14-Stayback

4.7K 178 5
                                    

"Okay pehal ni?",tanya Erin sambil makan makanan yang dibeli di luar sekolah.

Ketika itu,semua rakan baik Ain sedang berkumpul kerana ada hal penting.Jadi,masing-masing harus memberitahu keluarga tentang perkara itu.

Ibu bapa mereka tidak marah kerana mereka faham keakraban anak masing-masing yang bagaikan sebuah family.Sudah lebih 10 tahun berkawan,apa yang nak dirisaukan lagi oleh mereka?

Erin,Ira,Yaya,Nadia dan Dina sedang menikmati makanan masing-masing sambil menunggu ketibaan Ain dan Wawa.

"Ain ada problem.",jawab Ira sebelum mengunyah keropok lekor.Air sempat diminum.

"Problem? Pasal family lagi ke?",tanya Dina sambil mencubit sedikit ayam kepunyaan Nadia.Nadia pula hanya pasrah apabila makanannya diambil.

Ira mengangkat kedua-dua bahunya,"Maybe.".

"Dah tu mana dia nya?",tanya Yaya pula.Nadia hanya senyap di situ kerana dia tidak tahu untuk bercakap pasal apa.

"Huh.",keluh Ira sehingga membuatkan mereka yang lain mengerutkan dahi sambil memandang ke arah Ira.Mereka hanya diam menanti percakapan Ira.

"Tuuu yang aku pelik.Tadi masa nak keluar kelas,Syed panggil Ain sebab nak discuss something.",terang Ira.Manakala Nadia ambil kesempatan untuk menyelit.

"Apa yang peliknya?"

Ira diam beberapa saat.Kepalanya teringat kembali bagaimana Ain memujuk Wawa untuk teman berjumpa dengan Syed.

"Wa...teman aku please.Demi aku.Tolong...",rayu Ain sambil memegang erat lengan Wawa.Ira hanya memandang pelik.

Wawa pandang Ain dan Ira silih berganti.Takkan nak tinggal Ira sorang-sorang pulak?

Ira yang faham itu mengangguk."Kalau macam tu,aku pergi turun bawah dengan yang lain je lah.",ujar Ira sebelum meninggalkan mereka berdua.

"Ain suruh Wawa teman dia.Yang aku peliknya,Ain tak pernah takut dengan lelaki...korang tahu? Perangai bruntal...?",yang lain hanya mengangguk mendengar keterangan Ira.

"Tapi sekarang dia macam takut giler-giler dekat Syed.Pastu kan.Masa rehat tadi,dia MAKAN dekat kantin!"

Penerangan Ira membuatkan Erin tersembur."What the fish? Serius?"

"Iya!Sebab tu lah Wawa nak kita berkumpul kat sini sebab dia tahu yang Ain memang betul-betul perlukan kita."

Mereka diam.Besar sangat ke masalah Ain tu?

SYED lihat Ain dengan pandangan kosong.Padahal dia geram.Kenapa mesti bawa Wawa? Nak suruh kantoi ke?

Wawa yang duduk jauh lima meter dari mereka dilihat sekilas.Tiba-tiba,Ain mengeluh.

"Straight to the point,please.",kata Ain acuh tak acuh.

"Kenapa bawa Wawa?",kening Syed berkerut.Dia juga menghiraukan kata-kata Ain.

"Saje."

Jawapan Ain membuatkan Syed menggelengkan kepalanya dengan geram.

"Cepatlah,kau nak cakap apa? Aku ada hal pula ni.",desak Ain sambil memeluk tubuh.Wawa dipandang sekilas.Kelihatan Wawa sedang membaca sesuatu di papan kenyataan.

Syed mendengus."Hal apa pulak?"

"Jangan menyibuk.Tiada kaitan dengan kau.",ujar Ain dengan mendatar.

Syed merenung Ain dengan dalam.Tiba-tiba,dia teringat kejadian Muiz dengan Ain tadi.Dia tak dapat dengar apa yang diberitahu oleh Muiz tadi.

Fikirannya menjadi negatif.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now