21

137 11 13
                                    


SOALAN yang ditanya dibiarkan sepi. Adakah cara untuk merungkai semua misteri yang terjadi kepada mereka dan sekolah ini?  

''Sebenarnya dulu aku bukan manusia. Lebih tepatnya, aku adalah serigala yang datang dari dunia bunian. Macam dunia khayalan tu. '' Ujar Arfa perlahan memulai kata. 

''Aku bertemu dengan Ad masa peperangan tahun 1485 dimana Ad merupakan ketua serigala yang paling digeruni pada abad itu. Peperangan itu telah mengorbankan lebih 10 ribu orang bunian dan serigala dan motif peperangan tersebut adalah merebut taktha, harta dan kuasa. Aku dan Ad tewas dalam peperangan tu. Tapi yang lebih mengejutkannya, kami bangun pada tahun 1889. Bangun sebagai roh manusia. Roh yang tak akan mati. Eh silap, tak boleh mati.'' Ujarnya panjang satu persatu. Air liur diteguk. Oh macam tu ceritanya. 

''Kenapa tak boleh mati?''Tanya Ezzam hairan. Adeline tersenyum sinis. 

''Tak tahu. Kitaorang dah pernah cuba tikam diri sendiri. Ah boleh kata macam-macam cara kitaorang dah cuba untuk matikan diri sendiri tapi gagal. Ianya akan sentiasa berubah kepada bentuk badan asal kami.'' Jawab Adeline. Mereka mengangguk faham. 

''Jadi, aku dan Arfa buat keputusan untuk hidup macam biasa. Macam manusia biasa. Tak mati, tak tua. Sampai lah ada satu masa tu kitaorang seakan mati tapi bernyawa. Sejarah silam dahulu kala keluar memberikan kebenaran dan petunjuk kenapa kitaorang tak boleh mati.''

''Kenapa?" Tanya Esyraf hairan. Ezzam turut menggarukan kepalanya tanda tidak faham dengan situasi yang terjadi sekarang. 

''Sebab Raja Rimba. Urusan sejarah Raja Rimba yang telah muncul sejak zaman dahulu kala di dalam peperangan telah kembali lagi dan korang adalah 'masalah' yang sepatutnya kami selesaikan.'' Terang Fawaz pula. Semakin pelik penerangan yang diberikan oleh mereka. Apa semua ni? Masuk akal ke? 

Ranting-ranting yang bersepah di tanah dikuis dan dipijak. Fikirannya semakin buntu. 

''Okay stop. Aku taknak dengar dah cerita karut zaman purba korang ni. Just bagitahu aku apa perlu aku buat? Selesaikan masalah Ezzam dan Arfa ni dahulu. Lepastu kita buru Sri.'' Beritahu Esyraf. Sekarang ni dah tak ada masa nak borak panjang-panjang. Cerita ni dah nak habis dah pun. 

''Kalau kau nak singkat sangat, okay. Bagi aku satu per lima darah campuran kau dan Ezzam untuk Arfa minum. Dan masalah mereka akan selesai begitu sahaja.'' Ringkas Adeline berkata. 

Ezzam yang mendengar memandang Arfa. Sebenarnya dia lebih rela untuk mengahwini gadis serigala itu akan tetapi tok kadi pun tak ada kan. Apa boleh buat? Baru malam-malam nak feeling peluk isteri. Hehehe

Tanpa membuang masa, Esyraf mencapai kayu di sisinya dan dipatahkan. Hujung pokok diasah menggunakan batu untuk menjadikannya tajam. Mereka hanya memandang kosong terhadap perbuatan Esyraf. 

Esyraf menghulurkan satu kayu yang sudah diasah sebagai penukar pisau dan dihulurkan ke arah Ezzam. Ezzam mengambilnya dan sekali lagi menoleh memandang Arfa. 

''Muka kau tu dah la buruk. Jangan pandang aku la.'' Kata Arfa seakan marah. Tetapi lain pula isi hatinya. Sungguh, dia juga rasa terbeban dengan situasi itu. 

Ezzam tersenyum, ''Kau sebenarnya takut kan tengok aku toreh badan sendiri dan keluarkan darah untuk diberi minum kepada kau?"' 

Arfa terdiam. ''Benda ni memang akan selesaikan masalah, tapi ianya akan jadi sakit yang sangat sakit untuk kau dan Esyraf.'' Esyraf mendekat. 

''Aku sebenarnya taknak fikir dah. Aku cuma nak jumpa Sri dan stopkan permainan bodoh ni. Takde siapa di antara kita yang mati dan perlu mati.''Kata Esyraf tegas. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The HighSchool Killer ( Slow Update ) Where stories live. Discover now