05-Rumah

5K 196 4
                                    

Ain menggerakkan badannya sedikit.

Namun,dia merasakan ada sesuatu yang menghempap badannya.

Mata cuba dibuka perlahan-lahan dan digosok.

Dia cuba menganalisis keadaan.

Dia berada di biliknya.

Dia sedang baring di atas katilnya.

Tetapi,dia juga merasakan sesuatu yang asing.

Hembusan nafas seseorang di leher Ain dapat dirasakan oleh Ain.

Mata Ain berkelip-kelip.Wajahnya dipusingkan sedikit untuk melihat apa yang menganggunya.

Syed!

Syed sedang tidur sambil memeluk Ain dengan erat.Tangan Syed rupa-rupanya yang menghempap badan Ain.

Ain cuba memproses kejadian semalam.

Apa yang berlaku?

Terdapat gerakkan kecil daripada Syed sehingga membuatkan Ain kembali memejamkan mata dan badan dikeraskan.

Syed mamai daripada tidur tetapi dia tersenyum.

Hidungnya dirapatkan lagi pada leher Ain.

Dia begitu kemaruk dengan bauan badan Ain.Terlampau wangi.

Tangan memeluk pinggang Ain.Kaki diangkat kemudian dia terus mengepit kaki Ain.

Mata dipejamkan kembali.

Dia betindak semakin pelik.Ciuman diberikan pada leher Ain berkali-kali.

Mata Ain terus terbuka.Wajah Syed cuba ditolak.

Dia kegelian dan hujung bibir digigit menahan satu perasaan asing.

"S-Syed."

"Hmmm...",terasa hembusan nafas yang mulai memberat di leher Ain.

Mata Ain bergenang."Jangan Syed....",pinta Ain sambil menjauhkan badan daripada Syed.

Syed semakin menggila.Leher Ain dijilat kemudian digigit perlahan.

Ain menggigit bibir dengan kuat untuk menahan bunyi yang pelik daripada terkeluar.

"Alia....",panggil Syed yang tidak sedar akan perbuatannya.

Ain tersentak.Air matanya mula menitis.

Dengan agresif,badan Syed ditolak.

Pelukan terus terlepas.Ain bangun dari baringannya kemudian dia duduk di satu sudut bilik sambil memeluk kakinya.

Syed menggosok kedua-dua matanya.Dia terus tersedar.

Dia bermimpikan bahawa dia sedang bermesra dengan crush dia sendiri iaitu Alia.

Dia terpinga-pinga melihat Ain yang sedang menangis di satu sudut.

Dia cuba mengembalikan ingatannya.

Setelah itu,mata Syed terus terbuntang.

Semalam dia tidur dengan Ain! Bukannya dengan Alia!

"Ain!",dia terus berlari ke arah Ain.

Ain cuba dipeluk tetapi ditolak oleh Ain.

"Pergi!",jerit Ain.

Syed betul-betul rasa bersalah.

"A-Ain...a-aku...",Syed tergagap.Dia kehilangan kata-kata dan terus terduduk di hadapan Ain.

Ain masih menangis.Bahunya terhenjut-henjut.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now