Chap 21

632 97 66
                                    

Febrina melangkah masuk ke dalam pejabat Darrel. Darrel tidak berada di pejabatnya. Febrina tahu Darrel ada mesyuarat sehingga pukul 1 petang. Jadi dia saja datang ke pejabat dengan membawa bekal bersama.

Febrina mengemas file-file yang berselerak di atas meja kerja suaminya. Kerusi kembali di susun rapi. Meja yang sudah bersih itu dialas dengan kain dan Febrina menghidangkan makanan dan alatan plastik yang dibawa sama.

Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Menunggu kehadiran suaminya pulang dari mesyuarat.

Mungkin setelah beberapa minit berlalu Febrina terdengar suara riuh di luar bilik pejabat Darrel. Disebabkan perasaan ingin tau yang membuak-buak akhirnya kaki dibawa ke luar pejabat.

"Sabar tuanku" Mike menenangkan bossnya. Darrel pula sudah hilang kawalan. Dia melempar semua barang yang berada di depannya. Semua pekerja hanya terpaku meihat bossnya yang mengamuk. Tiada siapa yang berani bersuara.

"Go and find him"  Tegas suara Darrel memberi arahan dan mendapat anggukkan daripada Mike.

"Abang?"

Suara itu meruntuhkan suasana hening pejabat itu. Semua pekerja menundukkan badan termasuk Mike apabila melihat puteri mereka.

Febrina melihat pandangan mata Darrel yang serta-merta berubah lembut. Rambut suaminya serabai. Kemeja putih yang dipakai sudah terlepas dua butang di atas.

Febrina menghampiri suaminya. Lengan suaminya diusap lembut. Seperti dijangka, Darrel akhirnya tenang. Febrina memandang Mike yang setia di sisi Darrel "biar aku tenangkan Putera Darrel. Kau boleh sambung kerja" Mendengar perintah itu Mike menundukkan badan buat sekian kali dan melangkah pergi. Para pekerja juga sudah beransur dan sambung melakukan tugas mereka.

Febrina menarik Darrel masuk ke bilik pejabat Darrel. Pintu ditutup. Dia menolak perahan tubuh Darrel agar lelaki itu duduk di sofa. Febrina masih tidak bersuara. Dia mengambil sebotol air mineral yang memang tersedia di bilik Darrel dan diberikan kepada lelaki itu. Air terkandung diteguk sehingga habis. Dia mengelap mulutnya menggunakan belakang tangan dan botol plastik itu dicampak tepat masuk ke dalam tong sampah.

Febrina melabuhkan punggung di sisi Darrel "kenapa abang marah-marah ni?" Bahu Darrel diusap lembut. Darrel menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan kemudian dia membetulkan kedudukannya memandang Febrina.

"Projek pembangunan restoran dekat Qalen dibatalkan"

Febrina berkerut. Setahunya projek tersebut memakan berjuta ringgit jadi memang Darrel akan mengalami kerugian yang besar sekiranya projek berkenaan dibatalkan "pelabur tak jadi melabur. Dia kata ada pecah amanah dalam projek tu" Darrel memandang bawah. Wajahnya memang jelas menunjukkan dia kecewa.

"Siapa yang handle projek tu selain abang?"

Darrel menggeleng kepala "abang yang handle tetapi auntie Ashana ada pegang syer juga"

Hati kecil Febrina sudah mengeluarkan perasaan-perasaan kotor. Boleh percaya ke wanita tu?

"Boleh bagi Febrina resume projek tu? Febrina cuma nak tengok je"

Kini giliran Darrel pula berkerut "Febrina nak tengok apa?"

"Saja. Mana lah tahu Febrina tahu sikit-sikit. Abang lupa ke Febrina pun ambil business" Wanita itu tersenyum kecil membuatkan Darrel tertawa kecil.

"Abang, kita makan dulu. Febrina dah masakkan untuk abang" Febrina menarik tangan suaminya dan dibawa ke meja kerja suaminya yang sekarang sudah menjadi meja makan.

Darrel duduk di kerusi lereng kepunyaannya dan Febrina pula duduk di kerusi bertentangan. Febrina membuka penutup bekas makanan dan memberi Darrel lauk-lauk yang dimasaknya.

Setelah selesai makan dan mengemas meja, Darrel kembali menyambung kerjanya. Febrina menjadi peneman setia. Sambil-sambil meneman suaminya, Febrina menyibukkan dirinya dengan telefon bimbit. Bertanya khabar pada Cik Sal, Kak Azia, Celine dan kawan-kawannya yang lain

Oh ya dan tak terlupa juga budak yang bernama Isander. Semenjak Febrina pulang ke rumah agam Darrel, remaja itu tidak henti-henti bertanya bila mereka berdua mahu kembali ke istana. Sedangkan ketika itu mereka baru 15 minit ke keluar dari kawasan istana.

Febrina mengangkat muka apabila mendengar bunyi pen yang diletak. Suaminya sudah tersandar di kerusi dengan mata yang tertutup. Kesian Darrel. Tentu badannya lelah tetapi dia tak boleh rehat disebabkan terlalu banyak kerja.

Febrina menarik kerusi plastik dan diletakkan di sisi Darrel. Febrina memaut tangan suaminya dan digenggam. Kepalanya dilentokkan pada bahu Darrel.

"You know you can rest. Don't be hard to yourself "

Darrel mengukir senyuman. Matanya tiada inisiatif untuk buka. Dia selesa dengan posisi sekarang "i'm fine sayang. Don't worry"

Balasan dari Darrel hampir-hampir membuat Febrina menggulingkan bebola mata. Memang itu sahaja yang keluar dari mulut suaminya itu. Sikit-sikit 'I'm fine' tetapi bila letak kepala je terus berdengkur tak ingat dunia.

"Kalau abang ada nak minta tolong Febrina. Abang boleh beritahu. Febrina boleh je tolong"

"Just stay with me" Dahi Febrina dikucup lembut.

"Itu je?"

Darrel mengangguk. Dia memandang wajah isterinya. Febrina membetulkan kedudukan memandang wajah tampan Darrel. Darrel mengangkat tangan. Kedua-dua tangannya direhatkan di pipi Febrina. Pipi mulus itu diusap lembut.

"When I look at you I wonder if I did something really good to get such a marvelous gift from Allah. You have been a blessing in my life. You fill all the emptiness in my heart. I'm so thankful to have you in my life. I've never been so scared of losing something in my entire life. But nothing in my life has ever meant as much to me as you do. Falling in love with you is the moment I got a cause to fight for and a reason to live for. I..." Darrel menelan ludahnya seketika. Pandangan mereka masih bertaut antara satu sama lain.

"I love you" Sejurus itu air mata Febrina mengalir setitis demi setitis. Air mata yang mengalir kerana kebahagian yang melampau.

Sesungguhnya dia tidak pernah rasa perasaan dicintai dan disayangi oleh orang lain selain nenek.

Hatinya melonjak kegembiraan. Bibirnya mengukir senyuman dan deraian ketawa kecil memecahkan kesunyian. Pasangan itu menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan gigi mereka yang putih. Wajah mereka tidak usah diperjelaskan memang kelihatan berseri-seri yang menandakan keriangan yang benar-benar dirasai oleh mereka berdua.

"I love you too" Mungkin sudah masuk 2 bulan lebih mereka berkahwin dan ini ialah luahan pertama mereka.

Darrel mengusap air mata isterinya menggunakan ibu jari. Dahi mulus itu dikucup lagi dan lagi dan lagi sehingga membebaskan tawaan kecil dari sang isteri.

I'm Not A PrincessМесто, где живут истории. Откройте их для себя