Pt. 45

375 35 16
                                    

Siyeun masuk bilik untuk jaga Jeno semula selepas selesai makan di kantin hospital.

"Awak boleh dengar apa saya cakap?" Siyeun mencium dahinya dan duduk di kerusi.

"Boleh" Ujar Jeno dalam hati lagi.

"Awak bila nak sedar semula? Doktor cakap kalau awak tak sedar lagi, mereka terpaksa hentikan sokongan hayat awak" Siyeun cuba untuk menahan sebak tapi tidak boleh.

Jeno dengar isterinya sedih tapi dia tak boleh buat apa-apa selain berbaring sepanjang hari.

Jeno cuba untuk gerakkan anggota badannya termasuk jari tapi dia tak dapat rasa apa-apa pun.

"Saya tak mahu kehilangan awak, kesian anak kita nanti. Awak kena kuatkan semangat untuk kami" Siyeun letakkan kepala di katil.

"Uh.. Ah.." Jeno keluarkan suara walaupun tidak jelas. Siyeun mendongakkan kepala dan Jeno mula membuka mata dengan perlahan-lahan.

"Awak dah sedar, biar saya panggil Lucas datang sini" Siyeun mencium tangannya dan keluar dari bilik.

"Kenapa aku tak rasa apa-apa? Kaki pun aku tak dapat gerakkan" Jeno cuba bangun tapi hanya dapat angkat kepala, itu pun sekejap kerana luka di tempat bedah berdenyut-denyut.

Lucas masuk kedalam bersama beberapa jururawat lain yang bawa beberapa peralatan dan menghampiri katil Jeno.

Mereka buka tiub ventilator dalam tekak dan pakaikan nasal cannula, wayar oksigen di hidung.

"Jeno boleh dengar tak apa hyung cakap?" Lucas tengok matanya dan suluh dengan lampu kalau ada sesuatu.

"Uh..(boleh)" Jeno pelik kenapa dia tak boleh cakap sedangkan tiub dah dikeluarkan dalam mulut.

"Kalau boleh, kelip mata dua kali. Kalau nak beri jawapan Tak, kelip sekali je" Lucas periksa bahagian badan yang lain pula.

Jeno kelip mata dua kali seperti disuruh tadi. Siyeun sudah keluarkan airmata kerana suaminya dah sedar tapi tidak boleh cakap seperti dulu.

"Boleh gerakan badan tak selain kepala?" Lucas letakkan stelekop di dada dan semuanya normal.

Jeno kelip mata sekali saja , yang bermaksud tidak boleh.

Jururawat yang lain pukul kakinya dengan perlahan tapi Jeno tidak rasa apa-apa pun termasuk rasa sakit pada tangan kanan yang patah.

Lucas mengundurkan diri ke belakang kerana tidak percaya.

"Oppa, apa yang terjadi? " Siyeun mengoncangkan bahu Lucas minta penjelasan.

"Dia lumpuh satu badan, dia boleh rasa dekat kepala dan Jeno tak boleh cakap, dia hanya boleh kelip mata sebagai balasan" Lucas gerakkan kaki Jeno sekali lagi dan memang tiada apa-apa berlaku pun.

Siyeun terduduk bila dapat tahu Jeno telah cacat untuk seumur hidup.

"Abang dah tak mampu nak sara hidup awak dengan Juno lagi" Jeno menitiskan airmata dan rela dengan apa yang berlaku.

Siyeun bangun dan menghampiri katil Jeno.

"Aw-awak sayang saya tak? Tolong balas sesuatu!" Siyeun genggam tangannya dan meraung kerana tidak percaya.

"Sayang sangat kat awak" Jeno kelip dua kali dan pandang Lucas yang sedang buka balutan kepalanya untuk sapu ubat pada tempat yang dibedah.

"Tahan sikit, hyung nak letak ubat sekejap" Lucas ambil gunting kerana akan ambil masa yang lama jika buka guna tangan.

"AH!" Jeno menjerit kesakitan kerana Lucas tak sengaja tersentuh kepalanya yang sakit.

"Awak kuat, tahan sikit ya?" Siyeun pujuk dan baru lah Jeno cuba tahan walaupun tengok dari muka yang dia memang dalam kesakitan yang amat.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now