19

1.7K 136 91
                                    

BUNYI gelombang kuat tiba-tiba menarik perhatian mereka. Mereka menutup telinga dek kerana bunyi yang mampu menghancurkan diri mereka itu.

Setelah agak lama, bunyi itu tetap jua tidak berhenti. Esyraf yang tidak tahan segera menjerit garang dan ganas.

"Diam! Aku cakap diam. Benda remeh kau buat ni takkan mampu cilakan aku, so diam dan jangan kacau kitaorang!" Jeritnya lantang seakan betul-betul mengamuk. Dan secara tiba-tiba jua, bunyi gelombang itu berhenti.

Mereka melopong melihat Esyraf. Ya, kerana dia sendiri tidak perasan bahawa dirinya sudah berubah kepada sesuatu yang ——-

Menakutkan.

"Weh bro bro, kau asal ni? Adu aku pulak naik seram tengok. Tukarlah diri kau balik. Lepastu kita pura-pura tidur. Patu bangun. Aku tahu sekarang ni kita tengah dibuai mimpi, dah bangun nanti kita pergi makan cendol. But first, tukar balik diri kau bro." Pinta Ezzam yang ketakutan.

Esyraf. Kepalanya keluar tanduk merah. Badannya menjadi sasa. Matanya merah dan garang. Mukanya semakin menakutkan dannnnn, gayanya serupa ketua syaitan. Dia menelek dirinya.

"Weh zam, aku takut. Asal aku macam ni? Makkkk! Jangan buat i macam ni. I suciii!!" Kata Esyraf.

"Ceh tadi bukan main tunjuk kuat sangat. Kejap je, ingatkan dah berubah. Kecut jugak sebenarnya." Marah Arfa. Mereka mengeluh. Alahai Esyraf.

"Macam mana kau boleh jadi macam ni?" Soal Adeline. Mata mereka semua tertumpu kearah Esyraf menunggu jawapan.

"Aku taktahu. Aku marah sangat tadi, so aku tak tahan. Tiba-tiba je aku jadi macam ni." Jawabnya. Fawaz berfikir sejenak.

"Aku dah faham. Gelombang tadi, gelombang tadi yang buat kau jadi macam ni. Dia set kan gelombang yang mampu buat kau ubah diri kau. Tujuannya satu, nak mempergunakan kau, sebab kau Raja Rimba."

ARFA berjalan perlahan-lahan mendekati pintu gua hari lalu. Diketuk-ketuk bahagian hadapan tersebut tetapi masih juga tidak dapat masuk.

"Tak payah lah kau berusaha sangat Fa. Kita takkan boleh masuk sebab tu pintu keluar. Sri dah tutup jalan tu." Beritahu Adeline.

"Macam mana kau tahu?" Tanya Fawaz. Adeline tersenyum sinis.  "Kau akan tahu nanti."

"Tak sekarang yang aku tak fahamnya, kita nak buat apa dalam hutan tebal ni? Dia nak suruh kita buat apa? Tanam nenas? Ke buru binatang? Ke buru anak dara orang?" Gurau Ezzam. Lalu Adeline memandang tajam ke arah Ezzam.

"Abang." Guraunya sambil membuat suara pondan. Dan mereka bergelak tawa bersama. Timbul satu perasaan bersyukur dalam diri Fawaz terhadap perubahan kawan-kawannya. Sikit je lagi dan semuanya akan kembali seperti sedia kala.

Sedang mereka melayan sesama sendiri, datang seekor serigala berlumuran darah menghampiri mereka membawa sepucuk surat.

Mereka menoleh.

Alangkah terkejutnya, "Weff!" Jerit Arfa kuat, menghampiri diikuti Adeline. Mereka memegang ketat badan serigala tersebut sambil mengusap perlahan dengan tangisan.

"Weff, siapa buat kau macam ni? Mana kau pergi? Kenapa baru sekarang kau muncul?" Kata Adeline. Binatang itu sekadar terbaring lemah sambil menyalak memberi tahu bahawa kedatangannya berhajat.

Mereka membelek badan serigala itu.

Aha! Surat. Adeline mencapai dan membuka surat itu dan membacanya kuat.

"Korban sesama korban, jumpa atas awan, bunuh diri bunuh, jumpa ketua atasan." Baca Adeline.

