12-Indah

4.4K 174 13
                                    

Ain menyikat rambutnya dengan perlahan dan memasang pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya.

Dia yang sudah memakai baju kokorikulum itu berdiri di hadapan cermin kemudian tudung sekolah dipakai.Minyak wangi disembur.

Dia senyum sambil melihat pantulannya.Betulkan niat Ain...kau nak pergi sekolah untuk belajar!

Beg sekolah digalas dan semua suis ditutup.Baru sahaja dia ingin melangkah ke pintu rumah,namanya dipanggil.

Dia menoleh dan riak kosong dipamerkan.Apa pulak dia ni..

"Makan.",ujar Syed sepatah sambil menyapu jem pada roti.Ain mengeluh tetapi kaki tetap menuju ke meja makan.

Kerusi di depan Syed diduduk.Dia menuangkan air teh ke dalam cawannya dengan malas.Roti kosong dicapai dan terus digigit kemudian matanya melilau ke sekeliling dapur.

Pandangan tajam Syed diabaikan.Syed mengunyah perlahan rotinya sambil membalas chat dari Muiz.

Muiz
Wey,Cikgu Kam nak jumpa kau nanti masa rehat.Nak discuss pasal majlis F5.Aku lupa nk bgtau smlm.Sorry HAHAHA

Syed hanya membaca chat itu dan telefon ditutup.Kini,dia merenung Ain lama sehingga membuatkan isterinya rimas.

"Kau kenapa?",tanya Ain geram.Syed dijeling.

Kening terjongket sebelah."Kenapa?",balas Syed seakan-akan mengejek Ain.

Ain merengus.Cari pasal betul lah dia ni!Agaknya dia memang betul-betul lupakan kejadian semalam!Dasar lelaki!

Dia terus bangun dari duduk meninggalkan suaminya yang cari pasal di pagi hari.Stokin dipakai di depan pintu dan kasut sekolah disarungkan ke kakinya.

Setelah siap,dia berdiri dan langkah diteruskan.Selepas beberapa saat,dia terhenti.

Siapa nak hantar dia pergi sekolah?

Siapa nak bagi dia duit belanja?

Dahi ditepuk.Lupa nak minta duit belanja dekat ibuuuu.

Rintih Ain sambil mengenangkan nasibnya yang memang malang.Kaki dihentak kasar dan pipi dikembungkan.Bibir terjuih.

Nak tak nak.Dia kena tanya Syed juga.Badan dipusing kembali.

Baru sahaja hendak memanggil nama Syed,tuan nama sudah pun muncul di depan pintu.Syed mengunci pintu dan kasut disarung sambil berdiri.

Rambut dirapi kemudian kunci kereta ditekan."Masuk.",arah Syed sebelum memasuki keretanya.

Ain berdecit."Aku tak ingin lah nak masuk kereta kau.",Syed dipanjang tajam tetapi Syed sedang meletakkan beg sekolah ke tempat duduk belakang itu tidak nampak pandangan Ain.

Bibir digigit dan dia berjalan laju meninggalkan Syed."Gila ke apa? Kalau naik dengan dia,mesti budak sekolah nampak! Tak de otak ke?!",bebel Ain geram sambil menggenggam erat tali begnya.

Langkah dilajukan lagi."Aku lebih rela jalan kaki walaupun jauh daripada naik kereta kau!",batu yang menghalang perjalanannya disepak dengan kuat sehingga terkena sebuah motosikal.

"Woi!",jerit penunggang motosikal itu kemudian dia terus berhenti di tepi jalan.Mata Ain terus membulat.Masalah-masalah...

"Sorry!",bibir digigit perlahan dan riak resah ditayangkan.Penunggang itu melihat kesan calar di motornya dengan geram.

"Kau ta-- eh Ain?",kata-katanya terhenti.Ain terkejut.

"Lah...kau rupanya.",nafas lega dilepaskan.Dia rasa ingin sujud syukur je sekarang ni.

Chubby [COMPLETED]Där berättelser lever. Upptäck nu