27

118 16 0
                                    

"Mana dorang ni? Selalunya time macam ni dah bangun." Ujar Seokjin seorang diri. Jam di dinding dilihat sekilas.

11.00 pagi.

Seokjin membuat keputusan untuk kejut rakan2nya. Memang la hari minggu tapi takkan nak tidur je.

Seokjin masuk ke bilik TaeaKook dulu. Dia mengejut Jungkook kerana Jungkook lagi senang nak kejut berbanding Taehyung.

"Kook. Bangun." Badan Jungkook ditepuk perlahan.

"Hmm? Hyung?" Ujar Jungkook dalam keadaan mamai.

"Bangun. Nak dekat tengahari dah ni. Nanti kejut Tae sekali." Ujar Seokjin.

Jungkook hanya mengangguk tanda akur.

Perkara yang sama juga di buat pada Namjoon dan Hoseok.

Akhir sekali orang yang perlu di kejut adalah Yoongi. Pintu bilik Yoongi dibuka. Alangkah terkejutnya Seokjin apabila melihat Yoongi tidur di katil Jimin.

Hati Seokjin sayu melihat keadaan Yoongi. Seokjin tahu jauh di sudut hati Yoongi,dia sayangkan Jimin.

"Yoongi,bangun." Badan Yoongi ditepuk perlahan. Nasib baik bangun juga si gula ni.

"Kau ke hyung?" Soal Yoongi. Matanya ditonyoh perlahan.

"Dah bangun mandi. Pastu turun makan." Ujar Seokjin lalu bahu Yoongi ditampar perlahan.

Suasana di meja makan senyap sepi. Tidak seperti dulu. Pemergian Jimin mengubah hidup mereka. Mana taknya,kalau tidak,di meja makan,Jungkook dan Taehyung yang paling bising. Namun kini mereka senyap.

"Nanti habis makan kita keluar nak?" Ujar Seokjin memecahkan kesunyian.

"Tak nak la hyung. Kau nak keluar kau,kau keluar la sorang." Ujar Namjoon. Dia seorang saja yang membalas ajakan Seokjin. Yang lain diam membisu.

"Korang ni. Hyung nak bagi korang ceria. Sampai bila nak sedih?" Ujar Seokjin.

"Hyung! Jimin dah takde tau. Hyung nak kitorang happy? Kau tak sedih ke hyung?" Hoseok bersuara. Sudunya diletakkan di tepi. Hilang selera makannya.

"Siapa cakap aku tak sedih? Tapi kita semua bersedih ni,boleh bawak Jimin balik ke? Jimin pon mesti tak nak tengok kita semua sedih macam ni. So kita kena teruskan hidup demi Jimin." Ujar Seokjin pada adik2nya.

Mulai pada hari itu,mereka mula biasakan hidup tanpa Jimin.

TBC

[√] Jimin Si Kucing Jadian | PJMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang