Pt. 20

350 43 88
                                    

"Daddy, Junghae mesti nak menyusu lagi ni. Kejap ya? " Jungwoo baru angkat selimut tapi Sooman telah larang dari jejakkan kaki ke lantai.

"Doktor ada cakap dengan daddy tadi sebelum masuk bilik. Dia kata nak buat pemeriksaan sekejap dekat Junghae. Rasanya tak payah kot mengacau" Peluh keluar dari muka Sooman dan Jungwoo makin hairan.

Manda dan mereka masuk kedalam semula dan Mina juga ada tapi dia mengalihkan pandangan kerana rasa bersalah terhadap Jungwoo.

"Mana Junghae? Apa yang terjadi terhadap anak Jungwoo! Bagitahu lah sekarang!" Dia pegang kedua bahu Sooman dan tidak sengaja tertinggikan suara.

"Di-dia kena culik dengan perempuan pakai baju merah" Balas Haera dengan terketar-terketar.

Jungwoo alihkan tangan dari bahu Sooman dan pandang mereka kerana tidak percaya.

"ANAK JUNGWOO HILANG! DADDY KENAPA TAK BAGI TAHU AWAL-AWAL! " Jungwoo mengusutkan rambut dan mencabut infus di tangan.

Darah yang mengalir dibiarkan dan dia keluar dari bilik. Tapi Renjun dan Yeri sempat tarik dan baringkan di katil semula.

Mina keluar dan ambil tali untuk ikat tangan Jungwoo dari keluar bilik. Jungwoo asyik meronta-ronta bila dilepaskan dan menangis sambil panggil nama anaknya.

"Lee Junghae! Mana kamu nak, eomma nak cari kamu" Jungwoo menangis lagi dan ditenangkan oleh kakak-kakaknya dan Manda.

Mina lap airmata yang keluar dan keluarkan telefon dari poket seluar lalu tunjukkan rakaman kepada Jungwoo.

"Ibu kepada Hanbin, Kim Haram! Dia lah yang culik Junghae dan dia ada datang berjumpa tadi nak tengok Junghae tapi Jungwoo tak bagi" Jungwoo akhirnya tidak meronta dan hanya menangis perlahan.

Mina panggil doktor yang lain untuk pasang semula infus yang Jungwoo telah cabut tadi kerana terlalu marah.

Manda membelai rambut Jungwoo dengan perlahan dan tengok doktor yang keluarkan sedikit air dari picagari.

"Junghae, mana kamu dibawa pergi? " Jungwoo pandang doktor yang semakin menghampiri katilnya.

Doktor menyuntik ubat penenang dan dia segera pengsan. Mereka membuka ikatan tangan di katil dan barulah keluar dari bilik.

Mereka bertiga hantar mesej kepada ahli keluarga di rumah dan juga di tempat kerja. Kemudian mereka balik kerana tidak sanggup melihat Jungwoo yang sedang terseksa.

++++

"Shuhh, Hanlin jangan menangis ya? Kita dah nak sampai rumah ni" Haram cuba mendodoi tapi Junghae asyik menangis sejak diambil kerana dia boleh tahu yang dia telah berpisah dengan ibunya.

"Puan ni nampak macam dah tua kalau nak bersalin lagi." Tanya pemandu teksi yang membawa mereka kerana pelik.

"Takdelah, ini cucu saya baru balik dari hospital. Ayah dia dah mati sebab kemalangan dan ibu dia pula hilangkan diri selepas bersalin cucu saya ni. Tinggallah saya seorang diri menjaga dia"

Haram menipu dan pemandu teksi itu hanya mengganguk faham dan hanya bawa kereta menuju ke tempat yang diminta.

"Teruk lah ibu dia tu, nasib baik puan ada untuk jaga cucu. Kalau tidak, tak hidup agaknya cucu puan ni" Dia menggeleng kepala dan berhenti kerana lampu berubah kepada merah.

"Uwek uwekk ek" Junghae menangis dengan nyaring kerana tidak selesa dengan Haram.

"Saya rasa perut dia kembung kot. Puan ada letak minyak angin dekat badan dia tak? " Dia meneruskan perjalanan bila lampu bertukar ke hijau.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now