Part 2

239 9 2
                                    

                           "Dahlah. Aku malas nak tunggu diorang. Better kita balik dulu." kata Mizah yang sudah bangun. "Herm.. jomlah." Ain pun bersetuju dengan Mizah. Fatin melihat Solihah dan Mira dan gadis-gadis itu pun bangun. Fatin mengeluh.

                           Tiba-tiba,ada yang datang dari pintu belakang. "Ops.. sorry we late." kata Syed sambil tersenyum sinis. Mereka berlima beralih melihat Syed dan teman-temannya. "Well, lelaki memang suka mungkir janji." Fatin menjeling. Penuh dengan rasa geram terhadap mereka. "Maaf cik. Kami tak berjanji pun." Ian ketawa kecil. "Ya!" Emir ketawa. Mira dan Ain memandang mereka dengan penuh rasa geram.

                        "Just stop talking and get started!" Mizah terus menghala ke hadapan menuju Reza. Tumbukan pertama namun tak kena. Disebaliknya pula berlaku. Mata menjadi tempat bertentang. Mizah bangkit dari realiti. "Yah!!!" Fatin kini melepaskan semangat. Sasarannya:SYED! Gerakan pantas kakinya sama laju dengan Syed.

                   Ain berjalan perlahan menuju Ian tetapi lelaki itu hanya menunggu Ain. "Saya tak pukul..." BUMP! Tumbukan tepat Ain mengena di pipi Ian. Ian meregangkan mulutnya lalu tersenyum. Kakinya menyadung Ain dan membuatkan gadis itu hampir terjatuh namun tangan Ian sempat menangkap. Masih lagi berbudi bahasa. "Lepaslah!"

                 Solihah dari tadi mengelak gerakan Rayyan. Namun, gadis itu masih dengan rancangannya. Dia berjalan laju menuju ke belakang Rayyan tanpa disedari lelaki itu. Lengannya segera merangkul leher lelaki yang mungkin lebih tinggi dari dia. "So, end game." kata Solihah sambil tersenyum. Rayyan pula bagaikan terkunci.

               Mira masih berhadapan dengan Emir. Gadis IT itu pun tidak kurangnya. Emir menyuruh Mira ke hadapan menggunakan isyarat tangan. Lagilah gadis itu naik angin tapi dia berjalan tenang. Ketika Emir cuba menyerang, Mira menunduk ke bawah dan sempat mengelak. Masa untuk menumbangkan Emir!

                Fatin masih dengan Syed. "Asal kau berlagak sangat ha?!" soal Syed. "Sebab aku lagi hebat dari korang! Aku tahu!" dia tetap dengan prinsipnya. "Seriously?!" tiba-tiba Syed menendang kaki Fatin sekaligus membuatkan gadis itu jatuh melutut kehadapannya. "Hebat? Kenapa kau melutut?" Fatin memandangkan Syed dengan penuh geram lagi. "Kau!!!".

              "Berhenti!" suara Faizal dari pintu utama arena. Mereka semua terhenti. Fatin bangun namun masih memandang tepat ke arah ketua elit itu. Syed mencabar lagi api kemarahan Fatin.

             "Apa korang buat ni?! Aku ingatkan semua kat sini dah matang. Tapi tak! Macam budak-budak! Korang tak layak untuk jadi ejen!" mereka semua tertunduk.

             Faizal hangat hati melihat mereka tadi. "Dah! Siap sedia! Esok aku nak semua ada kat bilik perjumpaan tepat jam 4 pagi!Bersurai!".

                                            ***
             Dee melihat mereka semua masuk ke dalam bilik. "Aik?Sekejapnya?" soal dirinya. "Better kau tidur." kata Mira serius. Fatin hanya mendiamkan diri. Dia akan buktikan yang dirinya lebih baik berbanding Syed!

           Adam ketawa kecil. "Habis dah buat kerja bodoh?" soalnya. "Kerja seronok sebenarnya." Syed masih teringatkan ketika Fatin jatuh melutut ke arahnya.

                                           ***
                 4 PAGI

             "Aku akan bagi tugas untuk korang. Solihah dan Rayyan, korang akan bedah siasat mayat Dilaila atas arahan Dato' Rashdan. Fatin dan Syed akan soal siasat semua suspek termasuk Dalila. Faham?" soal Faizal. Fatin hanya menjeling. Mahu tak mahu dia terpaksa. "Dee dan Adam, aku nak korang awasi Dalila sepertimana yang Dato' Rashdan nakkan. Jaga dia." Dee mengangguk faham.

ALPHA SPECIAL TEAM (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat