Chap 15

876 130 76
                                    

"Pergi lah ke hutan Drablue. Duduk di sana sehingga majlis perkahwinan kamu berlangsung" Raja Aqbari menepuk pundak Darrel berkali-kali.

Darrel mengangguk faham. Ini adalah salah satu perkara wajib yang perlu dia lakukan. Calon future king dan future queen tak boleh bertemu beberapa minggu sebelum perkahwinan.

Jadi Darrel dan Febrina perlu duduk berasingan selama dua minggu. Ferbina kekal tinggal di istana manakala Darrel perlu ke hutan Drablue kerana di sana ada istana persendirian milik keluarga mereka. Istana berkenaan berukuran sederhana besar. Hanya digunakan untuk hal-hal berkaitan sahaja.

Tetapi Darrel selalu menetap di sana. Kedudukannya yang berada di hutan membuat Darrel berasa tenang.

"Bawa lah segala persiapan ke sana Darrel. Nanti bila majlis tiba kamu sudah lebih bersedia" Papanya menyerahkan beberapa file dokumen yang harus dia pelajari.

"Baik lah pa. Darrel minta tolong tengok-tengokkan Febrina"

Raja Aqbari mengangguk sambil tersenyum "semua orang di istana ini akan menjaga dia. Kamu yang perlu berjaga-jaga di sana"

Darrel mengenggam erat pedang yang dibawa bersama. Dia menganggukkan kepala dan melangkah keluar bersama Mike dan beberapa orang pengawal istana yang lain.

Mereka menaiki kereta ke sana. Setelah sampai Darrel keluar dari perut kereta. Pintu istana berkenaan dibuka dan dia melangkah masuk.

Bilik menjadi tujuan utama. Segala file yang dibawa dilambakkan di atas meja kemudian dia segera melakukan tugas-tugasnya.

Darrel menyemak kembali dokumen berkaitan bencana di Selantan Larriance. Segala punca-punca terjadinya bencana itu dikaji olehnya. Selatan Larriance merupakan tanah rata. Jadi macam mana boleh berlakunya tanah runtuh di sana.

Foul play?

Darrel menyandarkan badannya di kerusi. Dia sampai di tempat kejadian lewat 2 hari sahaja tapi yang anehnya polis dari dua wilayah tersebut pening untuk menyiasat kes ini. Disebabkan bencana itu berlaku di sempadan Northsway dan Anasillis jadi polis dari dua wilayah itu saling menolak antara satu sama lain. Mereka keliru sama ada polis Northsway atau polis Anasillis yang perlu bertugas.

Envar. Lelaki itu langsung tidak mambantunya menangani bencana ini. Korban semakin bertambah, kerugian semakin meningkat. Dia perlu biarkan polis memeriksa punca bencana itu berlaku sebaliknya dia perlu fokus untuk menyediakan tempat kediaman baru untuk mangsa yang terlibat.

SAP!

Anak panah tepat mengenai sasaran. Febrina menurunkan panahnya dan tersenyum puas

"Baik lah Kak Febrina" Isander menepuk tangan. Febrina hanya tersengeh. Selepas berhari-hari berlatih akhirnya dia mahir memanah.

Kemahiran memanah ini memang amat penting untuk seorang puteri. Sekurang-kurangnya seorang puteri perlu ada satu kemahiran dalam bersenjata, tak kira lah pedang ke, senapang ke atau memanah ke yang penting ada kemahiran.

Kemahiran ini amat penting bagi seorang puteri untuk membantu putera raja dalam aspek apa pun.

"Tahniah Febrina" Kak Lia turut tersenyum manis. Lega akhirnya Febrina dapat memanah dengan baik. Selalunya anak panah akan melencong dari sasaran.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now