Part 3

181 8 0
                                    

            Dee membaca segala maklumat tentang Adam. Ini kali pertama dia merasakan tertarik dengan lelaki itu. Wajahnya hampa. "Oh.. dah kawin." matanya terlihat gambar perkahwinan dan cahaya mata Adam. Tiba-tiba, kehadiran Faizal mengejutkan dia.

                    "Ya?" soal Dee lalu berdiri. "Aku ada hal nak cakap dengan kau." kata Faizal. Dee menutup maklumat Adam lalu mengikuti Faizal ke pejabatnya. Namun, gadis itu tertinggal satu episod hitam Adam.

                                           ***
               Solihah mendengar muzik sementara melihat informasi mengenai Dilaila. Gadis savage itu sudah biasa begitu. Rayyan yang terlihat perlakuan Solihah sengaja mahu mengusiknya.

                 Fail mengenai Dilaila diangkat lalu Solihah beralih memandang Rayyan dengan penuh marah. Namun, Rayyan hanya tersenyum. Entah mengapa Solihah kaku dan kerutan di dahi makin hilang. Jantungnya pula bertambah degup. Serentak dengan irama lagu SCENERY yang didengarinya.

                  "Ting!" keputusan darah Dilaila sudah siap. Solihah terus mengabaikan Rayyan tapi terdiam. Ah...
 
                                                ***
                  Dalam fikiran Mizah hanya ada dua cara untuk membunuh Dilaila. "Jangan!" picagari dicucuk di lehernya atau... pil dadah itu dimakan secara sendiri. Sukarela. Reza pun sama menbayangkan sebegitu. "Saya akan call Rayyan." kata Reza. Mizah mengangguk.

                   Saat Reza pergi, Mizah baring di atas katil Dilaila. Dia memejamkan mata. Membayangkan dirinya seperti Dilaila. Tangan bagaikan ditahan sesuatu. Bayangan hitam pembunuh menghunus picagari yang penuh dengan dadah itu. Dilaila tersentak dan terjatuh. Ketika itu, mata Mizah terbuka.

                  Dia bangun dan tersenyum. Tanpa dia sedari, Reza melihatnya dalam keadaan terkejut. "What are you doing?" soalnya. Mizah hanya diam dan berlalu pergi. Dia mengambil kunci kereta di poket baju Reza. "Lets go." katanya. Reza terpinga-pinga.

                                               ***
                    Pada masa yang sama, Mira dan Emir pergi ke hotel pembunuhan Dilaila. "Erm.. Ya, memang Encik Fahrin ada ke sini." kata penyambut tetamu itu. Tanggapan Mira dan Emir hampir serupa dengan Fatin. "Selain dari Encik Fahrin?" soal Mira. "Sekejap.".

                    "Oh ya, Cik Dalila dan Dato' Rashdan pun ada datang selepas Encik Fahrin." kata penyambut tetamu itu lagi. Emir menduga sesuatu. Mungkin ini satu rancangan yang tersirat. Rancangan beramai-ramai mahu melenyapkan Dilaila.
        
                                              ***
MEETING ROOM🏢

                     "Fahrin.. Fahrin. Its Fahrin!" kata Fatin. Syed menggelengkan kepalanya menahan kerenah Fatin. Faizal mengerutkan dahinya. "Tapi, Dalila dan Dato' Rashdan pun ada datang ke hotel tu. Bukan Fahrin je." kata Mira. Syed tersentak. "Dalila datang bersama Dato' Rashdan? For? Dalila cakap dia rehat di rumah sebab kaki dia terseliuh." kata Syed. Mira dan Emir saling berpandangan.

                      Faizal mendiamkan dirinya. "Setakat ni, ada apa-apa yang pelik tentang Fahrin dan Dalila?" soal Faizal kepada Adam dan Dee. "Nothing. 8 pagi, pergi ke pejabat. 11 malam, balik ke rumah. Itu jadual Fahrin." kata Dee. "Dalila pulak sejak dua menjak luangkan masa dengan kawannya. Thats only." kata Adam lagi. "Dato' Rashdan?" soal Faizal memandang Ian dan Ain.

                       "He's ok." kata Ian. "Nope." Adam tidak setuju. "Dato' Rashdan ada cari sesuatu dalam pejabat Dilaila malam semalam." jelas Adam. Ain mengerutkan dahinya. "Mizah, Reza?". "Kami jumpa picagari dekat tempat kejadian. Tapi kesan cap jari langsung tak ditemui dekat picagari tu." jelas Reza. "Dilaila telan pil dan overdose?" soal Mizah. Faizal mengangguk. Tapi Solihah menggeleng.

                      "Sebenarnya pembunuh tu gunakan virus untuk bunuh Dilaila. Itu fungsi sebenar picagari tu. Saya dan Rayyan jumpa ada kesan suntikan dekat leher Dilaila. Dan memang Dilaila ada telan pil dadah tapi secara paksa. Ada kesan lebam dekat lengan dan pergelangan tangan Dilaila. Jadi, pembunuh sebenarnya nak menyeksa Dilaila dan bunuh dia." Solihah tersenyum. Rayyan menepuk tangan.

                        Mereka makin runsing. Apa motif pembunuh itu dan paling penting siapa?

                                               ***
                      Ain mengambil angin malam di atas bangunan. Kes ini tidak serunsing masalah keluarganya. "Huh.." dia mengeluh. Tiba-tiba, Ian menegurnya. "Hi." Ian berdiri di sebelahnya. "Hi." balas Ain sambil tersenyum. "You have a beautiful smile." Ian memujinya.

                   "Not a beautiful life." Ain menindas segalanya. "Siapa yang ada hidup yang indah?" soal Ian yang mengalami masalah yang sama. "Whats wrong?".

                   "Actually, my family tak setuju bila saya nak join NAVY. Diorang cakap kerja tu terlalu bahaya dan jauh sangat dengan keluarga. Tapi, saya tetap pilih impian saya." rupanya Ian pun mempunyai masalah seperti Ain. "Same goes to me. Family saya pun tak suka. Tapi, look here am I." mereka berdua ketawa.

                  Fatin melepaskan geramnya di arena. "Hah!" dia menumbuk beg tinju itu. Gadis yg tetap dgn prinsip itu sememangnya degil. Tiba-tiba, Syed datang ke arahnya. "Sabarlah." katanya. "Kau apahal?" soal Fatin. Syed memegang beg tinju itu. "Aku tau kau nak pukul aku kan?" soal Syed. "Anggap beg ni aku. Cepat!" Gesa Syed bagi menambahkan kemarahan dan kekuatan Fatin.

                 "Kau yang nak!". Tendangan deras oleh Fatin menggegarkan sedikit beg tinju itu. "Lagi!". "Lagi!". Mereka berdua berlatih bersama. Tiba-tiba, urat kaki Fatin tersentak. "Ah!" dia terjatuh. Syed menuju ke arahnya. "Kau ok?" soalnya. Saat itu entah kenapa rasa benci semakin kurang. Fatin melihat Syed merawat kakinya. "Hebat? Kenapa kau melutut?". Teringat saja ayat itu, Fatin terus bangun.

                 "Aku ok." dia pergi. Syed mengerutkan dahinya. Fatin tidak mahu menyukai Syed. Tiba-tiba, telefon Syed berbunyi dan Fatin terdengar dari pintu arena. "Hai, sayang." hatinya luka tiba-tiba.

                 Solihah teringat kata-kata Rayyan tadi. "Hebat jugak awak." katanya. Gadis itu mengukirkan senyuman. Mizah dan Mira terlihatnya. "Amboi-amboi. Seronoknya dia." cuit Mizah. "Nothing. Rayyan tu ok jugak kan?" soalnya tiba-tiba.

                "Uuuu.." kata Mira. "Not bad. Handsome tapi Reza lagi handsome." kata Mizah pula. Nampaknya dia pun mula tertarik dengan Reza. Cuma Mira saja yang menyampah mendengarnya. "Emir Shah? No way." katanya. "Dia pun ok jugak. Cute je." kata Solihah. Mira menidakkannya. "Whatever, asalkan Reza, Reza, Reza and Reza...." kata Mizah.

             "Actually diorang tu dari unit mana?" soal Solihah. Mira tersenyum. "Let me explain. Syed atau Syed Syazwi,Ketua Elit bagi Tentera laut. Sama seperti Ian. Adam dan Reza dari unit Komando. Rayyan dan Emir pulak daripada Tentera Udara. Juruterbang jet pejuang." jelas Mira. Gadis-gadis itu sudah bayangkan badan Reza dan Rayyan yang berketak-ketak itu.

               "Wow...oh my captain." kata Solihah. "Erm...machonya." Mizah angau habis. Mira menjeling.

                                               ***

To be continued

ALPHA SPECIAL TEAM (C)Where stories live. Discover now