pelajaran. Soal rumah tangga tolak tepi dahulu.

.....

Loceng terakhir memandangkan kami sudah dibenarkan untuk pulang. Aku dan Chaeyoung sudah merancang untuk ke cafe sebelum pulang ke rumah. Mahu makan tengah hari.

Lagipun kalau balik rumah pun buat sakit hati sahaja menghadap muka Oh Sehun beku itu. Tak mahu aku!

Kami menuju ke cafe yang terletak di tengah bandaraya Seoul. Tempat paling hujung menjadi pilihan kami. Baru best mahu bercerita tanpa gangguan orang lain.

Kami mula membuat pesanan.

"Yeonra.." Chaeyoung memanggil aku

"kau kenal kan Sehun dengan Hyura?" soalnya

Mestilah aku kenal. Kalau ikutkan mahu sahaja aku cakap, Sehun husband aku. Suami sah aku. Tetapi bukan masa yang sesuai.

"yaa. Kenal sangat!"

"aku dengar cerita, lepas habis sekolah nanti mereka nak bertunang!" ucap Chaeyoung

"tunang? Bukan ke Hyura muda setahun daripada kita and dia belum habis sekolah lagi nak bertunang?" aku keliru.

Dalam masa yang sama sedikit kecewa. Tapi aku rasa itu keputusan yang tepat untuk mereka. Mereka sangat sesuai untuk dijodohkan. Tak salah.

"itulah yang aku pelik sekarang ni. Kalau Sehun habis sekolah, maksudnya 3 bulan dari sekarang lah kan mereka akan bertunang?" Chaeyoung masih meneka

"mungkin.."

It's up to you Sehun. I'm not okay but i okay.

Aku mengangguk perlahan.

Kami mula menjamu selera sebaik sahaja hidangan disediakan.

"kau dah fikir ke nak sambung belajar dekat mana?" soal Chaeyoung

"aku rasa aku nak pergi London kut!"

"weh!! Aku pun! Jom apply sama sama!" teriak Chaeyoung kuat

"ok! Let's try!"

Habis mata memandang ke arah kami. Kami hanya endah. Biarlah ini urusan persahabatan kami.

.....

Selepas puas menjamu selera. Aku pulang ke rumah. Sudah petang. Lama juga aku lepak dengan Chaeyoung tadi. Sampai sahaja di rumah, aku nampak kereta Sehun parking di dalam garaj.

Dia mesti ada di rumah. Aku membuka pintu utama. Ya, betul tekaan aku. Dia ada di ruang tamu.

"best balik lambat? Keluar dengan siapa?" soalnya

"itu bukan urusan kau" jawabku

"urusan aku! Aku husband kau! Aku patut tahu kau buat apa, pergi mana, dengan siapa"

"kenapa sebelum ni tak?" soalku

"dah lah. Saya malas nak bertekak dengan awak Sehun. Saya penat. Tolong faham saya"

Aku mula mahu beredar. Sehun menahan aku. Dia menatap dalam anak mata aku. Wajahnya didekatkan pada wajahku. Bibirnya hampir bercantum dengan aku. Aku segera menarik wajahku.

"nak cium aku? Tak payah lah Sehun. Buang masa awak je. Lagipun saya tak perlukan semua tu. Sebab saya jijik dengan bibir awak. Entah berapa ramai perempuan dah awak kiss." bidasku

Aku segera beredar ke bilik tidur. Mahu bersihkan diri. Serabut betul hari ni. Aku rasa aku nak ambil cuti la esok. Rasa tak sedap badan pula.

Usai membersihkan diri, aku keluar dari bilik mandi. Aku nampak Sehun sedang bermain telefon bimbitnya di atas katil. Aku hiraukan dia. Dia dah makan ke belum?

YEONRA?!!! KAU LUPA SUAMI KAU!! KAU PERGI MAKAN TAPI LUPA DIA! BERDOSANYA KAU YEONRA! BERDOSA!

Aku mengambil tempat disebelahnya.

"Sehun.. Kau dah makan?" soalku

"kenapa tanya? Risau? Tak payah risau la. Aku pandai jaga diri" ucapnya

"ok lah kalau awak dah cakap macam tu. Saya ok je. Bukan apa, saya takut saya berdosa je sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang ISTERI" sengaja aku menekan perkataan itu.

Aku beredar keluar dari bilik tidur. Sejuknya badan aku. Betullah aku nak demam. Apakan daya. Hanya aku seorang yang akan survive kalini. Biasanya mak aku yang jaga. Mak, ayah.. Yeonra rindu la.

Aku cuba melelapkan mata di hadapan televisyen yang masih terbuka. Tak daya sudah mahu menutup TV. Penat. Kepala berdenyut denyut.

Tidak lama kemudian, sedang aku leka melayan mimpi, aku dikejutkan oleh seseorang. Aku mencelik mata payah.

"kau ni, kalau tak nak tengok TV tutup la! Membazir duit aku je bayar bil mahal mahal. Kau bazirkan macam tu je" ucap Sehun

Aku tak mampu membalas lagi ucapannya. Letih, penat, tak larat.

Kau kejam Sehun.

.....

PAINFUL REGRET + [OSH] Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu