Pt. 22

333 41 36
                                    

Mereka semua balik pada waktu malam dan terus masuk bilik untuk tidur. Jisung naik tangga dan terpandang bilik Minyoo yang berada di tingkat bawah dan turun semula.

"Kau nak pergi mana? Taknak masuk bilik ke tidur dengan aku?" Soal Chenle yang telah buka pintu.

"Nak masuk bilik mommy kejap. Chenle hyung tidur lah dulu" Jisung melambai dari bawah dan masuk bilik Minyoo.

Chenle pula terus masuk bilik dan lompat katil dan terus tidur kerana penat walaupun dia tak memandu pun tadi.

"Jisung-ah, kenapa masuk bilik mommy ni? " Minyoo bangun dan alihkan sedikit badan Jaemin daripada jatuh katil.

Jaemin tidur dengannya dari kecil dan takde bilik walaupun Sooman dah janji nak beri satu bilik khas untuk dia sahaja.

"Nak tidur dengan mommy lah" Jisung mencebik bibir lalu duduk di tepi katil. Minyoo segera alihkan badan dan beri ruang untuk dia baring belah kanan manakala Jaemin pula di kiri.

"Sebab daddy tidur kat sana malam ni. Itu yang Jisung nak tidur dengan mommy" Dia memeluk ibunya dengan erat.

"Ada apa-apa ke? Macam nak bodek sesuatu je" Minyoo mengusap rambutnya perlahan dan cium dahi lebarnya.

"Takdelah, cuma rindu nak tidur dengan mommy dan adik. Jisung kali terakhir tidur kat bilik ni pun dah berapa tahun sampai dah tak ingat" Jisung letakkan kepala pada bahunya dan merenung syiling yang diletakkan bintang bercahaya bila lampu ditutup.

"Ingatkan buat tabiat tadi, takut mommy sebab kamu minta tidur sekali hari ni" Minyoo beralih ke kiri dan menepuk Jaemin supaya tidur dengan nyenyak.

Jangan geli sebab memang ada mak-mak anak dah besar pun dilayan macam kecil lagi.

Jaemin terbangun dari tidur dan mengosokkan mata sehinggalah penglihatan dia mula jelas dan nampak sekeliling walaupun dalam gelap.

"Sibuk jelah hyung ni nak tidur dengan mommy. Pergi lah masuk bilik dan peluk Chenle hyung sampai puas hati" Jaemin cuba tendang Jisung jatuh dari katil tapi dihalang oleh kaki Minyoo.

"Biarlah dia tidur dengan kita hari ni. Cemburu ke yang mommy akan sayang dia lebih dari Jaemin? " Minyoo peluk Jisung dan beri ciuman berkali-kali di mukanya.

Jisung menjelirkan lidah sebagai mengejek dan membuat Jaemin geram dengan abangnya.

"Tak mahu sayang Jisung hyung!" Jaemin ambil selimut dan selubung satu badan.

Jisung hanya ketawa terkekeh dan Minyoo terus cubit tangannya.

"Tak baik buat adik macam tu. Babap kang nanti baru tahu" Minyoo menggeleng kepala dan tiba-tiba menggeletar walaupun cuaca tidak sejuk malam tu.

Jisung bangun dan ambil lebihan selimut lalu letakkan atas badan Minyoo kerana takut ibunya akan kesejukan.

"Mommy tak sejuk lah cuma merinding je. Lebih baik Jisung yang pakai selimut tu" Balas Minyoo dan cuba menolak dengan baik tapi Jisung tetap dengan pendiriannya.

"Mommy pakai je, Jisung boleh tahan sejuk sebab dah biasa" Dia menolak dan Minyoo hanya diam.

Jisung baring semula di katil dan bermain dengan rambut panjang Minyoo yang telah beruban sepenuhnya tapi mukanya tetap seperti muda dulu dan tidak berkedut seperti wanita biasa lain.

"Mommy, kenapa jarak Jisung dengan hyungdeul lain jauh sangat? Jaemin pun sama, Jisung dah besar baru dapat adik lagi" Dia pandang Minyoo dengan perasaan ingin tahu.

"Haah mommy, ceritalah kat kitaorang" Jaemin angkat bantal peluk dan menampakkan muka.

"Eh, ingat dah tidur tadi" Jisung cubit pipinya kerana geram.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now