Fawaz, Esyraf dan Ezzam menggaru kepala mereka yang tidak gatal. Apa maksudnya? Nak kata bagi pantun, lari benor ayatnya. Ni mesti fail bahasa melayu spm. Akak dah cakap belajar betul betul kan ha marah ni wek!

Arfa menggeleng laju bersama tangisan. "Weff, Sri ke buat macam ni? Tapi kenapa? Bukan kau tinggalkan kitaorang sebab nak jadi pendinding Sri ke?" Soalnya.

Serigala yang nyawa-nyawa ayam itu menutup mata. Adeline menggeleng perlahan. Sampai hati kau Sri! KAU KHIANATI AKU!

"Sri Umirah, Tunggu hari kiamat kau." Lantang Adeline berkata.

MEREKA berlegar seperti mencari sesuatu.

"Cari lagi weh sampai jumpa. Mesti ada."

Esyraf menggaru kepalanya yang tidak gatal, "Kita cari apa ni? Batu permata ke? Kot ye pun nak kaya cepat tunggu la sampai kita keluar dari sini dulu. Ini tak, tengah nazak-nazak nak mati dah ni pun sibuk lagi cari batu permata? Emangnya mahu buat batu nisan emas? Susahlah korang......." Lalu mulutnya ditekup Fawaz.

"Kau ni bisinglah. Kita cari petunjuk. Mesti ada. Takkanlah Sri tak tinggalkan petunjuk? Sebab dia sendiri nak kita cari dia." Terang Fawaz. Esyraf mengangguk. Tetapi lain pula pada ayat Ezzam.

"Sayang sabar jap, abang tengah kutip balik cinta kita yang suci ni." Katanya merujuk kepada Arfa berbaur gurauan. Lalu kepalanya diketuk.

"Kepala hotak kau sayang abang banggang semua." Marahnya. Ezzam mengaduh. Adeline menggeleng kepala.

"Masa macam ni pun nak gaduh juga ke? Haih la korang ni." Katanya. Tetiba Adeline terdiam seribu bahasa apabila dia memandang Esyraf. Dia menenungnya lama.

Esyraf yang perasan akan hal itu turut memandang Adeline seperti yang dilakukannya.

"Asal? Even aku ada tanduk pun nampak macho kan? Dah jatuh cinta ke?" Soalnya gurau. Adeline tersenyum.

"Aku dah nampak dah petunjuknya." Kata Adeline. Mereka yang lain tercenggang.

"Hah? Manaaaa?" Jerit Fawaz teruja.

"Tu." Katanya memuncungkan bibir kearah Esyraf.

"Dia lah petunjuk kita." Selorohnya.

Esyraf yang perasan dirinya yang dikatakan melompat riang. "Yayyyy aku petunjuk!"

"Tapi macam mana kau tahu?" Soal Arfa setelah lama mendiamkan diri.

"Kau tak pelik ke kenapa tiba-tiba Sri bagi kita gelombang yang kuat supaya Esyraf bertukar? Dia nak Esyraf jadi diri dia iaitu Raja Rimba yang sebenar dan cari dia sendiri. Dengan keupayaan Esyraf dan keistimewaannya, dia mampus." Terang Adeline. Arfa mengangguk faham.

"Tapi aku pun watak penting hm." Cakap Ezzam. Rileks part kau nanti.

Fawaz memandang Esyraf. "Budak bodoh ni ada keistimewaan dan keupayaan? Hidung pun keluar hingus lagi apa je yang dia ada?"

Esyraf menjeling geram.

"Wey cuba kau ingat balik memori ke apa ke? Aku yakin petunjuknya kau. Kita kena cari Sri sampai jumpa. Binatang tu tak boleh dilepaskan macam tu je. Aku nak tebus kematian Weff." Cakap Arfa. Adeline mengangguk. Esyraf memejam matanya rapat tetapi dia tidak dapat mengingati apa-apa dan berputus asa dengan awal.

Ezzam yang melihat aksi itu berjalan mendekati Esyraf. "Bro takpe. Cuba lagi. Aku support."

Katanya dan memegang bahu Esyraf tanda memberi sokongan. Dan tiba-tiba, badan mereka mengeluarkan cahaya putih yang terang dan mereka berdua terapung di udara.

Yang lain hanya melihat kejadian tersebut dan tersenyum sinis.

"Macam tu rupanya."

The HighSchool Killer ( Slow Update ) Where stories live. Discover now