Pt. 62

419 52 32
                                    

"Papa, Alessia nak tidur sekarang ni. Jom kita berdoa sebelum tidur. Kita berdoa untuk mama sekali ya?" Alessia memegang tangan Yuta dan menutup mata dengan rapat.

Yuta menggengam erat tangan anak gadisnya dan berdoa dalam hati. Dia juga berdoa supaya kehidupannya senang.

Alessia membuka mata kerana telah selesai tapi Yuta pula tidak. Tak lama kemudian, Yuta membuka mata dan cium Alessia dengan lebih lama.

"Selamat malam babyboo papa" Yuta menyelimuti badan Alessia supaya kekal hangat. Alessia memelukkan ayahnya dan melelapkan mata.

Yuta mencium dahinya sekali lagi dan tepuk pehanya supaya lebih lena.

"Anakku, papa belum sedia lagi mahu membuka hati untuk orang lain. Kerana Shannon Anne-Marie pebenda tah nama penuh mama tetap dalam hati papa. Rasanya lebih baik papa menduda sampai tua"

Yuta mula melelapkan airmata dan mengalirkan air liur juga. Kedudukan Yuta mula bertukar dari baring ke terbongkang kangkang besar.

Nasib kau lah Alessia dapat bapa yang selalu buat peta bumi kat bantal dan tidur dengannya langsung tak sopan. Macam mana lah mama kau dulu masa hidup.

Alessia mengerutkan dahi kerana mimpi yang agak menyeramkan. Taeyong berkahwin lagi dan lebih menakutkan, ada pula zombie datang menyerang di majlis itu. Tapi muncul Yuta serta Haechan sebagai penyelamat.

Mereka berdua menari Thriller dan semua zombie ikut balik ke kubur.

Ah sudah, aku pula yang gila.

Alessia menendang-nendang selimut kerana terlalu takut dengan mimpi tersebut. Alessia membuka mata dan mengurut dada.

"Seramnya mimpi ni, kena bagitahu Eomma Yesung ni, takut Appa Tae cari isteri lain" Alessia mengurut dada lagi dan pandang Yuta disebelah yang tidur dengan posisi seperti dilanggar kapal terbang.

"Papa tak bangun, minum air lah" Alessia mengalihkan selimut dan turun dari katil.

Alessia berhenti kerana merasakan ada seseorang yang datang. Alessia menoleh ke belakang dan ada seorang wanita muda berpakaian serba putih sedang berdiri sambil senyum lebar.

Alessia datang lebih dekat dan cuba mengamati wajah wanita tersebut.

"Ma.. Ma?" Alessia kini berdiri betul-betul hadapannya. Wanita itu tersenyum dan mengganguk.

"Mama! " Alessia memeluknya dan mengalirkan airmata kerana gembira.

"Anakku Alessia Lee Yoonra" Wanita itu adalah Shannon. Isteri kepada Yuta dan ibu kepada Alessia.

"Mama datang tak lama, mama cuma nak beri nasihat. Belajar rajin-rajin, jangan buat papa marah, jangan jadi pemalas. Jangan lupa carikan isteri untuk papa ya?" Shannon pegang wajah Alessia dan menyeka airmata anaknya dari jatuh ke lantai.

"Mama nak pergi mana? Alessia baru jumpa mama" Alessia menggeleng tidak mahu. Shannon senyum dan berjalan menuju cahaya bulan dan hilang dalam sekelip mata.

"MAMA! MAMA!! " Alessia meronta dan sepak Yuta yang sedang tidur sehingga jatuh. Yuta bangun dan pujuk anaknya.

"Kenapa ni? Cakaplah dengan papa" Yuta menampar pipinya lembut tujuan untuk kejutkan dari tidur.

Alessia membuka mata, rupanya dia cuma mimpi atau lebih tepat lagi mimpi dalam mimpi.

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPIII~
atau..
I'M STAYED IN UP! I DON'T WANNA COME DOWN FOR YOUR LOVE!

tiber, betul ke lyrics tu?

"Kenapa sayang?" Yuta mengusap rambutnya supaya lebih tenang. Alessia bangun dan ambil baju mamanya dalam almari untuk dipeluk semasa tidur.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now