33- sedar

66 9 2
                                    

"Naim bagitau awak yang Afieq bagitau dia Abang Nan accident?" Mail mengangkat keningnya.

Adriana mengangguk.

"Macam pelik kan?" Mail mengiyakan.

"Ibu awak ada bagitau tak macam mana Abang Nan accident?"

"Takde lah pulak."

Mail mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Afieq keesokan hari.

-

"Mail, takutlah." beritahu Waiz.

"Kau nak takut apa? Kita nak jumpa dia je, bukan bertumbuk." beritahu Mail.

Dia fikirkan Afieq tidak akan mengganggu hidup Adriana. Tetapi, tekaannya salah.

Dia pasti, ada udang di sebalik batu.

Beberapa minit kemudian, kelihatan lelaki sederhana tinggi berbaju kelabu memasuki restoran tersebut.

Mail membetulkan posisi badannya.

"Mail." Lelaki itu menghulurkan tangannya namun tidak diendahkan Mail.

"Okay." Dia menarik tangannya lalu meletakkan cermin mata di atas meja.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" tanya Afieq, tidak mahu membuang masa. Mail senyum senget.

"Aku rasa kau tau kenapa aku cari kau." Wajah Afieq langsung tidak dipandang. Bimbang jika berlaku aksi WWE secara langsung di sini.

"Apa? Kau dah putus dengan Adriana?" Kepala Mail pantas menoleh ke arah Afieq. Matanya direnung tajam.

Dasar buaya.

"Mail, kau cakap je lah." bisik Waiz yang berada di sebelah Mail.

Kasihan, Waiz. Mail memaksanya untuk menemaninya ketika berjumpa dengan Afieq kerana bimbang dia tidak dapat menahan amarah.

Mail memandang Waiz sekilas. Afieq yang terdengar bisikan Waiz ketawa kecil.

"Kau nak apa ni, Mail? Nak duit?" Pada saat itu, dalam sekelip mata sahaja tangan Mail hinggap pada leher Afieq.

"Eh, kau jangan nak cabar aku eh! Jaga sikit mulut kau!" Mail meninggikan suaranya menyebabkan beberapa pelanggan memandang ke arah mereka.

Waiz yang menjadi tukang tonton hanya menyorokkan muka di bawah meja. Malu.

Beberapa saat kemudian baru Mail melepaskan genggaman kuatnya pada leher Afieq. Afieq batuk kecil.

Tanpa menunggu keadaan Afieq, Mail meneruskan rancangannya.

"Macam mana kau boleh tau Adnan accident?" Afieq yang sedang batuk kecil berhenti seketika.

Dia memandang Mail.

"Kau jangan ingat aku taktau yang kau bagitau Naim pasal Adnan accident." Afieq senyum senget.

"Kalau ye pun kenapa? Benda baik, takkan nak simpan?" Mail mengetap rahangnya kuat, cuba untuk menenangkan dirinya yang sedang dilanda amarah.

Waiz menggosok belakang Mail perlahan, menenangkan lelaki itu.

Mail mengeluarkan 5 helai not RM100 daripada kocek hadapan seluar jeansnya lalu diletakkan di atas meja makan itu.

"Bagitau aku apa kaitan kau dengan kemalangan Adnan." mata Afieq mula bercahaya melihat duit berjumlah RM500 dihadapannya.

Afieq menghembus nafas lega. Nggak tau kenapa.

"Naim."

Waiz dan Mail mengangkat kening.

-

Pagi itu, Adriana menjalankan paginya dengan gembira sekali kerana doktor yang merawat Adnan memberitahu Puan Muna bahawa Adnan sudah sedar.

Namun, dia berdalih sama ada mahu pergi melawat Adnan atau tidak. Timbul rasa bersalah dalam dirinya kerana menjadi antara penyebab Adnan kemalangan.

Pintu biliknya diketuk tiga kali lalu ditolak.

"Kau buat apa lagi tu? Jomlah." ajak Adam yang sudah siap memakai kemeja putih.

"Okay." Jawab Adriana acuh tak acuh. Adam yang menyedari perubahan Adriana mengeluh.

"Kau kenapa, Nana? Kita kan nak lawat Abang Nan kau." Adriana senyum tawar.

"Entah, aku rasa bersalah."

"Nana, benda dah lepas. Lagi pun bukan salah siapa siapa. Dah memang takdir. Kita tak boleh lawan." pujuk Adam.

"Dah, dah. Jom."

-

Suasana bilik Adnan di hospital agak riuh dengan keluarga Encik Jamal yang menyambut kegembiraan bersama Adnan yang sudah boleh duduk di atas katil tersebut.

"Nana? Tak makan ke? Dari tadi monyok je. Kalau lapar meh la makan." ajak Puan Muna yang sedari tadi asyik memerhatikan anak perempuan sulungnya itu.

"Tak apa lah. Nana tak lapar lagi." tolak Adriana. Adnan memandang Adriana kasihan.

"Nana okay ke?"

Adriana sekadar memandang Adnan sekilas.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik Adnan ditolak menandakan ada orang masuk.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." serentak semua menjawab salam Mail.

Mail mencium tangan Adam, Adnan, Puan Muna dan Encik Jamal.

"Baguslah, Mail datang. Ni ha, pergi pujuk si Nana tu. Daripada tadi aunty ajak dia makan dia taknak." beritahu Puan Muna. Mail tunduk tanda hormat lalu duduk di hadapan Adriana.

"Tak bagitau pun datang." tegur Adriana.

"Eh, nak tengok bakal abang ipar pun tak boleh?" mereka berdua ketawa kecil.

Wajah Mail bertukar serius apabila teringat tujuan asalnya untuk berjumpa dengan Adriana.

"Awak." Adriana memandang Mail.

"Saya ada benda nak bagitau awak. Tapi bukan sekarang."

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora