Pt. 79

306 36 8
                                    

Taeil dan Taeyong membuka pintu apabila terdengar bunyi van yang mengambil anak mereka.

Satu persatu dari mereka turun tetapi Taeyong dan Taeil tidak nampak dimana Juno.

"Pakcik, Juno kat sekolah lagi. Pakcik Van tak bagi dia naik sebab belum bayar duit bulan ni" Ujar Younghee tanpa memandang wajah mereka, dia terus masuk kedalam rumah.

"Jaehyun nak ambil dia " Jaehyun mengambil kunci kereta.

"Kami pun nak ikut juga" Taeil dan Taeyong keluar lagi sekali.

Taehan, Yong, Taehyeong dan Hansung masuk bilik mereka dengan perasaan geram kerana ayah mereka tidak mempedulikan mereka.

Saera menangis, dia berharap Juno segera pulang. Siyeun dan Jeno yang berpura-pura tidak tahu anak mereka jalan kaki ke sekolah menangis teresak-esak.

Mereka takut berlaku sesuatu yang buruk pada Juno.

Jaehyun memandu perlahan sambil perhatikan kiri kanan. Taeyong dan Taeil juga lakukan perkara yang sama.

"Weh, kat sana ada orang terbaring kat tepi jalan" Taeil tunjuk jari pada apa yang dilihat.

"Dia pakai baju sekolah.. Sekejap, asal fizikal badan dia macam Juno?" Soal Taeyong apabila perhatikan dari jauh.

Jaehyun pergi ke sana apabila ternampak apa yang dikatakan tadi.

Jaehyun berhentikan kereta dan mereka keluar dari kereta. Hati mereka makin kuat berkata supaya pergi lebih dekat.

Taeyong mengalihkan badannya yang tertiarap dan terkejut. Jaehyun terus memeluk badannya.

"Juno!" Jaehyun menangis, dia tidak kisah dengan bajunya dikotori darah.

"Dia masih bernafas, kita bawa pergi hospital" Ujar Taeyong.

Jaehyun mengganguk dan dukung badannya masuk kedalam kereta. Taeil mengambil begnya.

Jaehyun memangku badannya lalu mencium mukanya. Jaehyun menyesal kerana tidak menghantar Juno pergi ke sekolah.

"Juno, maafkan pakcik. Sepatutnya pakcik hantar kamu ke sekolah. Kamu kena kuat, kita dah nak sampai hospital ni" Jaehyun meraung. Tidak pernah dia menangis seteruk ini sehingga hilang suara.

"Bukan salah kau, tapi salah kitaorang. Kitaorang tak pernah lupa bayar duit van dia. Aku taktahu yang van tak bagi dia naik sebab dia takde duit. Ini semua salah kitaorang, kitaorang biarkan dia jalan kaki" Ujar Taeil sambil memandu, menggantikan Jaehyun.

Mereka sampai di hospital, Jaehyun mengangkat badannya dan letakkan di katil.

Doktor memeriksa seluruh badan Juno. Doktor memandang mereka.

"Kita kena jalankan pembedahan, tangan kiri dia patah dua" Ujar doktor.

Mata mereka terbeliak.

"Tak perlu lakukan Xray? " Soal Taeil.

"Tidak perlu, memang sah tangan dia patah " Balas itu dan tolak Juno masuk ke dalam bilik bedah.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now