Sebulan telah berlalu sejak peristiwa Vanilla memerangkapnya di bilik hotel. Jauh di sudut hati, Maddy tidak ingin percaya bahawa semua kejadian itu dirancang oleh Vanilla. Buktinya, Vanilla tidak mencintainya. Hampir setiap malam isterinya mengigau menyebut nama Ivander.

Dan Anila, gadis itu menghilang sejak kejadian itu. Seharusnya jika benar Anila mencintainya, Anila pasti datang kepadanya, memakinya dan Vanilla. Jika Anila mencintainya, Anila tidak akan membenarkannya terus bersama Vanilla.

"Aku bersyukur semua ini terjadi, sayang," Maddy mengucup bibir Vanilla yang sedikit terbuka.

Kejadian malam itu telah membawa Vanilla kepadanya tanpa dia perlu bersusah-payah mengejar dan mendapatkannya. Bagi Maddy, apa ruginya kehilangan Anila dibandingkan mendapatkan Vanilla. Anila bukan sesiapa, bukan gadis yang diinginkannya.

"I love you, wife," ucap Maddy perlahan sebelum memejamkan matanya. Malam ini, malam yang berbeza buat Maddy kerana malam ini malam pertama dia bergelar seorang suami dengan isterinya terlena dalam pelukannya.

💕💕💕

Hampir Vanilla tidak dapat membendung air matanya saat bibir suaminya menyentuh dan mengulum bibirnya lembut. Sejak melafazkan solemn vow siang itu, sikap Maddy padanya berubah. Cara lelaki itu memandangnya juga berubah.

"Kenapa, Maddy?" Degup jantung Vanilla berpacu deras saat telinganya mendengar suaminya mengucapkan "I love you, wife."

"I love Ivander, Maddy. Sorry, but I love him so much. Only him," Vanilla menahan rasa pedih di hatinya.

Maddy, nama lelaki itu pernah singgah di hatinya. Malah beberapa bulan sebelum Ivander mendekatinya, hatinya telah jatuh pada Maddy. Beberapa kali terserempak di kafe yang sama, bertentang mata dari kejauhan, Vanilla sering berharap Maddy datang kepadanya dan menunaikan harapannya yang pernah ada untuk lelaki itu.

Namun, Maddy seolah tidak memandangnya walau hanya dengan sebelah mata. Hinggalah akhirnya Ivander, teman zaman sekolahnya muncul, memberi cinta dan harapan. Lebih membuat hati Vanilla tertutup buat Maddy saat lelaki itu akhirnya memilih Anila untuk melabuhkan cintanya.

"Ivander..." Vanilla membisikkan nama itu dalam keadaan matanya yang masih terpejam. Beberapa titis air mata jatuh menuruni pipinya.

"Aku rindu, sayang. Maafkan aku," kata-kata itu cuma terucap dalam hatinya.

Maddy membuka kembali matanya yang baru beberapa minit terpejam. Nama lelaki yang dibencinya baru sahaja terucap dari mulut isterinya. Maddy menatap wajah isterinya yang basah.

" Maafkan aku telah menyakitimu, sayang," Maddy semakin mengeratkan pelukannya pada tubuh isterinya.

"Aku akan membuatmu melupakan Ivander. Kau hanya milikku, Vanilla. Tiada apa yang boleh mengubah kenyataan itu," ikrarnya dalam hati. Ivander hanya lelaki yang mencintai Vanilla tetapi Maddy lelaki yang telah mengikatnya dengan ikrar pernikahan.

"Segalanya akan kulakukan untuk terus mengikatmu padaku, Vanilla. Akan kupastikan kau akan melahirkan anak-anakku," dia tersenyum membayangkan Vanilla berjalan dengan perut besar sambil di tangan kiri dan kanan wanita itu memimpin jemari anak-anak mereka.

" Lima orang, sayang. Aku mahu anak seramai lima orang, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan, " ucapnya. Tanpa disedari Maddy, dia mengucapkan kata-kata itu cukup jelas.

"Maddy?" Vanilla membulatkan matanya. Apa katanya, anak seramai lima orang? Berapa lama Maddy ingin menahannya untuk melahirkan anak seramai itu? Bukankah lelaki itu sudah berjanji akan menceraikannya saat Anila kembali ke pangkuan lelaki itu?

"Aku hanya mengigau, Vanilla. Lupakan dan kembali tidur," arah Maddy. Dia turun dari katil dan mencapai telefon bimbitnya.

"Aku ingin mengambil angin di luar," katanya sebelum menghilang di balik pintu. Vanilla hanya memerhatikan suaminya melangkah pergi dan menutup pintu di belakangnya.

"Benarkah dia mengigau?" Vanilla mengerutkan dahinya. Hatinya semakin gelisah. Bagaimana jika Maddy akhirnya enggan melepaskannya? Bagaimana jika dia terikat selamanya pada Maddy kerana gagal mengembalikan Anila kepada lelaki itu?

"Bagaimana jika akhirnya hatiku jatuh lagi padanya? Bagaimana dengan cintaku pada Ivander?" Vanilla menyentuh dadanya.

" Aku mencintaimu, Ivander. Tetapi aku tidak tahu, selama mana aku mampu menahan hati agar tidak jatuh lagi padanya," Vanilla merasa dadanya sesak. Baru beberapa detik Maddy pergi, mengapa tiba-tiba dia merasakan hidupnya kosong?

💕💕💕

Di lobi hotel, Maddy menghubungi Nickle, sahabat merangkap setiausaha peribadinya.

" Tempah tiket ke Australia. Jangan lupa juga bilik hotel untuk tempoh seminggu," katanya.

" Kau ada urusan kerja di sana? " tanya suara di hujung sana.

"Bukan urusan kerja, Nick. Aku dan Vanilla akan honeymoon di sana," Maddy nekad. Dia memilih bulan madu di Australia kerana dia tahu Ivander sedang berada di negara itu.

" What? Jangan cari nahas, bro. Kau tahu Ivander sedang berada di Australia."

"Aku tahu, Nick. Itu tujuanku, agar Ivander tahu Vanilla sudah menjadi kepunyaanku," balasnya.

Happy reading.
Vote and comment.

See u in next part.



Please, Release Me ✔️Where stories live. Discover now