Part 7

3.3K 66 5
                                    

"Rasa sakit yang kurasakan membuatku memohon pada sang pencipta, agar hidupku segera berakhir. Tiada apa yang kuimpikan lagi kerana semua mimpiku indahku telah berakhir," - Vanilla Aresha Abraham

Vanilla membuka mata setelah terlalu lama rasanya dia tertidur. Dia mengamati sekelilingnya. Dia berada di dalam sebuah bilik berwarna putih dengan langsir hijau berbunga halus menutupi ruang tingkap. Dia berada di dalam sebuah wad. Syukur, aku tidak lagi berada di dalam rumah besar itu, katanya dalam hati sambil mengurut dadanya.

Vanilla mencuba bangun, tetapi tubuhnya terasa sakit dengan setiap gerakan yang  dibuatnya. Kulit kepalanya terasa perih, mungkin ada helaian rambutnya yang tercabut akibat jambakan wanita kejam itu. Pipinya juga terasa sangat sakit. Malah dia hampir tidak berupaya membuka kedua bibirnya. Rasa sakitnya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu.

Vanilla memegang kepala yang terasa berdenyut begitu hebat. Pandangannya terasa berpinar. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berbaring semula. Air matanya menitis lagi. Dia perempuan. Wanita itu juga perempuan. Tetapi mengapa dia memperlakukannya dengan begitu kejam, seolah-olah kesalahannya terlalu besar hingga tidak termaafkan oleh wanita itu.

Sungguhkah dia yang bersalah? Andai saja mereka tahu, siapa Anila.. calon menantu yang mereka puja-puja. Dia mungkin lebih baik daripada Anila. Cuma saja wanita itu tidak pernah cuba ingin mengenalnya.

Begitu juga Maddy. Lelaki itu tampan. Saat pertama Vanilla melihatnya, dia jatuh hati pada lelaki itu. Tetapi saat itu dia sudah punya Ivander. Lagipun lelaki itu merupakan teman lelaki Anila, sahabat baiknya.

Beberapa kali dia merasa betapa bertuahnya Anila kerana dicintai lelaki seperti Maddy. Lelaki tampan, kaya dan tatapan matanya sentiasa penuh dengan cinta setiap kali dia menatap Anila, sahabat baiknya.

Namun saat ini, Vanilla merasa bersyukur kerana dia bukan gadis yang dicintai Maddy,meski saat ini dia harus mengabdikan tubuhnya pada lekaki itu. Semua ini hanya sementara. Hanya untuk suatu tempoh sehingga dia berhasil menemukan Anila dan memujuknya agar kembali pada Maddy.

Bagaimanapun caranya, dia akan memujuk Aran agar melepaskan Anila agar sahabatnya itu dapat membangun keluarganya bersama Maddy.

"Vanilla," suara lelaki itu menyapanya . Suara yang sebolehnya tidak mahu didengarnya. Melihat wajahnya dan mendengar suaranya membuat dirinya seakan lemas.

"Vanilla, bagaimana keadaanmu?" Lelaki itu bertanya. Satu jarinya menyentuh bibir Vanilla yang bengkak kerana terkoyak akibat tamparan ibunya.

"Maafkan, mama," pintanya. Dia memaut wajah Vanilla agar gadis itu mahu memandangnya. Vanilla melihat sekilas padanya. Wajah tampannya saat ini tidak mampu menggetarkan perasaan Vanilla  seperti beberapa waktu yang lalu ketika dia melihat lelaki itu  bersama Anila.

Tika itu dia sempat memohon pada Tuhan semoga dialah jodoh lelaki itu dan bukannya Anila. Dalam suasana hati yang gila-gila pernah dia berdoa semoga Anila bertemu jodoh yang lain agar Maddy menjadi jodohnya. Mungkinkah Tuhan mendengar doa gila-gila itu, doa seorang manusia yang jarang-jarang sekali masuk ke church pada hari minggu?

"Masih sakit?" Maddy mengelus bibir Vanilla. Vanilla memalingkan wajahnya.

"Hei, aku bertanya!" Maddy bersuara keras.

"Tidak," jawab Vanilla. Orang gila saja yang tidak tahu apa rasanya keadaanku saat ini, batinnya bersuara.

"Maafkan ibuku," kata Maddy lagi. Kali ini Vanilla memberanikan diri menatap mata lelaki itu.

Please, Release Me ✔️Where stories live. Discover now