"Hendery sekali lagi nak minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru tetapi kalau Hendery tak buat macam ni, nanti diorang apa-apakan Aminah. Hendery tak sanggup biarkan dia kesusahan seorang diri. Hendery cuma boleh tolong dia bersembunyi je tapi Hendery tak mampu untuk bayar hutang tersebut. Hendery kalau boleh tak mahu korang terlibat dengan hal ni "

Ujar Hendery lagi dan menutup muka dengan tangan kerana tidak mahu mereka lihat mukanya ketika menangis.

Taeyong dan Taeil bangun daripada kerusi lalu memeluk Hendery serta menenangkan mereka.

Sooman memandang Isaac yang sedang tidur lena dan memandang Hendery yang sedang menangis.

"Biar daddy bayarkan hutang tu semua, kesian kamu berdua dan anak kamu jika dihantui oleh konco-konco tu semua. Kamu takkan selamat sekali hutang tu tak dibayar" Ujar Sooman.

"Daddy tak rasa daddy menyusahkan diri sendiri ke nak tolong kami? " Soal Hendery setelah dengar kata-kata Sooman.

"Biar daddy bantu kamu, lagipun Aminah tak bersalah langsung dalam hal ni, arwah nenek dan atok dia meninggalkan hutang pada dia. Niat kamu pun baik, kamu nak tolong dia daripada diapa-apakan oleh konco-konco Ahlong tersebut" Balas Sooman dan memandang Isaac yang terbangun.

Isaac bergerak-gerak tidak selesa didalam kain bedung lalu membuka matanya, Isaac mengerutkan dahinya kerana tidak pernah suara mereka selain suara ayah dan ibunya semasa dalam perut.

"Hendery, anak kamu dah bangun, Han bangun" Ujar Taeyong lalu Sooman berikan kepada Taeyong untuk dukung.

Hendery senyum lalu biarkan mereka bermain dengan anaknya kerana mereka juga selalu sibuk dengan hal masing-masing. Bila masa lagi mereka boleh melawat lama-lama.

Sebenarnya sudah pukul 4 pagi tetapi mereka dapat melawat kerana Pengarah Hospital adalah kenalan Sooman.

"Chagi.. " Aminah membuka matanya dan mencari keberadaan suaminya. Hendery mengesat sisa airmata terlebih dahulu lalu pergi ke Aminah.

"Sayang dah bangun " Hendery mengusap-usap rambutnya lalu kucup dahinya sekilas. Hendery duduk di kerusi dan genggam erat tangan Aminah.

"Saya haus sangat-sangat " Ujar Aminah tanpa sedar abang ipar dan ayah mertuanya turut ada.

Hendery bangun lalu ambilkan air kemudian berikan kepada isterinya. Aminah habiskan dalam masa sekejap dan matanya tertumpu pada beberapa figura yang sedang duduk.

"Chagi, itu kan daddy dengan abang-abang awak daripada mak berlainan?" Soal Aminah kerana Hendery pernah tunjukkan gambar mereka kepada Aminah.

Hendery mengganguk kerana apa yang dikatakannya adalah betul. Hendery menunjuk pada Taeil dan Taeyong dan kenalkan mereka.

"Yang duduk belah kanan tu, nama dia Taeil, dia anak pertama daddy saya. Yang duduk belah kiri tu pula Taeyong, anak ketiga daddy saya" Ujar Hendery dan letakkan cawan di meja semula.

Aminah bangun dan turun daripada katil dengan berhati-hati dan duduk melutut hadapan Sooman.

Aminah memegang tangan bapa mertuanya lalu cium tangan Sooman sehingga Sooman terkejut.

"Mungkin daddy tak berapa kenal saya lagi sebagai menantu daddy. Saya Aminah dan saya nak minta maaf sebab menyebabkan Hendery diherdik dan dipukul bila perkahwinan kami terbongkar. Saya lah penyebab hubungan kamu semua renggang" Ujar Aminah dengan airmata mengalir.

Sooman menyuruh Aminah duduk di katil kerana perempuan baru bersalin tidak boleh duduk bersila kerana harus jaga luka supaya tidak terbuka.

"Hendery dah ceritakan semuanya pada kami tentang apa yang berlaku dan kami menyesal atas perbuatan kami sebab tak siasat lebih dahulu" Ujar Sooman kepada menantunya.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now