LYMHP•3(edited)

14.8K 637 15
                                    

Tengku Rayyan pov-

"Fine! Kau denda jelah asalkan kau puas. Aku dah penat layan karenah orang sekeliling aku yang takkan pernah nak faham aku!" Asal minah saleh ni? Emo semacam je. Aku salah timing ke ni?

Aku melihat dia menekup wajahnya di atas meja. Bahunya terhinjut-hinjut. Nangis lagi ke? What should I do?

Aku mencuit bahunya" Weh, ka-kau nangis ke. Sorry la. Okay aku tak jadi hukum kau eh? Dahlah jangan nangis."

Readers pov-

Tanpa mereka sedari, Bella dan Liya memerhatikan mereka dari pintu kelas.

"Serious lah tu Tengku Rayyan Iskandar, Bella?" Liya menggosok matanya berkali-kali berharap apa yang dilihatnya sekadar mimpi.

"Ha'ah lah weh. Tu Rayyan ngan Rissa. Tak pernah aku tengok dia bercakap dengan perempuan. Tu, siap pujuk bagai si Karissa tu." Teruk sangat ke Rayyan tu? Hehe.

"Kau dengar tak ape yang dia cakap tadi?" Lia ni memang telinga kuali ke apa? Tak baik curi dengar.

"Yup. Dia cakap sorry kat Karissa. Haihlah kawan kita sorang tu. Untung ler. By the way, asal dengan Rissa tu eh. Nangis bagai. Kesian aku tengok." Liya hanya menjongketkan bahu.

Tak lama lepas tu, murid2 yang lain pun masuk ke kelas.

End pov-

"Weh Rissa, kau okay tak? Asal aku tengok kau macam sedih je ni?" Bella menyentuh bahu aku. Aku rasa tersentuh dapat kawan baik macam ni even aku baru beberapa jam kat sini.

"Korang nak tau tak sebab aku pindah sini?" Mereka mengangguk laju. Haihh +_+

Aku mula menceritakan kisah aku bersama Austine. So, aku lega sikit bila berjaya share benda ni daripada aku pendam sorang2. Setakat ni Maya je tahu tentang ni.

Salah satu sebabnya jugak, mummy aku yang suruh. Katanya ada benda yang penting yang amat. Aku pun tak berminat nak tahu dengan lebih lanjut.

"Oh, jadi sebab tulah kau sedih waktu rehat tadi? Rayyan pujuk pun kau masih nangis. Kalau aku kan, kalau si Rayyan tu pujuk, aku rasa, akulah orang yang paling bahagia di dunia ni. Huhu-.-;” Taguna! Diorang nampak aku nangis ke. By the way, sape Rayyan eh? Mamat sengal tu ke?

"Rayyan? Sape tu?"

"Alaah.. Yang pakai kot waktu pujuk kau rehat tadilah." Oh nama dia Rayyan lah ye. Nice name.

"Dia tu ketua pengawas kan? Aku ada dengar dia cakap yang dia head prefect sekolah ni tadi. Hmm.. By the way, apa yang best tentang dia sampaikan korang rasa korang yang paling bahagia kalau dia pujuk. Tak paham aku weh." Aku ni memang lembab sikit kalau bergosip.

"Kau tak tau ke?!" Liya memegang bahu aku sambil matanya terbuka luas. (Korang paham kan? Alah.. Riak exited bila korang nampak gajah tetibe boleh terbang then korang bagitau kawan korang. Ape aku merepek ni?!(¬_¬)ノ

"Kau ni! Dah sah-sah lah dia tak tau. Baru je pindah tadi. Dia bukan makcik bawang macam kau." Haha.. Bella menonjol kepala Liya perlahan.

"Asal dengan mamat tu?" Still nak tau juga ke Karissa oit?

"Dia tu tak pernah nak bercakap dengan mana-mana perempuan kat sekolah ni melainkan adik dia kau tau tak? Aku pun terkejut tadi bila dia mintak maaf kat kau. For the first time beb!" Pelik sangat mamat tu. Broken macam aku gak ke?

"Asal dia macam tu pulak? Broken ke?" Aku mengerut dahi.

"Tak. Rayyan tu mana kenal apa itu cinta. Hati batu benorr! Dahlah garang nak mampus, tegas melebih pulak tu. Tapi kitorang okay je ngan dia sebab dia hensem." Menyempat lagi Liya ni.

"Hmm. Okaylah, aku nak gi tandas kejap." Mesti muka aku masih merah akibat lama sangat nangis kan?

.....

Sedang aku ingin melangkah menuruni tangga,

Bukk'

"Auchh!" Raksasa mana pulak yang langgar aku ni?

"Woi! Mata kau letak mana hah?!" Aku memandang raksasa yang menjerkah orang dengan 'beradab' tadi.

"Sorry." Aku bangun ingin angkat kaki, blah dari tempat tu.

"Sekarang, disebabkan kau dah langgar aku, aku nak denda kau."

Love You My Headprefect!Where stories live. Discover now