7- suka

262 22 7
                                    

"Hah ? Awak gila ke ?" Adriana memandang Naim tidak percaya . Naim ketawa .

"Memang taklah ." Adriana memukul bahu Naim . Naim mengaduh .

"Kan lama lagi . Kita boleh dating banyak-banyak ." Adriana gelak .

"Yelahh .."

xxxx

"Assalammualaikum .. " kelihatan Wana sedang membaca buku di atas katil .

"Waalaikummssalam .. ha lambat balik .. dating ke benda lain ?" perli Wana .

"Eii kau ni .. Aku tak buat eh benda tu ." nafi Adriana .

"Hmm yelah .. Kau asal ? Macam kicap adabi . Masam ." tegur Wana .

"Adabi ada kicap ehh ?"
"Entahh .. kesah apa aku .. ha kau nii pe cita ?" Adriana mengeluh .

"Naim . Dia nak pergi......"
"Naim nak mati dah ? Innalillah ." Wana menadah tangan .

"Woi !! Kau ni ! Mulut tu jaga lah !" marah Adriana . Wana minta maaf .

"Dia nak pergi Dubai . Tengok rumah dekat sana ." Wana melopong .

"Wah .. Dubai .. berapa lama ?"
"Sebulan ." mulut Wana terlopong lagi .

"Ala aku kan ada ."
"Kau dengan Naim sama je ."

xxxx

"Yeah cutii !" jerit Adriana .

"Weh aku nak beli starbucks . Nak ikut ?" ajak Adriana .

"Ala malaslah . Cuti ni rilek rilek dulu ." Wana menggeliat . Adriana menggelengkan kepalanya .

"Kau nak apa apa tak ?" tanya Adriana . Wana geleng . 

xxxxxx

Di starbucks ..

"Emm chocolate cream chip without cream ."
"Your name , miss  ?"
"Dahlia ."

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi empuk hijau itu . Sebaris nombor didail .

"Assalammualaikum ha Adriana , baru nak call aku ?" Adam memulakan bicara .

"Waalaikummssalam . Ala sorry lah . Aku banyak aktiviti lah dekat sini . Lepas ni takde dah . Isnin ni start kelas . Penatlah MSK ni ." satu keluhan berat dilepaskan .

"Ha yelah . Ni siapa roommate kau ?"
"Wana ."
"Oh . Ha baguslah ."
"Abang ! Nak tau tak ?"
"Ha apa dia ?"'
"Aku jumpa Naim !"
"Naim as in Naim boyfriend kau ?"
"Yeeeee !" Adriana menjerit kecil .

"Wah ! Aku nak cakap dengan dia ." suara Adam gembira .

"Eh dia takde dengan........" tiba-tiba telefon Adriana dirampas .

"Ha Adam , apa khabar ?"
"Ha Naim , baik je . Weh bila nak keluar sama sama ni ?"
"Tengoklah bila aku free ." telefon Adriana di telinga Naim dirampas semula .

"Ha bang kitaorang ada kelas ni . Bye ." mata Naim dipandang tajam .

"Awat ?"

"Apa ? Dahla rampas phone orang sesuka hati . Tak cakap thank you pun ." Naim gelak . Dia mendekati Adriana .

"Ala sorrylah . Saya daripada awak masuk tadi tengok je awak . Lepastu saya duduk sebelah awak . Awak tak perasan pun . Saya dengar je apa awak cakap dengan Adam ." pujuk Naim . Adriana makin masam .

"Alolo , janganlah macam nii ." Adriana senyum .

"Ha kan cute tu macam saya ." bahu Naim dipukul . Naim bangun .

"Ehh nak pergi mana ?" Naim senyum .

"Nature call . Nak ikut ?" Adriana menumbuk bahu Naim . Naim gelak .

"Hai Adriana . Sorang ke ?" Adriana memandang ke arah suara itu . Afieq .

"Hai Afieq . Eh taklah . Ada Naim sekali . Dia pergi tandas ." Adriana senyum ke arah Afieq . Afieq mengangkat keningnya .

"Naim Daniel ?" Adriana menganggukkan kepalanya .

"Eh haii . Afieq Shazwan kan ?" mereka bersalaman . Adriana sekadar menelan air liur . Paling tak suka situation macam ni . Awkward tahap tak boleh nak gerak . Rasa awkward yang sangat awkward .

"Okay lah . Kawan aku dah tunggu dah tu . Kalau ada jodoh kita jumpa eh ?" Afieq memandang Adriana . Naim berdehem .

"Ha seronok nampak ." Adriana mengerutkan dahinya sambil memandang Naim .

"Apa pulak ?"
"Yelah time panggilan alam saya . bukan main lagi eh menggatal dengan laki lain ." lapisan kerutan Adriana di dahi bertambah .

"Panggilan alam awak ?"
"Yelah , nature's call ." Naim mengangkat keningnya . Adriana gelak .

"Mengarut je lah awak ni . Ha lupa nak tanya . Awak sebelum duduk dengan saya , awak duduk dengan siapa ? " Naim memandang di sebelah Adriana .

"Ha ? Pahal semua pandang aku ni ? Aku tau aku hensem ." Naim gelak . Adriana menjeling Mail . Perasannya dia ni . Kesian Naim ada kawan macam dia .

"Kau hensem sebab kau kawan dengan aku ." Naim gelak . Oh Naim pun dua kali lima juga .

"Ei gelilah ." Adriana bersuara .

"Eleh kau dalam hati kuat mengiyakan yang aku paling hensem en ?" Mail senyum nakal .

"Eh Mail kau jangan nak macam macam . Haa nak menggatal bukan dengan girlfriend aku ." Mail ni memang hensem pun , putih . Peminat keliling pinggang . Girlfriend setakat i love you , keluar dating tu ramailah jugak . Pakai buang macam pampers . Playboy antarabangsa la konon .

"Takdenya aku nak ngorat girlfriend kau lah . Geli . Kalau tersuka pun , aku akan buang perasaan aku jauh jauh . Aku takkan khianat kawan aku sendiri ." Mail menjijikkan mukanya . Mail berkata benar . Dia sanggup kehilangan girlfriend daripada kawan .

Adriana memandang Mail . Ada-ada je . Eleh action je lebih . Semua lelaki sama je .

"Ha dah jangan nak merepek . Naim , saya balik dulu . Wana tunggu dah dalam bilik ." Naim mengangguk . 

Naim memandang Mail .

"Eh Mail , serius lah kau ni ."

Mail memandang Naim . Pelik .

"Seriuslah . Ada tengok muka aku gelak gelak ?"

Kenapa Naim ni ? Apa dia fikir aku tak serius ?

"Tak .. sebab aku rasa at the end , kau end up dengan dia . Bukan aku . " muka Naim sugul . Mail mendekati Naim .

"Dah la kau ni . Mengarut je ." Mail bangun .

"Mail , kau suka dia ?"

eiiii wattpad delete draft 🙄 sorryy sangat !! 🙁 pendek sikit sebab tak berapa nak ingat 😪 btw 4Dec author pergi fansign isteri untuk disewa , fattah amin ada jugaa ! author belii novel IUD dengan autograf diorang !! best  !! okk sorry , author cadang nak buat plot twist sikit sebab macam cepat sangat je kan 🤔 anyway sorry for everything !!! keep reading ! ❤️

XOXO , bananawly 💙

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now