Pt. 80

326 36 110
                                    

Riana membuka mata perlahan-lahan apabila dengar bunyi penggera dari telefon. Riana menoleh melihat suaminya, sedang tidur lena sambil memeluk pinggang Riana.

"Chenle.. tutup lah alarm tu.. " Jisung mengalihkan tangan dan tukar posisi ke kanan.

Riana mengepal tangan menjadi menggengam. Suaminya asyik tersalah sebut nama.

"Dah kahwin hampir masuk seminggu. Asyik salah nama je, tahulah sebelum ni Chenle yang tidur sebelah dia" Riana mengalihkan selimut untuk bangun dan terkejut apabila pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Sayang nak pergi mana? " Soal Jisung yang telah bangun. Riana menoleh lalu memberi ciuman pagi di pipi kanan.

"Nak pergi mandi, ingat macam kau ke?  Busyuk, taknak mandi" Balas Riana lalu lepaskan diri dari Jisung.

Jisung senyum miang, dia menarik tangan Riana supaya duduk semula di katil.

"Kalau macam tu, biar lah ayang mandi sekali dengan baby" Jisung mencubit hidung Riana.

"Ew, geli lah nama panggilan baby, ayang semua tu. Aku, kau, kita sudahlah" Riana pukul peha Jisung dengan kuat.

Jisung tersenyum miang lagi sekali, rambutnya dibelai perlahan.

"Dia yang ajak kahwin, lepastu tak mahu guna nama manja. Kita kan dah kahwin, nanti dah ada anak, kita terbiasa pula guna panggilan kasar" Jisung sengaja berbisik di telingnya sehingga Riana merinding.

"Ish, baru kahwin dah sibuk fasal anak. Betulkan diri sendiri lah, perangai macam budak-budak lagi. Selalu mengadu dekat mommy" Riana menggeleng perlahan apabila teringat perangai Jisung sebelum kahwin.

"Eleh, yang kita tidur pukul 3pagi tu apa? " Ujar Jisung mengingatkan.

"Hei! Jangan cakap, malu tahu tak?! " Riana pukul badan suaminya begitu kuat sehingga boleh didengari sampai luar bilik.

Wajah Riana berubah merah, dia bangun dari katil dan mengambil tuala di pengangkut.

"Alah, kita pun nak mandi gak! " Jisung mencebik bibir kerana merajuk, Riana hempas pintu bilik air dengan kuat.

"Mandilah kat mana-mana, macam bilik air ada satu je kat dalam rumah ni! " Jeritnya dari bilik air.

Jisung mengambil tuala, pakaian untuk dipakai dan keluar dari bilik untuk mandi di bilik air berdekatan dapur.

"Jisungiee~ kenapa mandi kat luar? Kan dalam bilik kamu ada bilik air" Kata Minyoo sambil menyediakan sarapan bersama menantu yang lain.

"Riana tengah mandi, Jisung tak mahu tunggu lama-lama " Balas Jisung dan ambil sekeping roti lalu makan.

"Mandilah kat bilik mommy, bukannya ada sesiapapun yang mandi. Jaemin tengah tidur lagi tu. Kesian dia, demam" Balas Minyoo setelah selesai menyusun pinggan.

Jisung pergi ke bilik Minyoo lalu memulas tombol pintu. Jisung menjengahkan kepala sedikit dan melihat Jaemin sedang tidur lena sambil memeluk kotak tisu.

Katil pula banyak tisu merata-rata kerana digunakan untuk lap hingus.

Jisung membuka pintu perlahan-lahan kerana tidak mahu menggangu Jaemin.

Jisung membuka pintu bilik air dan mandi cepat-cepat.

"UHUK! UHUK!! "

Jisung berhenti menyiram badan dengan air kerana terdengar batuk yang sangat kuat.

"Jaeminie!! " Suara Minyoo pula yang membuatkan Jisung takut. Jisung pakai baju dan keluar untuk melihat apa yang kecoh tadi.

"Mommy, kenapa dengan adik? " Jisung mengeringkan rambut dengan tuala.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now