"Kau sedang bekerja untuk diri kau sendiri. Untuk ganti balik duit aku. Dalam erti kata lain, untuk selamatkan nyawa kau sendiri."

"Huh, tak habis-habis nak ugut aku," rungut Kai. Botol Red Bull di tangan, dia lempar masuk ke dalam tong sampah. Kakinya dibawa mendekati Athena. Kemudian, dia menyambung.

"Tapi tak apa. Sebab kau cantik, aku tak kesah. Ugutlah aku macam mana pun, aku rela."

Athena menayang muka tak ada perasaan. Dia menjatuhkan duduk atas kerusi yang terletak di celah-celah barang Kai. Matanya ditala kepada tiga monitor atas meja.

Kai yakin Athena tidak faham pun setiap gambar rajah, tulisan mahu pun nombor yang terpampang di situ. Tekaannya benar bila wanita itu kembali melihat kepadanya.

"So, I guess sekarang kau dah tak sibuk. Itu yang tiba-tiba rajin melayan aku."

Telinga Kai terbuka luas.

"Eh, kejap-kejap! Aku macam dengar bunyi orang merajuk kat sini."

Pantas Kai mengambil kerusi di sebelah, duduk dan menolaknya hingga ke depan Athena. Wanita itu tampak terpanar.

"Kau merajuk, ya? Sebab aku tak layan kau sebelum ni." Terjongket kening Kai saat menyoal. Turun naik.

Athena terlopong.

"Aku? Merajuk? Tak kuasa!"

"Yalah tu." Kai mencebik. "Cubalah mengaku perasaan sendiri tu sikit. Bukan susah pun. Kau cuma perlu buka mulut..."

Kai membuka mulutnya besar-besar.

"Haaaa, macam ni. Lepas tu cakap..."

Sekali, Kai berdehem.

"Aku merajuk. Aku sedih sebab dah seminggu kau tak nak layan aku. Aku datang, kau buat tak tahu. Aku tegur, kau tak jawab. Aku bagi makanan, kau tak makan," ucap Kai dengan rupa ala-ala kesedihan. Siap dengan kedua-dua tangan diletak atas dada.

Sesaat kemudian, dia mengubah riak muka semula. Jadi ceria.

"Haa, macam tulah. Cuba buat."

Athena merenung tepat ke muka Kai. Tajam sekali.

"Kau gila, kan?" Dia bertanya pendek.

"Gilakan kau." Selamba, Kai membalas.

"Tak ada ayat lain? Ayat klise tu juga yang kau nak guna," sindir Athena.

"Klise, memang ya. Tapi selalu menjadi dengan perempuan-perempuan lain."

"Sorry to disappoint you, then. Aku bukan macam perempuan lain."

"Memang pun. Perempuan lain tak seganas kau."

"Kau ni..." Sejenak, Athena berhenti dan menghela nafas dalam-dalam. "Okey, aku malas layan kau dah. Aku datang nak tanya."

"Macam mana perkembangannya sekarang? Itu yang kau nak tahu, kan?" sampuk Kai. Sudah berwajah serius.

"So, how?"

Kai mengeluh.

"I'm stucked."

"Stuck?" Nada suara Athena ternaik sedikit. Kedua-dua matanya juga membesar.

"Janganlah tengok aku dengan muka cuak macam tu sekali. Aku cuma perlukan masa sikit lagi."

Suasana tiba-tiba hening. Athena tidak mengata apa-apa. Tetapi matanya sudah cukup berbicara. Sedikit-sedikit, mengecil. Menandakan syak wasangka yang menyirap masuk ke dalam diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CODE NAME COBRA (Published)Where stories live. Discover now