Ep7

4.7K 186 32
                                    

Semasa Amanda tengah tak tentu arah potong sayur, maklumlah anak manja mak tak bagi pegang menda tajam ni. Angin yang kencang meniup dengan kuat sekali sehinggakan pinggan pinggan kertas yang akan digunakan sebentar lagi berterbangan di udara.

Kelam kabut semua pelajar kejar pinggan pinggan tu, cikgu cikgu pun jadi tak tentu arah sebab tak sangka angin sebegini kuat.

Dalam pada masa yang sama pelajar tengah tak tentu arah disini berdirinya Amanda masih fokus memotong sayur. Tanpa disedarinya getah rambut yang digunakan olehnya untuk mengikat rambutnya tercabut.

"Eihh, ada aku cukur botak kejap lagi. Duduk diam boleh tak rambut? Aku nak potong sayur ni. Tak makan semua kejap lagi"

"Eh Alya, dah gila ke?" Amboi sedap mulut kau Qis kata aku gila.

"Taklah aku serabut dengan rambut aku ni. Mana terbang entah getah tu, habis ketat aku ikat"

Semasa Amanda hendak sambung memotong angin sekali lagi bertiup dan membuatkan rambut Amanda menutup pandangan, dan tanpa disedari Amanda terhiris jarinya sehingga meninggalkan luka yang dalam.

"Ouch! Shit. Memang malang betullah aku kalini. Kau tolong sambung Qis aku nak basuh luka ni"

{SKIP}

"Eii time aku memotonglah kau naik bertiuplah, itulah, inilah."

Dengan kebetulannya Daniel Azhar lalu disitu dan melihat kekasih hatinya sedang merapu sorang sorang depan sink

"Weh asal?"

"Eii kau ni terkejut aku! Bagi salam boleh tak? Ni ha aku terhiris jari aku :("

"Eh dalam luka ni. Meh ikut aku, aku sapu ubat" auwww sweetnya.

Belum sempat Amanda nak ikut Daniel tangannya sudah ditarik dan dibawa lari jauh daripada Daniel oleh Cikgu Amin.

"Nak pergi mana ni?"

Tiada jawapan

"Cikgu sakitlah. Kita nak pergi mana ni"

Masih tiada jawapan

Amanda membuat keputusan untuk tidak berganjak sehingga diberitahu mahu kemana.
Tetapi usahanya hanya sia sia sebab Cikgu Amin lebih kuat darinya.

Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju oleh Cikgu Amin.

"Eh cikgu kem tak habis lagi, kenapa kita ada dekat kereta cikgu?" Aikk dia nak bawak aku pergi mana ni.

"Saya dah minta kebenaran dari cikgu lain nak bawak awak balik awal. Jangan banyak cakap masuk kereta."

"Barang saya?"

"Saya dah suruh Qis kemaskan. Ada dekat belakang."

Dalam perjalanan pulang dari kawasan kem tersebut, hanya radio yang meneman perjalanan mereka. Sehinggalah Cikgu Amin membuka mulut dan berkata

"Saya tak suka awak rapat dengan Daniel" eleh engkau rapat dengan Cikgu Masha takpe pulak

"Kitorang kawan je kot. Cikgu pun bukan ada hak nak tentukan saya rapat dengan siapa"

"Kawan tak kawan saya tak suka tengok Daniel tu berkepit dengan awak. Takde rasa malu langsung depan khalayak pun nak bermanja. Bagi kek, bunga bagai."

"Yang cikgu tak puas hati saya kawan dengan Daniel ni kenapa? Bukannya Daniel beli guna duit cikgu pun kan? Tak susahkan cikgu pun kan? Mengada betul"

Makin berapi dibuatnya. Elok elok balik dalam keadaan aman damai, terus rasa tegang dalam kereta.

"Awak cakap saya mengada? Awak tu yang mengada nak tunjuk sangat awak ada ramai lelaki keliling pinggang? Bangga lah tu!"

"Cikgu suami saya ke? Cikgu siapa nak tentukan siapa kawan saya? Jangan pandai pandai nak tuduh saya! Cikgu pun sama je mengada dengan cikgu Masha. Banggalah tu ada peminat?!"

"KALAU SAYA CAKAP SAYA TAK SUKA, SAYA TAK SUKALAH!"

Terkejut Amanda dibuatnya bila Cikgu Amin meninggikan suara. Tak pernah seorang pun lelaki meninggikan suara dekat Amanda. Daddy Amanda pun tak pernah tengking Amanda walau salah mana kesilapan Amanda.

Tanpa disedari air mata bertakung dan akhirnya gugur juga jatuh ke pipi. Hati Amanda bagai diremuk. Apa yang dikatakan oleh cikgu Amin selepas itu sudah tidak dia pedulikan lagi. Apa yang ada difikirannya sekarang hanyalah mahu balik.

Amanda menyuruh cikgu Amin memberhentikan keretanya. Dengan segera dia mencapai bagasi yang berisi pakaiannya dan keluar dari kereta. Nasib baik rumahnya sudah dekat dengan kawasan tersebut.

Sebelum turun dan menutup pintu Amanda sempat mendengar cikgu Amin menjerit namanya seperti rasa bersalah. Tapi apakan daya, hatinya sudah hancur dibaling, ditumbuk.

{SKIP}

Sesampai sahaja di depan pintu rumah Amanda mengambil kunci rumah dan membuka pintu. Nasib baik Daddy dan Mommy tiada di rumah. Segera Amanda menaiki tangga dan memasuki biliknya.

Amanda berasa begitu penat sekali sehinggakan dia tertidur di atas katil tanpa menyalin baju atau mandi.

At the same time.

"ARGHH! Kenapa aku tengking dia?! Apa hak aku! Sekarang kau dah buat dia menangis macam mana kau nak tegur dia lepas ni?!" Sambil memukul stereng kereta cikgu Amin menjerit tertekan akibat kesalahannya tadi.

Cikgu Amin memicit micit kepalanya kerana berasa tertekan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berkelakuan seperti itu. Seperti ada sesuatu yang mengambil alih badannya.

Sumpah dia rasa bersalah gila, mungkin dia terlalu cemburu sehingga tidak dapat mengawal emosi dan melepaskannya kepada Amanda walaupun ini bukan salah Amanda.

—•—•—•—•—•—•—•—•—•

So yeah setelah sekian lama saya tidak update. Ni pun duk perah otak try nak keluarkan idea sebab ramai comment suruh update😂 btw enjoy! Jangan lupa comment and vote!

{SLOW UPDATE} Cikgu PraktikalWhere stories live. Discover now