Ep12

1.1K 52 21
                                    




Author POV

Amanda bermundar mandir di dalam biliknya memikirkan sebab mengapa Cikgu Amin datang ke rumahnya dan ingin berjumpa dengan parentsnya. Hatinya berbelah bahagi untuk turun dan mendengar perbualan mereka. akhirnya, Amanda membuat keputusan untuk kekal di dalam biliknya. Sambil dia menunggu Cikgu Amin habis bercakap dengan parentsnya Amanda membuka laptopnya. Dia membuka Netflix dan sambung melihat A Love So Beautiful.

Meanwhile, di bawah.

"Tujuan saya datang kesini sebenarnya ada hajat. Sudah 5 hari saya berfikir sama ada apa yang saya buat ni betul ataupun tidak, tapi saya tidak dapat menyimpannya lagi dari Aunty dan Uncle, dan saya berharap sangat Uncle dan Aunty bersetuju." Amin berkata dengan berhati hati sambil bermain dengan jarinya.

"Saya dah lama minat dengan anak Aunty, walaupun dia tak ingat saya sebab maybe dia masih kecil dan kami pun berjumpa sekejap sahaja. Tapi perasaan saya dah tak dapat nak dihalang. Saya berharap Aunty dan Uncle dapat memberi restu kepada saya untuk court dia secara publik."

Parents Amanda hanya memandang Amin dengan pandangan yang tidak dapat dijangka. Amin dengan gelisah memandang mereka berdua, dengan harapan mereka memberi restu kepada perasaan yang dirasakannya.

"Macam nilah, kami pun tak boleh menghalang perasaan kamu, jadi kami berikan restu kami, cumanya permintaan kami satu sahaja, iaitu jangan sakitkan perasaan puteri kami, dia seorang sahaja yang kami ada dalam dunia ni." Daddy Amanda membuka suara.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati Amin waktu itu. Dia berasa seakan akan dia awangan. Selesai sahaja dia meminta restu dia berdiri dan meminta izin untuk pulang kerana hari sudah petang.

Di Rumah Amin

Ringtone telefon Amin berbunyi sebaik sahaja dia selesai mandi, dia melihat telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya, dan tersenyum sebaik sahaja dia mendapati Amanda yang menelefonnya, Dia mengangkat panggilan tersebut dengan senyuman.

"Hello? Cikgu! baik bagitahu saya apa cikgu cakap dengan parents saya. Dah separuh gila saya asyik fikir tau." Belum sempat Amin nak memberi salam, Amanda sudah dahulu bertanya macam macam ke dia.

Amin hanya tersenyum dan berkata, " Saya bagitahu parents awak yang saya nak kahwin dengan awak, lepas habis spm ni, lagipun saya dah habis praktikal awak pun dah nak spm minggu depan kan?" Amin menjawab sambil menahan ketawanya.

"Kahwin?! cikgu jangan main main dengan saya, saya ni muda lagi, taknak jadi isteri orang lagi. Taknak ada tanggungjawab sebagai isteri lagi." Amanda menjawab dengan cemas selepas mendengar apa yang Amin beritahunya.

Amin hanya terkekek kekek ketawa mendengar nada cemas Amanda, dirinya dapat membayangkan riak wajah Amanda yang semestinya sedang menggigit kukunya setiap kali dia merasa cemas. "Saya bergurau, saya bagitahu parents awak yang nanti dah habis spm saya akan court awak secara official. Be ready untuk jadi girlfirend saya."

"ihh main main pulak dia ni, saya santau cikgu satu apa pun cikgu tak dapat tau, nak court orang konon padahal perempuan keliling pinggang." Amanda membalas kembali kata kata Amin. Dirinya bukan tidak mahu bercinta, bahkan dia sangat menyukai Cikgunya itu, tetapi dia terlalu takut sekiranya dia jatuh lebih mendalam dia tidak dapat nak melepaskan Amin sekiranya berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan.

Seperti mengetahu Amanda sedang berfikir perkara yang membuatkan dirinya insecure Amin membalas. "Amanda, saya nak awak dengar apa yang saya nak cakap ni elok elok tau, walau apa pun yang jadi, tak kira awak dah tak suka saya ataupun awak membenci saya, saya tetap akan jaga awak sampai akhir hayat saya. Saya janji saya takkan sakitkan awak, takkan tinggalkan awak, jadi saya nak awak janji dengan saya, kalau awak ada dengar perkara yang tak elok tentang saya dari mulut orang lain, saya nak awak tanya saya dulu."

Amanda hanya mendiamkan diri mendengar kata kata cikgunya itu, perjalanan mengenali seseorang dan mencintai seseorang bukanlah satu perjalanan yang mudah, akan ada cabaran yang mereka akan hadapi. Amanda berkata dalam hati bahawa dia akan mempercayai Amin Asyraf walau apapun yang dia dengar dari mulut orang.

"Saya tahu awak ngantuk, tidurlah. Dan ingat bahawa saya akan menjaga janji saya sehingga saya mati." Amin berkata lagi sekali.

"hmm...goodnight Cikgu..."

"I lov...."

tut tut tut tut

belum sempat untuk mengucap perkataan tersebut sudah terdengar nada yang bermaksud pihak sebelah sudah meletakkan telefon.. Memandang telefon dengan penuh sayu mengharapkan bahawa si dia faham akan perasaannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

OKAY SO AFTER BERTAHUN TAK UPDATE SKSKSKSKSKSKKS MAAF MAAF, BUSY DIPLOMA NAK BUAT MACAM MANA, BTW SIAPA AGAKNYA YANG TAK SEMPAT NAK UCAP PERKATAAN TU? JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT TAU!!!

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Apr 14, 2021 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

{SLOW UPDATE} Cikgu PraktikalWo Geschichten leben. Entdecke jetzt