1

221 12 1
                                    

Aisha memimpin tangan anak lelakinya yang baru menginjak masuk empat tahun ke dalam rumah agam milik keluarganya. Sunyi sahaja rumah itu. Mana mungkin tidak sunyi jika hanya pekerja sahaja yang masuk keluar ke dalam rumah itu untuk melakukan kerja pembersihan.

Semua ahli keluarganya menetap di Itali. Dia datang ke Malaysia pun hanya untuk melancarkan pembukaan cawangan butik miliknya yang pertama di Malaysia.

"Selamat pulang Puan Aisha" sapa seseorang membuatkan Aisha menoleh ke hadapan. Seorang lelaki separuh abad yang separa menunduk kepadanya memenuhi ruangan mata. Aisha tersenyum nipis.

"Encik Fayyadh sihat?"

Fayyadh mengangguk. Wajah anak perempuan majikannya dilihat sepintas lalu sebelum matanya singgah kepada kanak kanak lelaki di sebelahnya. Sepasang mata hazel itu hanya diam membalas pandangannya.

"Syarikat keluarga tak ada masalah kan?"

Aisha mula menyambung langkah menuju ke anak tangga diikuti Fayyadh di belakang.

"Tak ada puan" Aisha mengangguk.

"Esok pagi saya nak keluar sharp pukul 8. Tolong sediakan driver" pintanya. Fayyadh tersenyum. "Esok bodyguard puan yang akan jemput puan"

Langkah Aisha terhenti.

"Bodyguard? Auntie tak bagitahu ke yang saya tak perlukan bodyguard?" soalnya dengan nada yang masih cuba dikawal. Entah kenapa dia sedikit angin apabila bercakap tentang bodyguard ni. Mungkin dia sudah dapat bayangkan privasinya yang akan terganggu selepas ini.

"Saya tahu tapi.."

"Then cut it off please.." Mata Aisha mencerlung tajam ke arah Fayyadh yang menunduk. Lama, sebelum ada genggaman kecil yang menggenggam tangannya. Tangan Adam.

Aisha mengalihkan pandangannya ke bawah. Rasa bersalah memagut hati apabila perasan akan mata Adam sudah berkaca. Takut barangkali melihat raut ibunya seperti itu buat kali pertama.

Langkah Aisha sambung kembali menuju ke bilik tidur. Fayyadh pula tidak lagi menyambung langkahnya dan hanya diam di tangga.

.

Pagi itu, Noah memarkirkan kereta di parkir kereta rumah agam yang tersergam indah. Dokumen peribadi milik Aisha Medina di sebelahnya dipandang sekilas lalu sebelum kaki dibawa keluar dari kereta.

Keluar sahaja daripada kereta, mata melekat ke arah seorang perempuan yang sedang duduk di atas buaian. Tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada tablet di hadapannya. Puan Aisha?

Jam di tangan dia kerling. Lewatkah dia? Masih ada 15 minit lagi sebelum menginjak jam 8 pagi.

"Noah?"

Noah mengalihkan pandangannya apabila namanya diseru.

"Encik Fayyadh.." pantas kepala Noah tundukkan apabila wajah itu dicamnya. Tangan Fayyadh naik menepuk bahu Noah.

"Jom saya bawa kamu jumpa Puan Aisha"

Langkah Encik Fayyadh dia turuti dari belakang. Fikiran mula menerawang memikirkan bagaimana dia ingin menyapa Aisha sebentar lagi. Dia sudah diberi tahu bahawa majikannya sebenarnya kurang senang dengan pengawal peribadi. Nafas dihela sedikit berat.

"Selamat pagi, Puan Aisha" sapa Fayyadh. Aisha mengangkat pandangan. Dua batang tubuh tegap memenuhi ruangan matanya. Seorang sudah dikenalinya cuma seorang lagi..mungkinkah ini drivernya?

"Ini ke driver saya Encik Fayyadh?" soalnya. Tablet di tangan ditutup dan dia bangun berdiri.

Noah memandang Aisha sekilas dan mata mereka bertemu buat seketika sebelum dia yang pertama mengalihkan pandangan. Kepala kembali ditundukkan. Sah. Aisha dapat mengesan yang dia datang bukan hanya sebagai seorang pemandu.

"Pemandu merangkap pengawal peribadi puan" senafas Fayyadh menuturkannya. Keberaniannya pada hari itu memang dia kumpulkan untuk menuturkan ayat itu. Lantaklah jika dia tidak ada keberanian selepas ini sekalipun.

Bibir Aisha naik tersungging ke atas. Tangan naik mencekak pinggang. Beratus ratus kali dia cuba menyedapkan hati yang Encik Fayyadh akan menuruti permintaannya untuk tidak membawa pengawal peribadi. Kenapa? kerana dia percayakan lelaki itu. Tetapi sekarang..

Langkah Aisha bawa masuk ke dalam rumah dituruti Fayyadh. Noah kekal di luar atas arahan Fayyadh.

"Dah berapa kali saya cakap saya tak perlukan bodyguard?" soal Aisha perlahan.

"Tolong terima dia Puan Aisha. Ini ialah arahan Puan Sri" jawab Fayyadh dengan nada hampir merayu. Benar, dia hormat Aisha. Tetapi Puan Sri Diana yang berada di Itali sekarang ialah majikan utama dia.

"Just tell her that I don't need it. Selama ni saya hidup tak ada bodyguard, tiada apa pun yang terjadi. Kenapa tiba tiba dia nak menyibuk?!" semburnya lagi. Kepala yang mula berdenyut perlahan dia pegang. Seorang Aisha Medina memang lemah macam ni. Tak boleh tertekan sedikit.

Sofa yang berada paling dekat dengannya dihampiri. Mata terpandang jam yang tergantung di dinding. Dah nak pukul 8.

"Itali berbeza dengan Malaysia, Puan Aisha. Dekat Itali ramai orang yang jaga Puan Aisha. Tetapi dekat sini, puan tak ada sesiapa. Puan Sri hanya pentingkan keselamatan puan dan Adam sahaja" jelas Fayyadh panjang lebar. Mengharapkan penerimaan Aisha.

Langkah Aisha terhenti. Panas di hati pula yang bertambah.

"Dia risau kalau saya lari sahaja sebenarnya.." gumam Aisha perlahan. Tubuh dipusingkan semula dan langkah dibawa ke pintu utama. Fayyadh yang memandang ke arahnya hanya diabaikan.

Tiba di pintu, Noah yang masih berdiri di tempat yang sama menyapa mata. Lelaki itu sedang melihat ke tepat ke dalam matanya.

Lama mereka bertentangan mata sebelum Noah memulakan langkah mendekati Aisha. Kunci kereta camry yang terdapat di dalam beg Aisha capai dan diserahkan kepada Noah.

"Hantar saya dulu" dingin dia meminta dan Noah hanya menurut.

.

Sunyi sahaja keadaan di dalam kereta tika itu. Kadang kadang Noah mengerling ke arah Aisha yang fokus dengan tabletnya melalui cermin pandang belakang kereta.

"Puan Aisha.." panggil Noah.

Aisha tidak menjawab tetapi hanya mengangkat kepalanya melihat Noah yang sedang memandu.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Aisha mengangguk dan matanya kembali terarah kepada tablet di hadapannya. Menyambung menyemak invitation card yang dihantar oleh pekerjanya.

"Kenapa puan tak suka sangat dengan bodyguard? Sedangkan tugas kami hanya untuk menjaga keselamatan sahaja"

Terkeluar juga ayat itu dari bibir Noah setelah lama dia teragak agak untuk mengeluarkannya. Entah kenapa dia tertanya tanya tentang alasan wanita itu sedangkan arahan Tuan Aidil terhadapnya tidak akan berubah sekiranya wanita itu menolak sekalipun.

Jari Aisha yang sedang bergerak di atas skrin terhenti.

"Sebelum saya jawab soalan tu, boleh saya tahu apa beza bodyguard yang diupah oleh orang lain dengan spy? Bukan apa, saya tak jumpa perbezaan dia.." Ayat terakhir dia perlahankan.

Ketawa kecil terlepas dari bibir Noah. Agak lucu dengan jawapan tersirat milik Aisha. Terus terlupa tentang fakta yang Aisha merupakan majikannya.

"Puan Aisha risaukan pasal itu rupanya.." gumamnya dengan kepala dianggukkan beberapa kali. Aisha sudah merenung lelaki itu dengan kerutan di kening.

"Macam saya cakap, tugas saya hanya untuk menjaga keselamatan. Saya tak ambil kerja yang di luar bidang saya. Tapi, kalau puan masih teragak agak, puan la yang perlu bayar saya"

Kini, Aisha pula yang tertawa kecil.

"Kenapa saya pula yang perlu bayar? I thought that I already make it clear that I don't need you" Mata memanah tajam ke arah Noah melalui cermin pandang belakang. Menanti jawapan lelaki itu.

"Dalam situasi ini, saya tak rasa istilah 'siapa perlukan siapa' ialah penting. Am I right?"

Beberapa saat berlalu, Aisha akhirnya tersenyum membenarkan kata kata Noah. Noah pula tersenyum tanpa sedar apabila melihat senyuman yang terukir di bibir Aisha.

.

His Last Mission Where stories live. Discover now