Chap 19

830 118 76
                                    

Darrel memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Darrel sudah tahu semuanya. Sebenarnya sejak awal dia sudah tahu cuma dia mahu kepastian dan tidak mahu tuduh melulu.

Namun sepupunya ini betul-betul mencabar kesabarannya. Sedangkan dia adalah bakal raja. Envar sepatutnya hormat Darrel sebagai bakal pemerintahnya.

Sebenci apa pun mereka berdua tentu akan ada formaliti yang halang. Envar perlu mematuhi apa yang diucapkan oleh Darrel. Dia hanya pewaris bagi Putera Winshal dan tak lebih dari itu. Jadi dia tiada hak untuk menentang bakal raja mereka.

Mike bersama pengawal lain berdiri di belakang putera mereka. Menanti arahan yang keluar dari mulut Darrel. Mata pula melilau memandang sekelilingnya. Takut-takut ada bahaya yang menyerang.

"Yes Ivander?" Kata-kata Envar mengundang pelbagai mata pedang yang diacu ke arahnya.

Tiada siapa boleh memanggil Putera sulung Ebrahim dengan nama kedua. Itu adalah kesalahan. Hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan memanggilnya tanpa gelaran 'putera' tetapi hanya boleh menggunakan nama pertama.

Lelaki di hadapannya ini menantang berani bakal raja mereka tanpa memikirkan hukuman yang mungkin menimpanya.

"Please show respect to our future king prince Envar" Mike masih menghunus mata pedang ke arah Envar namun lelaki itu tetap mengutuhkan senyuman menjengkelkan di bibirnya.

Dia tahu yang Darrel tidak akan melukainya. Dia adalah darah daging Darrel, tak akan lah bakal raja mereka bunuh darah dagingnya sendiri? Tentu busuk nama Darrel dibuatnya.

Darrel menurunkan pedang Mike. Melihat tindakan putera itu akhirnya semua pengawal menurunkan pedang dan dimasukkan kembali ke dalam sarung.

"Upacara pembersihan Selantan Larriance diadakan esok. Kau kena datang"

Selepas berminggu-minggu akhirnya semua korban sudah dikeluarkan. Hanya tinggal sesi pembersihan sahaja yang perlu dilaksanakan. Perkara ini penting kerana semua kerabat diraja akan turun dan sama-sama menghadiri upacara berkenaan.

Akan ada beberapa orang kuat agama dari berbagai agama untuk membersihkan tempat berkenaan.

"Aku datang dengan mama"

Lelaki tampan itu memeluk tubuhnya. Memandang bosan ke arah sepupunya itu. Darrel terlalu komitmen dalam hal ehwal negara. Memang semua rakyat jelata amat mengagungkan kehebatan putera mereka.

Envar benci untuk mengakui hal ini tetapi memang terlalu susah untuk merampas takhta yang dimiliki Darrel. Dia mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dan tak akan pernah mengabaikan rakyatnya.

KEESOKAN harinya, semua keluarga Ebrahim sudah berkumpul di Selatan Larriance iaitu sempadan Northsway dan Anasillis.

Keluarga Ebrahim dikelilingi dengan pasukan tentera mereka bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Dua baris tentera dan baru lah diikuti dengan segerombolan rakyat jelata yang turut ikut bersama.

Raja dan Ratu berdiri di hadapan sekali dan baru lah diikuti dengan Darrel, Febrina dan Isander dan belakang barisan pula ialah Envar dan mamanya.

Febrina menundukkan kepala, menghormati upacara yang sedang dijalankan dari pelbagai agama. Kepalanya sudah rasa pening, tak tahu sama ada dia terlalu penat atau suasana yang terlalu ramai.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now