"Insya-Allah , aku akan ingat pesanan kau dan aku harap masjid yang bakal kau dirikan dengan Jaewon akan berkekalan sampai ke anak cucu dan hingga ke jannah . Jangan gemuruh sangat, nanti tak boleh sebut nama Jaewon betul-betul masa akad nikah" Ujar Hendery kepada Lucas.

"Insya-Allah, aku dah bersedia daripada segi mental dan fizikal. Aku balik dulu ya, Assalamualaikum " Ucap Lucas lalu beredar.

"Waalaikumsalam" Balas Hendery dan melambai ke arah mereka berdua, kerana yang lain sudah turun ke bawah.

"Lucas! "

Lucas menoleh dan memandang Hendery yang memanggil namanya.

"Aku nak buat majlis cukur jambul Isaac bila hari ketujuh dia, tapi aku tak tahu nak buat apa dan nak siapkan apa " Soal Hendery.

"Nanti aku tanya kat Doyoung hyung pasal tu. Aku balik dulu, bye bye!" Lucas melambai-lambai pada Hendery dan Hendery balas semula lambaian tersebut.

Selepas mereka berdua hilang daripada pandangan mata, Hendery memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik tetapi matanya menangkap beberapa figura manusia yang semakin hampir dengannya.

"Lee Hendery! " Panggil seseorang. Hendery sudah agak yang ahli keluarga yang lain akan datang selepas Ji Ran beritahu yang dia kahwin senyap-senyap.

"Daddy tahulah daddy dah tua, tapi janganlah buat daddy hampir mati, dada daddy sakit lepas tahu kamu berkahwin senyap-senyap dan isteri kamu dah bersalin " Jerit Sooman yang datang bersama Taeil dan Taeyong, Sooman datang padanya dan terus tampar wajahnya.

"Dda-daddy" Hendery memegang wajahnya yang baru ditampar beberapa saat tadi.

"Sedap kan? Biar daddy tambah lagi " Sooman cuba menampar Hendery lagi tetapi Taeil segera halang dan Taeyong melindungi Hendery.

"Ini kan hospital, ramai orang tengok. Kita selesaikan kat rumah jelah daddy. Tak molek orang tengok kita timbulkan kekacauan kat sini" Ujar Taeil lalu mengusap belakang badan Sooman.

"Kan Taeyong dah kata jangan marah-marah bila sampai sini. Nanti daddy pengsan, siapa yang susah? Kesian lah Hendery ni, rambut dia baru je kena tarik dengan isteri dia masa bersalin, lepastu kena tampar dengan ummi, lepastu kena tampar dengan daddy lagi. 3 kali dia kena tanggung kesakitan " Kata Taeyong kepada Sooman yang tidak dapat mengawal kemarahan.

"Hyung, macam mana hyung boleh tahu yang ummi tampar dan isteri Hendery isteri tarik rambut masa bersalin? " Soal Hendery yang terkejut dengan kata-kata Taeyong.

"Rambut kau tu kusut sangat, macam hyung kena dulu masa Yesung bersalin. Lepastu kat pipi belah kanan ada kesan tamparan, siapa lagi kalau bukan ummi" Balas Taeyong dan mereka berjaya meredakan kemarahan Sooman.

"Hendery, daddy ada sesuatu nak tanya secara baik-baik ni. Kamu dah mengandungkan isteri kamu dulu ke sebelum kahwin sampai terlalu berahsia dengan kami?" Soal Sooman dan Hendery menggeleng kerana apa yang dikatakan tidak benar.

"Dah tu, kenapa kau terlalu berahsia sangat sampai macam ni? Mujur Xiaojun ikut kau sebab kelakuan kau kat balai lain semacam. Kalau tak kantoi, sampai kau ada dua tiga anak pun kitaorang taktahu kau dah kahwin" Kata Taeil kepada Hendery.

"Sebelum Hendery jelaskan semua yang berlaku ni, masuk lah bilik dulu. Nanti orang luar terdengar masalah keluarga kita" Ujar Hendery dan mereka mengganguk setuju.

"Tetapi isteri kau tak terganggu ke? " Soal Taeyong.

"Dia tengah tidur sebab kepenatan, lagipun korang mesti nak tengok anak Hendery kan? " Kata Hendery sambil membuka pintu bilik.

Mereka berpandangan sesama sendiri dan ikut melangkah masuk ke dalam bilik. Mereka pandang Aminah yang sedang tidur dan pergi ke katil anak Hendery.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now