30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung

Start from the beginning
                                    

"Soo Min,"

"Ya Tuan?"

"Kenapa awak simpan resume bekas pekerja Build SK?" tanya Taehyung diselitkan dengan nada tidak puas hati.

Soo Min menelan air liur sebelum mula menjawab,"Ketua Jang kata—"

"Saya tanya awak bukan tanya jawapan Ketua Jang!" gertak Taehyung.

"Tapi Ketua Jang kata record dia cantik.Dia boleh buat kerja dengan bagus.Tak ramai yang record cantik datang masa interview.Jung Hoseok antara salah satu pilihan terakhir yang sesuai untuk kita cukupkan kru binaan kita," balas Soo Min dengan laju sebelum dia dipotong Taehyung lagi.

Pada mulanya dia pun ragu-ragu dengan Jung Hoseok tapi setelah Ketua Jang mengutarakan pendapatnya,Soo Min bersetuju.Tak bermakna Hoseok datang dari Build SK dengan niat yang jahat kan?

Kan?

"Buang resume dia.Saya tak nak dia ada dekat syarikat ni,"

"Tapi Tuan dia cakap dekat saya dia betul-betul perlukan kerja ni.Dia menganggur sekarang,"

Taehyung menghempas resume Jung Hoseok di atas mejanya.Dia tidak memandang Soo Min malah objek disekeliling pejabatnya tampak lebih menarik daripada wanita itu di saat ini.

"Dia cakap dia kena buang dari Build SK sebab ada orang tikam belakang dia.Saya rasa dia tak akan apa-apakan syarikat kita,"

"Awak percaya?" Taehyung merenung anak mata Soo Min,dalam.Sampaikan lutut wanita itu rasa seperti jeli,ringan je nak jatuh ke lantai.

Soo Min terdiam dan menunduk.Kalau cakap lebih nanti takut cakap benda-benda yang merepek pula.Lagi lah membara hati Taehyung.

Taehyung menghembuskan nafas berat,"okay"

Kepala Soo Min mendongak,"okay?"

"Okay dia boleh masuk.Tapi satu syarat Soo Min,jaga dia.Saya tak percaya dia dan awak kena buat saya percayakan dia kalau awak kesiankan dia sebab menganggur.Saya tak percaya Build SK dan saya akan bagitahu lagi sekali,saya.tak.percaya.Build.SK.Baik pekerja atau  bekas pekerja diaorang.Jimin mungkin dah tak berminat nak kacau perniagaan kita tapi dia tu cakap putar belit.Mungkin khabar angin pasal pekerja Build SK masuk syarikat lain untuk hancurkan syarikat itu dari dalam boleh jadi betul.Benda yang paling ditakuti oleh orang kecil macam kita ialah bila pekerja syarikat besar macam Build SK tiba-tiba masuk syarikat kita.Alasan boleh kaburi penglihatan kita Yang Soo Min.

Jadi saya mohon untuk awak jaga lelaki ni.Kalau awak dan Ketua Jang memang rasa dia bersih dan tak ada niat jahat,tunjukkan pada saya.Kalau betul,saya mengaku saya tuduh melulu.Tapi kalau salah,awak terima apa yang saya suruh awak lakukan untuk cover segala perbuatan-perbuatan lelaki ni.Faham?"

Soo Min menelan air liur sekali lagi.Uih,bukan main panjang lagi pesanan majikannya.Dia percaya Hoseok tidak bersalah seperti apa yang Taehyung anggap.Hoseok nampak baik.Ya!Dia akan buktikan pada Taehyung yang Hoseok itu tak seperti yang Taehyung jangkakan.

"Satu komen Tuan,"

"Apa dia?"

"Kita bukan orang kecil.Business kita okay dan keuntungan berlipat kali ganda.So kalau Tuan boleh tukar sikit...sikit je...Cakaplah kita ni orang-orang besar hehe"

Taehyung mengerutkan dahinya,"apa awak ni?Awak perli saya ke apa?"

"Eh mana ada.Tuan ni.Saya tengah puji Tuan lah ni.Bukan senang tau usia muda macam Tuan dah ada syarikat sendiri.Dah jual banyak rumah.Dah buat banyak projek berjuta.Pekerja pun makin lama makin banyak.So saya cuma nak cakap yang syarikat kita pun dikira syarikat besar,"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now