Hendery keluarkan Isaac dengan berhati-hati daripada katil supaya tidak terbangun dari tidur dan berikan kepada Sooman.

Sooman tersenyum lebar dan hatinya berbunga-bunga melihat cucunya yang baru lahir tidak sampai sehari.

Kemudian Taeil dan Taeyong pimpin Sooman duduk di kerusi kerana kaki Sooman sudah bergetar-getar akibat berdiri terlalu lama.

"Cucu aku~ " Sooman senyum lebar dan cium pipi serta dahi cucu lelakinya.

"Comelnya dia, muka sama dengan apa dia" Ujar Taeyong dan cium anak saudaranya dan tersenyum lihat pipi tembamnya.

Taeil juga cium pipi dan dahi sekilas kerana tidak tahan melihat kecomelannya walaupun sedang tidur.

"Namanya siapa? " Soal Sooman sambil mengusap ubun-ubun cucunya.

"Isaac Lee Han, Hendery sendiri yang pilih sebab Aminah taktahu nak beri nama yang sesuai untuk dia" Balas Hendery dan duduk di kerusi yang masih ada.

"Nama isteri kamu Aminah?, dia islam? " Soal Sooman kerana Ji Ran tidak memberitahu tentang nama menantu mereka.

"Ha'ah, Hendery mualaf juga macam Doyoung hyung dengan Lucas" Balas Hendery dengan senyuman tawar kerana Sooman memandangnya dengan pandangan tajam.

"Sebenarnya daddy dah tak marah lagi selepas tengok muka cucu daddy. Kamu jangan salah faham dengan pandangan  daddy tadi, muka daddy memang garang sejak dulu" Balas Sooman sambil bermain dengan rambut Isaac yang lebat.

Hendery menarik nafas lega kerana akhirnya ramai yang memilih selesai secara baik.

"Tadi Hendery kata nak bagitahu kenapa Henset kahwin senyap-senyap dengan isteri " Kata Taeil mengingatkan.

Hendery mengambil kerusi dan duduk berhadapan mereka berempat (1+ Isaac)

"Aminah ni daripada keluarga bermasalah dan ibubapa dia dah meninggal dunia sebab kesalahan mengedar dadah dan kemudian dia hidup dengan nenek dan atok dia. Nenek dan atok dia dah lama meninggal dunia tapi dia baru tahu yang mereka berdua berhutang sebab ada konco-konco Ahlong datang masa pengebumian dan bagi amaran.

Aminah merayu-rayu supaya beri masa dan diorang  setuju lalu bagi masa tiga bulan untuk bayar. Aminah kerja macam gila semata-mata untuk bayar semula tapi dia cuma berjaya kumpul RM2000 je, terlalu sikit daripada jumlah yang dia nak kena bayar.

Masa Hendery kenal dia pun, tinggal 3 minggu je sebelum tarikh akhir. Hendery tawarkan diri nak tolong dia lari, tapi dia tolak sebab kami bukan mahram dan tak boleh berkedudukan. Hendery tak fikir apa, Hendery ajak dia kahwin dan masa tu dia pun terdesak nak larikan diri daripada Ahlong, konco-konco Ahlong bagitahu kalau Aminah tak boleh bayar, diorang akan jual dan jadikan dia pelacur. Dia tak mahu berakhir begitu"

Hendery bercerita panjang lebar tanpa sedar airmatanya turut mengalir deras semasa bercerita. Sooman turut menitiskan airmata kerana simpati dengan apa yang berlaku.

"Macam mana korang berdua berkenalan? " Soal Taeyong setelah Hendery berhenti bercerita untuk ambil udara seketika.

"Dia buat laporan polis dengan harapan polis boleh tolong tetapi polis tak boleh buat apa-apa. Banyak kali dia datang sebenarnya dan masa Hendery buat laporan dia, sebenarnya itu 15 kali dia buat laporan, belum kira kat balai lain"  Balas Hendery sambil mengesat airmata yang tidak berhenti mengalir.

"Berapa banyak arwah atok dan nenek dia berhutang? " Soal Taeil kepada Hendery, Hendery menunduk malu dan ambil masa untuk balas semula.

"RM50,000. Masing-masing berhutang RM25,000" Balas Hendery dan mereka terkejut dengan jumlah tersebut.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now