"Mengantuknya .." kata Adriana selepas menguap .

"Tu lah kau , buat assignment last minute ." Wana ketawa kecil lalu mengambil bantal milik Adriana dan meletakkannya di bawah kepala .

"Ala dah memang aku selalu buat assignment last minute , mana pernah buat awal awal .." Adriana meletakkan kepalanya di atas meja .

Wana berfikir sejenak .

"Kau dengan Mail dah okay ke ?"

Adriana memandang Wana .

"Asal kau tanya ?"

"Taklah .. Cuma-"

"Nana ! Turun jap , ada tetamu ni ."

Adriana menyarung tudungnya .

Siapa pulak datang malam malam ni ?

"Duduklah dulu ."

"Terima kasih ."

Adriana berhenti separuh tangga .

Suara tu ! Kenapa dia ada dekat sini ?!

Adriana memalingkan badannya ingin menaiki tangga yang telah dituruninya .

"Nana , nak pergi mana tu ? Meh duduk borak dengan tetamu kita ni hah ." beritahu ibunya .

"Ha kejap ibu . Tertinggal telefon ."

"Ya Allah , tetamu datang ni . Nak tengok telefon apanya ?"

"Kejap je bu !"

Puan Muna hanya menggelengkan kepalanya .

"Maaflah ya . Anak makcik memang macam tu ."

"Tak apa , makcik . Saya faham ." segaris senyuman diberikan .

xxxxxxxxxxxxxxx

"Siapa datang weh ?" tanya Wana .

"Naim tu lah !! Aku tak tau la dia nak apa . Dah la datang rumah aku malam malam . Tak malu ." Adriana melepaskan geramnya .

"Uih , sabar sabar . Cuba kau turun je , borak borak ke dengan dia ? Mungkin kau dia nak mintak tolong kau ?" Wana cuba berfikiran positif walaupun daripada awal dia sudah tahu yang Naim memang mahukan Adriana kembali .

"Aku takut lah ."

"Nak takut apa ? Dia bukannya kanibal !" dahi Wana ditepuk .

"Bengong , aku takut kalau...."

"Adriana !! Apa lama sangat tu ?"

"Ye bu , Nana nak turun ni !"

"Eh aku nak stay ke apa ?"

"Ikut kau la . Jangan selongkar bilik aku eh !"

xxxxxxxxxxxx

"Kenapa awak datang sini ?"

"Saya nak jumpa awak ." kata Naim memandang Adriana tepat pada matanya .

"Naim , saya dah ada orang lain awak tau tak ? Saya dah tak ada perasaan dekat awak . Tolong lah faham ."

"Saya yakin masih ada lagi perasaan sayang awak dekat saya . Tapi awak nafikan perasaan tu . Sebab awak dah ada orang lain ." bersungguh-sungguh Naim memujuk Adriana .

"Saya sayangkan Mail . Saya masih sayangkan Mail ."

"Adriana , percayalah yang saya dah cuba untuk lupakan awak . Saya dah cari orang lain untuk jadi pengganti awak , tapi saya tak jumpa , dan saya tak boleh lupakan awak ."

"Awak dah kenapa ? Awak yang mintak nak putus dengan saya . Awak yang suruh , Mail kawan awak tu jadi boyfriend saya buat sementara and kalau benci sangat pun , sekurang-kurangnya sebulan . Saya dah korbankan perasaan saya , cuba untuk terima Mail dalam hidup saya , dan saya berjaya . Semua ni terjadi sebab awak , Naim . Sebab awak . Awak yang mewujudkan perasaan cinta antara saya dan Mail ."

Naim terdiam seketika .

Adriana memandang kereta Mail sekilas .

"Kalau awak betul-betul sayangkan Mail , tolong jaga persahabatan awak dengan dia . Saya tak nak sebab saya awak dan Mail dah tak berkawan , macam dulu ." sambung Adriana .

Teh yang berada di tangannya diminum . Letih bercakap .

"Saya pergi masuk dulu ."

hai semuaaaa ! again thank youuu for 2.6K readers and 200+ voters i keraii 🥺❤❤  ty for ur supports !! author hargai sangat !! keep reading wokey !!!! #tassjudin uhuks

XOXO , bananawly 💙

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now