Mereka sudah mula meletakkan tapak tangan ke atas permukaan air. Masing-masing menutup mata dengan kuat. Takut sangat tu, hahaha!

Tling!

Bunyi dari tablet menarik perhatian aku. Dua nama muncul secara tiba-tiba bersama tanda lahir mereka. Alangkah gembiranya aku apabila dapat bersama sahabatku dalam menjalani misi yang besar ini. Satu kumpulan pula itu!

Kini, tinggal Min Hyuk sahaja. Jadi, kena tunggu dia sampai dulu.

Berlari-lari Reuben dan Mayu ke sini. Olivia pula hanya melangkah tenang.

"Kami dapat, Hailey! Kami dapat!" Jerit Mayu dan Reuben serentak. Seraya itu, Mayu segera melemparkan tubuhnya ke arahku dan memelukku erat.

Aku membalas pelukannya dan mengangguk laju. Ya Mayu, aku nampak tadi.

"Faron, apa maksud awak tentang rahsia?" Soal Reuben mengenai apa yang Faron perkatakan kepadaku tadi.

Putera sekolah itu hanya tersenyum nipis sebelum menoleh ke arah Reuben.

"Selepas semua dah selesai, saya akan beritahu nanti."

♪♪♪♪♪

Sambil menunggu kedatangan Min Hyuk, kami melepak sekejap. Tidak sangka pula aku yang Reuben akan bawa makanan ringan dan Mayu pula membawa sedikit minuman. Ini dah macam berkelah.

"Lambatnya si Min Hyuk, dah lebih dari masa yang ditetapkan." Keluh Mayu sebelum menyandarkan tubuhnya ke belakangku. "Aaa..." Suaranya dikeluarkan bagi menghilangkan rasa bosan.

"Umm... Min Hyuk mesej saya tadi. Dia kata dia sampai pukul 12 sebab kelas dia kena extend. Tapi dia tak datang seorang. Dia kata dia akan bawa calon yang berpotensi." Jelas Reuben sebelum mengambil kepingan kentang dan memakannya.

Olivia memicit batang hidung lalu menunduk dan menggelengkan kepala. "Haih, pukul tiga nanti saya ada kelab pula." Keluhnya. "Saya harap, 'calon' yang dia bawa tu memang kenalah dengan kita sekali." Sambungnya lagi.

Sambil bersandar pada Mayu, aku meneliti tablet itu. "Kita tinggal seorang pemain biola, seorang pemain dram dan seorang lagi pemain gitar." Tuturku kemudian disambuti anggukan ramai.

"Cakap pasal gitar..." Faron memandang Reuben. "Boleh kau mainkan untuk aku? Aku nak nyanyi sikit. Bosanlah." Pintanya.

Reuben tersenyum mengangguk. Gembiranya dia apabila si putera sekolah ingin melakukan duet melodi bersamanya.

Aksi mula dilakukan oleh Reuben. Dia memegang bahunya lama sehinggalah muncul satu cahaya bewarna hijau terang dari celah jarinya. Dia mengalihkan tangannya dengan perlahan dan melakukan beberapa gerakan tangan. Maka, muncullah sebuah gitar cahaya yang hanya boleh dimainkan olehnya.

Apabila bait-bait muzik mula muncul dan suara Faron mula kedengaran, aku memejamkan mata bagi menghayati dengan penuh asyik. Tanpa sedar, aku bersenandung (humming) seperti mengikuti melodi yang terhasil merdu.

Mujurlah suara Faron yang merdu menarik perhatian mereka. Jikalau tidak, pasti suaraku yang tidak buta nada ini menjadi perhatian. Yalah, sudah pandai main alat muzik, mana boleh menyanyi kan?

"Yo!" Min Hyuk muncul sebaik sahaja nyanyian tamat dengan tepukan dari ahli kami. Dia bukan sendirian malah bersama Justin. Dan... Seorang pelajar perempuan? Siapakah?

"Ara." Pelajar perempuan itu berkata setelah terlihat aku. "Hailey kan?!" Terus sahaja dia bersalaman denganku.

Aku mengangguk sahaja. Terkedu aku dibuatnya. Siapakah dia ini?

Muzika MelodiaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt