3

173 14 6
                                    

Yeonra's

.....

Itulah kisah kami. Kau orang sudah baca kan? Ya itulah pengakhiran hidup kami. Kami terpaksa berkahwin. Rata rata manusia sudah mengetahui tentang hal ini. Tetapi mereka sudah dibayar untuk tidak menyebarkannya.

Sebaik sahaja lafaz terima nikah yang dilemparkan oleh Sehun, aku rasa aku sudah tidak ada masa depan. Aku tak nampak apa apa. Hidup aku dah musnah. Gelap. Musnah semua harapan dan impian yang aku pernah bina selama aku hidup.

Ya, betul. Aku pernah bina perasaan cinta dan sayang pada Oh Sehun suatu ketika dulu. Tapi sekarang musnah. Hancur. Berkecai. Aku pun tidak tahu perasaan itu lari ke mana? Hendak mencari kembali? Tidak mungkin sama sekali! Aku tidak akan tuntut kembali perasaan itu.

"woi!"

"bahasa jaga sikit eh! Tak payah woi dekat orang boleh tak?" tegasku

"aku dah panggil kau berjuta kali, tapi kau tak dengar pun! Kau tahu tak derhaka dekat SUAMI tu berdosa tau!" sengaja sahaja lelaki ini mahu menaikkan darah aku

Aku memandangnya tajam dan sinis.

Macam inilah kehidupan kami, kalau tidak bertengkar sehari, memang pelik. Aneh. Tersangat aneh. Aku tidak pernah rasa aku sudah berkahwin. I need my own life! Aku nak rasa ada suami yang sayangkan aku, cintakan aku, faham aku sebagai seorang perempuan. Bukan macam Oh Sehun! Biadap! Tak pernah faham aku!

"iyaa. Sehun nak apa?" soalku lemah lembut

Seraya menyoal, aku menjelingnya.

"tolong gosokkan baju sekolah aku" pintanya

"ish! Kau tak payah arahkan aku boleh tak? Aku tahulah kerja aku! Bila perlu aku buat! Please laaaaaaa!!!!!" aku mula mahu membebel

Lama kelamaan geram juga ada suami berperangai begini.

"okey wife. Bye. Goodnight!"

Sehun mengambil tempat tidurnya di atas katil.

Again! Aku kena tidur atas sofa ruang tamu. I hate you Oh Sehun!

Aku mula menapak ke arah ruang tamu, sejurus itu televisyen aku hidupkan. Untung juga dapat tidur di luar, boleh tengok TV!.

Aku mula melelapkan diri perlahan. Kena tidur awal. Esok pergi sekolah! Tak lama lagi kami dah nak habis sekolah. Jadi, ini sahajalah peluang yang ada untuk pergi ke sekolah.

.....

Keesokan harinya..

Bunyi jam loceng yang sangat bingit membangunkan aku dari tidur yang panjang. Aku menoleh ke arah jam loceng. Sudah pukul 6:30 pagi. Aku mula menyediakan baju sekolah. Seperti sedia kala, itulah pekerjaan aku setiap pagi.

Pintu bilik tidur aku kuak. Oh Sehun masih tidur. Aku mendekatinya perlahan. Nyenyak betul dia tidur. Aku menyelak rambutnya ke belakang.

"Sehun bangun.." pipinya aku tepuk perlahan

Tiada reaksi darinya.

Aku menepuk pipinya sekali lagi.

"Sehunna.. Bangunn" ucapku

Dia mula mencelikkan matanya. Aku mula berganjak memandangkan dia sudah memberi reaksi. Jangan sambung tidur sudahlah! Karang tak pergi sekolah naya je.

Aku memakai kemas pakaian sekolah aku usai membersihkan diri. Tidak lama kemudian jeritan tarzan memenuhi seluruh ruangan rumah ini. Tidak lain tidak bukan Oh Sehun.

Biasanya orang sesat dalam hutan baru menjerit minta bantuan. Oh Sehun sesat dalam jamban baru minta bantuan. Opps! Sorry husband!

"YEONRA!"

"IYAAA!!"

Aku berdiri tepat di hadapan pintu tandas. Apa lagi yang dia nak sebenarnya? Tak habis habis susahkan aku!

"tolong ambilkan tuala aku"

DEHEK?! KAU MANDI TAK AMBIL TUALA KE?

LIKE SERIOUSLY!

"cepatlah! Aku sejuk ni!" ucapnya

Aku berganjak lalu segera mencapai tuala miliknya. Dia segera mencapai menggunakan tangannya. Eleh! Malu la tuh!

Aku berlari keluar. Tak mahu berlama dengan Oh Sehun. Buat sakit hati je. By the way. Aku tak buat sarapan! Hoho! Biar padan muka! Kebulur! Pandai pandai lah cari makan dekat sekolah nanti ok Husband!

Sehun keluar dengan keadaan terpinga pinga. Dengan baju sekolahnya yang sangat kusut. Dan rambutnya yang belum siap disikat.

SELAMA NI KAU PERGI SEKOLAH HELOK HENSEM HENSEM SIAPA YANG TOLONG SIAPKAN KAU?!

Sehun menggaru belakang tengkuknya. Entah apa yang difikirkannya.

"Yeonra.. Tolong aku.." Sehun membelek bajunya

"asyik asyik aku je!" sempat aku membisik sebelum bersua muka dengannya.

Aku membetulkan kolar bajunya. Rambutnya aku sikat rapi sambil tanganku lincah menyapu gel rambut. Sejurus itu tali leher aku ikatkan pada lehernya. Tidak ketat dan tidak longgar. Ketat karang mati anak orang! Tak pasal pasal aku pegang status janda pada usia muda macam ni. Tak mahu aku! Blazernya aku sarung.

"Dah! JOM! Lambat dah ni!" ucapku

"lambat? Baru pukul 7:30.. Kelas start pukul 8:15 kan.. Breakfast aku mana?"  ucap Sehun

"mestilah dah lambat! Mungkin awal bagi awak sebab, awak pergi sekolah drive kereta sendiri. Saya kena naik bas. Lagi satu, pandai pandai la awak cari makan dekat sekolah ya Husband. Sorry." terangku panjang lebar

"ok. Saya pergi dulu. Nanti dekat sekolah jaga diri. Jangan cari saya kalau nak apa apa. Ingat, jangan ada siapa tahu pasal perkahwinan kita."

"kenapa tak nak pergi sekolah dengan aku? Dan kenapa aku tak boleh cari kau dekat sekolah?" soal Sehun

"ish kau ni! Mana boleh! Nanti girlfriend kau marah lah! Takpe. Aku tak halang kau nak rapat dengan sesiapa pun. Aku ni siapa je bagi kau. Mungkin isteri atas kertas je. Dan aku yakin kau akan lepaskan aku satu hari nanti. So aku tak nak letak harapan tinggi takut kecewa" sekali lagi aku bahas.

"ok bye Husband!"

Aku mengatur langkah keluar rumah.

Semoga hari ini lebih indah daripada semalam!

.....

PAINFUL REGRET + [OSH] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora