8

145 13 6
                                    

Yeonra's

.....

Lagi beberapa hari kami akan tamat zaman persekolahan. Itulah saat saat yang paling aku tunggu dalam hidup. Aku akan bebas lepas ni! Yeay!

Aku mula mengemas baju ke dalam luggage. Baju sekolah aku turut siapkan.

Tapi dalam perasaan gembira terselit juga rasa sedih. Aku sedih nak tinggalkan rumah ni. Banyak memori aku cipta dengan Sehun.

"wife.." panggilnya

Selepas kejadian haritu. Hubungan aku dengan Sehun makin baik. Tapi tak ada sesiapa yang tahu pasal perkahwinan ini.

Kenapa la saat saat gentir ini hubungan kami baik? Makin berat aku nak tinggalkan dia. Sedih.

"yaa." aku memandangnya

"sayang nak pergi mana kemas baju?" soalnya

Haih! Sayunya hati aku.

"saya buat persiapan je. Mungkin lepas ni kan kita buat haluan masing masing." aku masih mampu tersenyum

"sayang, jangan cakap macam tu. Kita tak tahu lagi masa depan macam mana"

"husband tak tahu macam mana? Lagi 4 hari kita nak habis sekolah. Lepasni husband boleh fokus dekat bakal tunang husband. Jangan risau tentang Yeonra please. Yeonra ok je"

Sedihnya.

"i want you!"

"i love you!" ucap Sehun

Maaf Sehun, saya cintakan awak. Silap saya sebab cintakan awak. Susah saya nak lupakan awak.

Saya kena berlagak tenang. Sakit Sehun. Sakit nak bohong perasaan.

Aku mengikut langkah Sehun ke bilik tidur. Ini mungkin kali pertama dan kali terakhir aku rapat dengan dia.

Kami mula melelapkan diri.

.....

Keesokan harinya,

Aku terjaga dari tidur. Aku kerling ke arah jam. Nasib baik tidak lambat. Pelukan kemas Sehun membuatkan aku rasa sangat selesa. Sangat.

Terima kasih Sehun, sudi jadikan saya milik awak.

"husband.. Thanks for everything. Lepasni.. Bangun tidur, saya dah tak boleh tengok muka awak dah. Kita buat haluan masing masing. Tipula cakap saya tak cintakan awak, sayangkan awak sepanjang kita bersama. Perasaan itu ada Sehun. Ada. Tak pernah hilang walau sesaat. "

" tapi saya tak mampu. Tak mampu nak halang perasaan awak. Cinta awak untuk Hyura terlalu kuat"

"Sehun bangun please!" aku mula membangunkan Sehun.

Sehun malah mengetatkan pelukan pada pinggang aku.

"stay macam ni untuk 5 minit. Saya akan rindu awak"

Sehun jangan buat aku macam ni. Aku tak boleh survive perasaan aku.

"Oh Sehun, can i?"

Dia mula melonggarkan pelukan. Aku mula mencapai tuala lalu bingkas ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Aku akan ingat semua kegemaran kau Sehun. Sabun mandi kau, ubat gigi, syampu kau, pencuci muka kau. Makanan kegemaran kau. Baju kegemaran kau. Cerita kegemaran kau. Aku takkan lupa.

Sepanjang aku hidup dengan kau, banyak benda aku belajar dan aku tahu pasal kau. Kau ada personaliti yang menarik.

Aku segera bersiap dan mula menyiapkan semua keperluan Sehun. Aku segera keluar dari rumah. Aku tak nak Sehun bergantung pada aku dah. Aku nak suruh dia cuba untuk berdikari. Supaya nanti senang bila aku tiada di samping dia.

....

Pakk!

"sakitlah bangang!"

"siapa suruh cari pasal dengan aku?"

Seronok aku tengok Chaeyoung dengan Kyungsoo berbalah. Kini mereka sudah tidak bermusuh. Mereka bersahabat. Tetapi tidak akrab. Sering sahaja bertengkar tidak tentu arah.

Chaeyoung pula sejenis gadis yang tidak suka beralah. Ada sahaja perkara yang ingin dicari pasalnya.

Aku nampak Sehun keluar dari keretanya. Dan ya, bersama Hyura. Pakaian dia nampak kemas. Pandai dia urus. Atau mungkin Hyura yang tolong. Terima kasih Hyura. Jaga Sehun baik baik ya.

Kami mula masuk ke dalam kelas masing masing. Jujur aku cakap, sepanjang kelas aku tak dapat tumpukan perhatian. Perut aku sakit. Kepala aku rasa berat.

Aku hanya bersandar pada meja.

"Yeonra.. Kau ok tak? Muka kau pucat tu" tegur Chaeyoung

"emh. Aku ok je. Pening sikit je" jawabku

Aku meneguk air mineral lantas mengurut pelipis kepala. Aku menyapu sedikit minyak angin.

Aku kembali menumpukan perhatian pada pembelajaran.

.....

"aku balik dulu Chaeng. Sorry tak dapat join basketball practice petang ni. Aku tak larat sangat la" ucapku

"eh.. Tak apa. Aku ok je. Baliklah rest!" Chaeyoung membalas

"thanks"

Aku mula berjalan kaki ke rumah. Sebelum itu aku ke farmasi terlebih dahulu. Mahu mencari ubat.

Aku balik ke rumah. Sehun belum balik. Mungkin dia keluar dengan Hyura.

Aku masuk lalu membersihkan diri. Perkara terakhir aku buat adalah, melihat keputusan. Ya, aku nak tengok keputusan. Aku takut. Sebab diri aku sekarang sudah lain.

Aku menekup mulut aku. Hampir terdorong tubuh aku kebelakang. Air mataku mengalir tanpa henti.

"ak-aku p-pregnant"

"anak, Sehun?"

Macam mana ni? Mesti dia tak nak lepaskan aku. Tak! Aku akan pastikan Sehun dapat Hyura. Perlu aku bagitahu dia? Ataupun mungkin keputusan ini salah. Perlu ke aku berjumpa doktor?

.....

PAINFUL REGRET + [OSH] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora