Ep5

5.5K 163 20
                                    

"Okay, saya nak awak semua dengar sini. Sekarang pukul 9:15. Dalam pukul 11 kita akan berhenti untuk makan dan membenarkan korang pergi ke tandas. Tapi pastikan pukul 12:30 korang dah ada dekat dalam bas!" Yes finally! Bontot aku dah lenguh duduk lama lama ni. Dahlah seat keras belilah seat yang empuk sikit.

"Weh jomlah turun aku nak pergi tandas pastu kita beli snack okay?" Qis meminta sambil buat puppy eyes dia tu.

"Okay! Aku pun dah penat asyik duduk je"

{SKIP}

"Weh aku nak snack ni tapi aku lupa purse aku dalam bas" ☹️

Haihh budak ni kalau tak lupa sesuatu dalam sehari tu memang tak sah. Penat kalau ada anak macam ni. Nasib sayang kalau tak dah kena tinggal dekat sini.

"Ish kau ni nah pakai duit aku dulu. Macam mana mak ayah kau bersabar dengan kau ni"

"Hey! Kejamnyaaa. Aku terlupalahh kau tahukan aku ni pelupa!

Selepas dah beli semua keperluan Qis, well aku tak beli apa apa sebab duit habis beli snack Qis je. Takpe nanti aku makan sikit snack dia.

Ramai dah naik bas. Aku dengan Qis pun berjalan ke tempat kami berdua. Suasana dalam bas kecoh macam dekat pasar malam. Ada yang cerita pasal tandas RnR takdi. Ada yang complain makanan diaorang beli tak sedap.

Tengah sedap berborak dengan Qis, aku dengar ada orang panggil nama aku.

"Amanda."

Ehhh. Dia nak apa?

"Saya terbeli air ni. Saya ingat pepsi rupanya coca cola. Ambiklah"

Ehh apa bengong sangat dia ni. Boleh baca kot dekat label tu. Besar dah tulis coca cola.

"Terima kasih cikgu."

Selepas sahaja cikgu beredar fuh. Jelingan maut pelajar perempuan mula kurasai. Berpeluh aku. Hahaha

{SKIP}

"Pelajar diminta beratur untuk turun dari bas pastikan tiada sampah yang ditinggalkan didalam bas! Barang peribadi pastikan bersama kamu semua! Tolong turun dengan hati hati jangan tolak sesama sendiri. Lepas turun pergi dekat cikgu Khai dengan cikgu Amin untuk mengambil bagasi masing masing!" Arah cikgu Ahmad.

Selesai mengambil bagasi masing masing semua pelajar berkumpul di tempat yang disuruh oleh cikgu Masha.

Pelajar diberikan satu bilik untuk 5 orang. Bilik tersebut dikongsi dengan ahli kumpulan kecuali ahli lelaki. Dalam group ada 10 pelajar. 5 perempuan 5 lelaki.

"Pelajar diminta memberi perhatian! Sekarang sudah pukul 6:56 pelajar dibenarkan untuk pulang ke bilik masing masing untuk mandi dan solat maghrib. Sekiranya anda tidak boleh solat anda perlu menunggu rakan anda selesai solat baru boleh datang sini balik. Pelajar lelaki pastikan kamu semua solat! Peliklah kalau pelajar lelaki tak boleh solat. Okay semua boleh bergerak"

Haihh. Malang malang. Nasib baik Qis satu kumpulan dengan aku. Tapi yang malangnya Adel pun kumpulan aku?! Alah mesti bising dengar dia merungut je.

{SKIP}

Tepat pukul 8 malam semua dah berkumpul. Takdi dah makan malam lepas solat. Sedap makan nasi dengan sup ayam perghh nasib aku ni susah gemuk hehehe

Cikgu Haniff berdiri di hadapan semua pelajar untuk memberi information tentang aktiviti pertama yang bakal dijalankan malam ini.

"Pelajar tolong dengar betul betul! Malam ni aktiviti kita adalah pertandingan untuk melihat siapa boleh buat unggun api menyala dengan pantas! Kita ada 5 kumpulan disini jadi setiap kumpulan akan diberi guru untuk pantau korang semua. Tapi! Unggun api ni tak boleh guna mancis! Tak boleh guna lighter apa semua. Kita buat cara lain! Saya akan bagi korang satu kipas tangan untuk memarakkan lagi api. Kayu, ranting apa semua kamu semua cari sendiri."

"Haihh ni menyusahkan hidup jelah ni nak kena cari ranting kayu dalam hutan tu. Salah tetiba ada hantu ke siapa susah? Lainlah kalau masuk masuk keluar chanyeol ke."

"Kau bebel apa sorang sorang Alya? Ni mesti takut kan? Elelelle. Takpe kau tinggal sini dengan lagi empat orang. Aku dengan yang lain ikut cikgu Amin cari ranting kayu. Muahh"

"Eii siapa takut hantu? Mana ada takut!" Eleh kau nak cover takut tapi dalam hati bukan main lagi berdoa jangan bagi nampak menda pelik pelik.

"Kalau kau tak takut kau ikut kitaorang! Hani duduk sini dengan yang lain. Amacam?" Wow cabar aku eh kau Qistina. Ni akulah Alya Amanda! Mana ada rasa takut dalam jiwa aku!

Propa lah kau.

"On!" Aku akan buktikan! Aku ni seorang yang berani dan gagah!

"Ehem. Okay semua dah ready? Pastikan jangan berpisah dari kumpulan. Jangan tegur menda pelik pelik diam sudah. Jangan nak pandai pandai jalan sendiri. Ikut cikgu."

"Aip aip cikgu!"

Bersemangat betul korang ni nak masuk hutan. Takde ke rasa debar ke takut ke?

First of all aku kena duduk depan. Taknak aku duduk belakang salah ada menda tarik aku takde siapa perasan. Aku taknak mati dekat sini☹️

Cepat cepat aku langkah kedepan duduk belakang cikgu. Agagagaga aku takut sebenarnya.

{SKIP}

OMG!! Apa gelap sangat hutan ni. Eh ni hutan memanglah gelap apa kau harap ada spotlight tengah tengah hutan ni?

Dengan tak sengaja dan kerana tergesa gesa berjalan aku terpeleot( betul ke aku eja ni? )disitu.

"Aduhhh. Eii kurang ajar lah kau kayu. Nak duduk tengah jalan ni kenapa? Banyak lagi ruang lain kan. Tengok aku dah jatuh." Omel aku sorang sorang. Tak ingat kot ada orang lagi kat belakang dia dengan depan dia tengok.

"Amanda? Kamu dah gila ke?"

Huh?! AKU LUPA BUKAN AKU SORANG JE DEKAT SINI

"Hehehhe takde apa saja nak berborak dengan kayu ni sekejap" ya Allah malunya.

Tengah try bangun ni tapi dari takdi asyik jatuh pastu rasa sakit gila dekat kaki. Menyusahkan oranglah kau ni Amanda.

"Lainkali kalau sakit, perlukan bantuan cakap je. Jangan senyap macam boleh tanggung sendiri." Alah bukannya sengaja jatuh. Kalau mintak tolong jatuhlah air muka Alya Amanda budak kuat. Hehehehe

"Alya kau okay tak?"

"Aku okay. Terseliuh kot"

"Haihh. Naik belakang saya cepat. Nasib baik dah cari ranting apa semua." Arah cikgu Amin

"Ehh. Takpe takpe saya boleh bangun ni."

"Betul ni taknak? Haa bangunlah. Yang lain jom ikut saya kita keluar dari hutan ni. Dia boleh bangun sendiri."

Dalam sedar tak sedar aku dah tarik lengan baju dia. Okay aku kalah! Aku perlukan bantuan.

"Haa tahu pun nak mengalah."

Aku naik atas belakang dia. Tapi mana aku nak letak tangan aku? Lantaklah dah ada peluang ni peluk jelah.

Haihh wanginya dia. Bau vanilla dengan strawberry. Lama kelamaan aku makin lena dibuai mimpi. Macam duduk dalam buai.

Aku baru je nak lena tapi dah dengar yang lain kecoh bisik bisik apa terjadi dengan aku. Aku terus memejam mata. Malulah nak pandang muka orang lain.

"Kenapa dengan dia cikgu?"

"Terseliuh. Tak tahu macam mana dia boleh tak nampak kayu sebesar dia ni"

Eh sedap pulak dia mengutuk kita. Saya dengar eh cikgu.

Belum sempat nak bebel lagi dalam hati aku dengar Adel and the gang bergosip.

"Eii murah perempuan ni nampak sangat plan dia nak terseliuh biar cikgu angkat"

"Luar je baik tapi dalam kotor banyak muslihat"

"Sesuka hati je nak rampas suami aku"

Membara lah jugak dalam hati ni tapi buat tak tahu je dan terus memejamkan mata sambil menahan api yang nak meletup.

Aku tak tahulah aku jeke yang perasan tapi cikgu makin laju jalan. Macam taknak bagi aku dengar apa yang diaorang cakap pasal aku.

Lagi sekali dengan begitu sahaja aku dibuai mimpi semasa dibawa oleh cikgu untuk ke bilik bersama dengan Qis! Haa jangan macam macam. Ada orang teman eh

{SLOW UPDATE} Cikgu PraktikalWhere stories live. Discover now