28- hati

188 16 7
                                    

Adriana memerhatikan Mail yang sedang menikmati bubur McD .

"Awak tak nak makan ke ?"

Adriana menggelengkan kepalanya .

"Awak .." Mail mengangkat wajahnya .

"Saya nak minta maaf pasal hari tu ." Adriana memperlahankan suaranya . Segan dan malu kerana bertindak melulu tanpa berfikir dahulu .

Adriana benar-benar kesal .

"Awak tau tak saya takut ? Saya takut saya akan kehilangan awak sebab satu gambar yang datang entah daripada mana ." luah Mail . Bulu romanya meremang apabila teringat kembali kejadian beberapa hari yang lalu .

Adriana tunduk . Malu .

"Dah la . Benda dah lepas . Saya pun faham perasaan awak time tu ." Mail memberikan segaris senyuman kepada Adriana .

xxxxxxxxxx

"Kau hantar tak gambar yang aku bagi dekat kau tu ?" suara Arissa sedikit meninggi .

"Aku dah hantar dah . Tapi aku tak tau la kenapa dia dengan Mail macam tak ada apa jadi . Macam elok je , tak ada gaduh-gaduh pun ." beritahu Afieq .

"Bodoh punya perempuan ."

Siaplah kau , Adriana Dahlia . Aku akan buatkan kau putus dengan Mail . Dasar perempuan tak sedar diri !

xxxxxxxxxxx

"Adnan , kau dah jumpa ke tempat untuk photo shoot untuk Dania tu ?"

Adnan menggelengkan kepalanya .

Serabut betul la dengan Dania ni . Nak macam ni la macam tu la . Nasib la gaji banyak .

"Kimi , cuba kau tanya kawan kawan kau yang duduk area Janda Baik . Ada tak tempat tempat menarik dekat sana ?"

"Okay ."

xxxxxxxxxxx

"Adnan ! Ada orang call ." jerit Adam . Adnan yang sedang berborak dengan ibunya di dapur berlari ke arah ruang tamu untuk menjawab panggilan telefon .

Adnan melihat skrin telefonnya . Nombor siapa ni ? Butang hijau ditekan .

"Hello ?"

"Adnan ."

Adnan tergamam . Dia kenal empunya suara .

"Aku nak jumpa kau . Urgent , boleh ?"

xxxxxxx

"Aku tak tau sangat la pasal love life adik aku sekarang ni . Tapi yang aku tau , dia happy dengan Mail sekarang ni ."

Naim mengeluh .

"Aku sayangkan dia lagi . Aku menyesal buat keputusan tergesa-gesa dulu ."

Giliran Adnan pula untuk mengeluh .

"Naim , aku tak boleh nak tolong kau apa-apa ."

"Aku tau satu tempat untuk kau shoot model kau , Dania tu ." beritahu Naim senyum senget .

"Mana kau tau ni ?"

"Dania , kawan lama aku . Dia bagi tau aku yang photographer dia ada masalah nak cari tempat ."

Adnan berfikir sejenak . Nasib baik lah Dania ni ada usaha nak mintak tolong orang lain .

"Kalau aku tolong kau , kau pun boleh tolong aku kan ?"

Adnan memandang Naim .

"Tolong apa ?"

xxxxxxxxxxxxxx

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt