Chap 22

626 99 56
                                    

Febrina meneliti dengan lebih lagi dokumen-dokumen yang berada di hadapannya. Satu per satu dibaca tanpa meninggalkan satu pun butiran.

Mungkin dalam beberapa jam juga Febrina meneliti kertas-kertas berkenaan sebelum dia mengemas semula dokumen penting itu dan diletakkan ke dalam file.

Pintu bilik tidur berkenaan dikuak. Febrina mengangkat wajahnya. Satu senyuman terukir di bibirnya. Darrel menghempas badannya ke atas katil dan menarik Febrina sama dengannya. Terjerit kecil Febrina dibuatnya.

Darrel menutup mata. Tangannya melingkar di peha isterinya kerana Febrina masih dalam keadaan duduk dan badannya bersandar di kepala katil.

"Abang"

"Hm"

"Bila kita balik istana?"

Darrel membuka mata. Dia memandang isterinya dengan sedikit kerutan di dahi mulus lelaki itu "sayang dah bosan ke duduk sini?"

Febrina pantas menggelengkan kepala "bukan macam tu. Saya rindu Is, mama dengan papa. Is dari hari tu dah tanya bila kita balik"

Darrel tersenyum kecil. Dia merehatkan kepalanya di atas riba isterinya. Mata kembali dipejam rapat. Jari-jari runcing itu meliar pada rambut Darrel.

"Sibuk lah budak tu" gumam Darrel

Febrina memukul bahu suaminya "hey don't talk like that to my baby"

Darrel mengangkat kepala "amboi!" Hidung Febrina dipicit lembut. Febrina memuncungkan bibirnya.

"Since when huh?" Soal Darrel

"Since the first day"

Mereka berdua tertawa bebas "nanti kemas. Petang ni kita balik"

Febrina melebarkan senyuman. Dia mengangguk laju "but..." Darrel jeda. Febrina memandang suaminya. Darrel sudah tersenyum nakal.

"Let's have fun first" dia mengambil selimut dan menutup dirinya dan Febrina. Tubuh isterinya dipeluk erat.

"Abang" Febrina menghaburkan tawa.

DI istana Febrina meluangkan masa dengan keluarganya. Dari tadi Isander tidak berengang dengan kakak kesayangannya.

Dia menceritakan hariannya selama Febrina dan Darrel tidak berada di istana. Febrina hanya melayankan sahaja remaja itu.

"Is sudah-sudah lah tu. Bagilah kakak rehat" Permaisuri Helen menggelengkan kepala melihat anak bongsunya. Darrel yang berada di sisi mamanya menayangkan senyuman mengejek. Padan muka Is!

Isander memuncungkan mulutnya "alah ma bagi lah can Is nak spend time dengan kakak"

Darrel menggulingkan bebola mata. Sakit hati tapi tak boleh buat apa.

Sedang keluarga itu bergelak ketawa tiba-tiba pintu ruangan itu dikuak dengan rakus sehingga menghasilkan dentuman kecil. Semua mata terarah sumber bunyi.

"Envar?" Permaisuri Helen memandang anak buahnya yang berada di muka pintu.

Darrel masih tenang di sofa. Dia memandang Envar tanpa riaksi. Envar melulu ke arah Darrel, kolar Darrel dicengkam kuat dan dia menarik Darrel agar berdiri. Satu tumbukan dilepaskan.

"Darrel!"

"Abang!"

Dengan segera pengawal menghampiri Envar. Tangan lelaki itu dikunci oleh pengawal tetapi lelaki itu tetap meronta minta dilepaskan.

"Apa ni Envar?" Permaisuri Helen terkaku seketika melihat adegan di hadapan matanya.

Febrina mendapat suaminya. Pipi Darrel sudah mula membengkak dan ada cecair merah di hujung bibir. Darrel masih tenang. Langsung tidak terkesan dengan tindakan luar jangka Envar.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now