Ep11

3.9K 144 72
                                    

6:30 Pagi

selesai sahaja mandi Amanda bersiap siap untuk gerak ke sekolah. Dia mencapai beg galas yang sudah disediakan di atas katil. Telefon bimbit jugak sudah diletakkan ke dalam poket seluarnya.

Tanpa melengahkan masa, Amanda menuruni tangga dan keluar dari rumah. Sebelum memasuki kereta dia mengunci dahulu pintu rumah. Sebelum ke sekolah dia sudah berjanji dengan Qis untuk mengambil Qis dirumahnya.

Mereka berdua ke sekolah bersama sama. Amanda masih tidak dapat melupakan peristiwa semalam apabila cikgu Amin memberitahu bahawa dia menyukai Amanda.

Hatinya terus berdetak sehinggakan dia tidak dapat tidur dengan lena kerana terlalu teruja untuk ke sekolah esoknya. Ini adalah kali pertama dia excited untuk pergi sekolah. Biasanya dia akan melengahkan masa supaya tidak perlu pergi ke perhimpunan pagi.

Mukanya kembali merah apabila teringat kembali peristiwa tersebut sehinggakan mengundang pandangan yang pelik dari Qistina.

"Kau dah kenapa? Demam ke? Tersengih sorang lepastu muka merah. Terlebih blusher ke apa?" Qistina bertanya dalam nada gurauan.

"Takde apa aku panas je ni tu muka merah"

"Ahh kau gila sudah, pagi buta ni panas apa weh? Matahari pun tak tegak lagi"

Amanda hanya berdiam dan terus ke sekolah. Takkan nak bagitahu cikgu Amin confessed kot. Malu lah dia mesti Qis akan sindir dia macam macam. Yelah dulu tak ambik cara eh tetiba kena confess.

Sesampai sahaja di sekolah mereka berdua terus masuk ke kelas, perhimpunan pagi dibatalkan atas sebab tertentu. Mereka hanya duduk di kelas sahaja.

Kelas yang tadinya senyap dan aman kini bising apabila seseorang membuka mulut dan mula berkata.

"Eh Amanda dengar cerita kau couple dengan Daniel. Amacam? Sampai bercuti bersama. Tak tahu pula kau orang macam tu."

Orang sekeliling mula memandang Amanda dengan pandangan jijik seperti Amanda membuat kesalahan yang besar.

Membabi buta je tuduh aku, aku tampar kang satu apa pun tak jadi

Kini kelas bising dengan bisikan sesama mereka yang membuat fitnah tanpa usul periksa.

Belum sempat Amanda menjawab cikgu pada waktu pertama sudah memasuki kelas dan mula mengajar. Amanda hanya mendiamkan diri dan fokus pada cikgu di hadapan.

Jam sudah menunjukkan tepat 1:30 dimana ianya merupakan waktu pulang bagi pelajar. Masih kedengaran gossip gossip yang bercerita tentang dia dan Daniel.

Manusia asal ada gossip yang seronok bukannya reti nak periksa dulu sama ada cerita tersebut betul ataupun tidak. Hanya reti menghebohkan dan mencerca.

Amanda membuat muka tidak malu dan berjalan ke keretanya. Qistina tidak pulang bersama sebab ada hal sikit.

Masuk sahaja di dalam kereta telefonnya berbunyi noti berterusan sehingga membuatkan dia serabut.

Dia membuka noti tersebut dan melihat hampir keseluruhan chat adalah dari Daniel mengatakan bahawa dia terdengar gossip tersebut dan ingin bertanya sekiranya Amanda okay.

—•SKIP•—

Sebelum sempat Amanda ingin menutup pintu pagarnya kelihatan kelibat cikgu Amin yang baru turun dari keretanya.

"Amanda, boleh saya masuk? Saya nak jumpa parents awak sekejap"

"Haa, masuklah cikgu"

Amanda memberi laluan kepada cikgu Amin dan menutup pintu pagarnya. Apabila dia memasuki rumahnya kelihatan mommy dan daddynya sedang berborak sambil menonton tv.

"Mommy, daddy, ada cikgu nak jumpa."

"Kamu ada buat salah ke?"

"Ishh mana ada mommy, Amanda ni pelajar contoh tau hehe"

"Haa yelah yelah, suruh cikgu tu masuk lepastu naik atas mandi, mommy dah masak"

Selesai sahaja Amanda memanggil cikgu Amin dia segera naik ke atas dan masuk ke biliknya. Otaknya giat berfikir sebab sebab kenapa cikgu Amin datang kerumahnya. Apa perkara yang cikgu Amin mahu beritahu parentsnya.

Manakala di bawah, cikgu Amin sedang berbicara dan bergelak tawa bersama sama mommy dan daddy Amanda.

"Haa tulah aunty saya pun praktikal je dekat sekolah Amanda, lagi beberapa bulan habislah aunty."

"Iye, Amanda tu nakal tak kat sekolah?"

"Ehh tak pun dia tu pelajar contoh, baik je takde buat masalah pun. Lagipun saya datang ni bukan sebab dia ada buat salah ke apa."

——————————————
Hye hehe sowwy tak update lama, bukan taknak update tapi busyyy gila dengan kuarantin ni lagi :( btw haaa kenapa cikgu Amin datang rumah Amanda??? Ada apaaaa

{SLOW UPDATE} Cikgu PraktikalWhere stories live. Discover now