"Apa jeling jeling ? Jolok mata baru tau !" tengking Adriana tidak berapa kuat kerana suaranya yang lembut .

Adnan mengeluh .

"Ha nak apa ?" tanya Adnan kepada Adriana yang sudah naik merah .

"Kunci kereta Mail mana ?"

"Mana la Abang Nan tau ."

"Abang cepat lahh !!!" Adriana sudah mula melompat .

"Ya allah , Abang Nan taktau .. Cuba tanya ibu ."

"Nana , benda ni ke Nana cari ?" kelihatan Adam memegang satu kunci kereta yang mempunya tag bertulis "Mail punya" .

Tangan Adriana merampas kunci yang berada di tangan Adam lalu meninggalkan mereka bertiga .

"Kat mana kau jumpa Adam ?"

"Tadi ibu dengar dia bising bising , lepas tu ibu suruh cari dalam bilik dia . Time kau tengah bertekak dengan dia , aku masuk bilik dia . Kunci tu dia letak dalam dompet dia tapi dah macam terkeluar sikit ." panjang lebar Adam menerangkan dimana dia menjumpai kunci kereta Mail .

"Patu dompet dia dekat mana ?"

"Atas katil dia . Kau masuk memang dah boleh nampak dah ."

Adnan ketawa kecil . Kabut betul .

xxxxxxxxxxx

sayang ❤ : jumpa tak kunci kereta ?

Aduh , ya jumpa .

Adriana tidak membalas pesanan Mail kerana terlalu rushing .

Kalau dah kelam kabut , turun tangga pun dah tak betul .

Adriana terskip satu tangga menyebabkan dia jatuh tergolek .

Ayahnya yang sedang menonton televisyen terkejut apabila ada bunyi yang agak kuat .

"Eh Nana , macam mana boleh jatuh ?" Encik Jamal ingin bangun daripada sofa untuk membantu Adriana yang duduk bersimpuh di tangga .

"Eh eh tak payah , babah . Nana okay . Lagi pun Nana nak jumpa kawan ni . Bye !!" Adriana pantas bangun dan berjalan laju ke arah pintu keluar walaupun kakinya masih sakit .

Adriana mengesat peluhnya .

"Cari kunci ke lari marathon ?" Adriana mengangkat kepala .

"Eh senyap lah . Sebab awak tau saya berlari sana sini . Dah la jatuh tadi , sakit kaki saya tau tak ?" bebel Adriana .

Gelak dekat orang je kerja . Adriana menjeling jasad yang bernama Mail dihadapannya .

"Sakit kaki ? Lari marathon lah tu ." Mail ketawa besar .

Aku kepak jugak kaki Mail ni !

"Daripada awak jeling jeling macam nak makan saya ni , baik awak bukak pintu pagar rumah awak ni , lepastu bagi kunci kereta saya ."

Adriana mengeluh kasar .

xxxxxxxxxxx

"Okay , nak pergi mana ?" tanya Mail setelah 5 minit tidak bersuara semasa perjalanan mereka .

"Eh , saya dah breakfast . Awak la belum lagi ."

"Okay . Kalau macam tu saya nak pergi McD ."

"Eish taknak lah , asyik pergi McD je . Fast food tak elok la makan pagi pagi . Cuba lah makan makanan yang tak berat sangat tak ringan sangat , yang senang untuk dicerna ."

Ha sudah , datang dah character makcik dia tu . Bebel je memanjang .

"Habis tu awak nak pergi mana ?"

"Hmm , entah lah . Ikut awak lah ."

Eh makcik ni .

"Kalau macam tu saya pergi petronas beli sandwich telur ."

"Awak..."

"Cop cop , saya yang nak pergi breakfast , awak yang panas kenapa ?"

Adriana memuncungkan bibirnya . Mail sekadar menggelengkan kepala .

Complicated .

hai semuaaa !!! thank you for 2.52k readers , author sangat terharuu huhu 😭❣ btw sorry update lambat . chapter ni author buat dua kali sebab jalan cerita macam tak menarik . but dont worry , mail dengan adriana still together 🤟 cerita naim , arissa dengan afieq tak habis lagi so chapter ni akan bersambung tahun depan ye hehehe author akan try update selalu sebab takde schedule tetap , sorryy semuaa and thank you for supporting !!

XOXO , bananawly

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now