35-Dinner

6.2K 175 5
                                    

"Ain."

Mata Ain membulat dan dia menjauhkan dirinya daripada Syed.

Dia berganjak ke belakang apabila Syed semakin melangkah ke arahnya.

"P-Pergi...",ujar Ain dengan gagap.

"Ain..maafkan aku.",ujar Syed pula dan dia cuba untuk menarik tangan Ain tetapi ditepis.

"Jangan sentuh aku!"

Kening Syed bertaut dan dia melepaskan keluhan berat.

"Jangan tinggalkan aku,Ain.",mohon Syed lagi.Ain tidak menjawabnya dan kakinya masih melangkah ke belakang.

"Ain.Stop!",jerit Syed tetapi Ain menghiraukannya sehingga dia terlanggar kerusi yang berada di belakangnya.Mata terus terpejam.

"Aaa!"

"Ain!"

Badannya terus ditarik oleh Syed untuk menahan dia daripada jatuh.

DUP! DAP! DUP! DAP!

Degupan jantung Syed dapat didengari oleh Ain kerana Syed sedang memeluknya dengan erat sehingga kepalanya bersandar pada dada Syed.

Dia terleka dengan pelukkan itu tetapi dia tersedar kembali selepas beberapa minit.

"Lepas!",dia menolak dada Syed tetapi suaminya itu masih menarik kepalanya dan Syed memeluk erat badan Ain.

"Jangan takutkan aku lagi.",air mata Syed mengalir.Ain mengigit bibirnya.

"Aku tak takutkan kau pun!"

"Kalau aku tak tarik kau tadi,kepala kau akan terhentak dekat meja!",balas Syed dengan jeritan.Mata Ain bergenang.

"Aku lebih rela cederakan diri aku daripada menghadap kau."

Dengan sekali tolakkan,dia terlepas dari pelukkan Syed.Syed menggepalkan genggaman sambil menghembus nafas yang berat.

"Bagi aku peluang."

"Untuk lelaki macam kau,kau tak layak dapat peluang daripada aku!",balas Ain dengan nada keras.

Nafas Syed menjadi tidak teratur dan tali leher ditanggal.

"Jantan macam kau ni boleh pergi mampus!",tengking Ain lagi.

"Language,Ain!",tengking Syed pula sebelum menolak badan Ain ke atas katil.Ain menggigil ketakutan apabila Syed menengkingnya.

Keberanian cuba dicari supaya dia dapat memandang wajah Syed.Lama-kelamaan,dia tertewas dan pandangan dialihkan.

Diam.

Kedua-duanya mendiamkan diri.Syed masih merenung wajah Ain yang berada di bawahnya sambil menahan tangannya pada katil untuk tidak terjatuh di atas badan Ain.Dahinya berkerut sambil menahan sabar.

"Aku tak nak keruhkan lagi keadaan.",ujarnya dengan nada perlahan.

"So please.Kita bincang dengan cara yang baik.Tak perlu tengking dekat aku.",tambahnya lagi.

Air liur yang kelat ditelan kemudian Ain menganggukkan kepalanya.Syed melakarkan senyuman sebelum duduk bersila di sebelah Ain.

Ain juga menukarkan posisinya dari baring ke duduk.Dia memeluk lututnya dan bibir dikemam.

Takut.

Itu yang dia rasakan sekarang.

"Maafkan aku.",Syed memulakan perbualan.Ain menggelengkan kepalanya.

"Kau sakitkan hati aku."

Keluhan dilepaskan.

"Aku janji yang aku takkan sakitkan hati kau lagi.Betul.",tangan diangkat seperti berikar.Ain hanya melihat sekilas.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now