17

2.4K 286 150
                                    

ESYRAF dan Ezzam berjalan rapat mengikuti Adeline dan Arfa dibelakang. Seram! Suasana yang gelap gelita itu boleh membuatkan apa-apa sahaja keadaan berlaku.

Mereka tiba dihadapan pintu tersebut. Hanya dengan duduk sahaja didepan pintu tersebut mampu membuatkan bulu roma mereka naik.

Fawaz yang berada dihadapan sekali menoleh kebelakang. "Raja rimba, masuk dahulu." Pintanya.

Esyraf dan Ezzam tercenggang memandang kearah satu sama lain. Wey gila ke? Takut anjing. "Kenapa kitaorang pula? Taknak lah. Korang lah dulu. Aku anak mak. Takut gelap." Gentar Esyraf.

Arfa menepuk dahinya kuat. Ya allah, mengapalah ada orang yang sebegini.

"Sebab kalau aku yang masuk dulu, aku mati." Cakap Fawaz serius. Adeline hanya membatu disitu.

"Hah, tak faham?" Fawaz menarik nafas dalam.

"Kami semua bukan Raja rimba macam korang. Walaupun kami keturunan yang orang kata memang lebih kuat dan kental daripada korang but still, kitaorang bukan berdarah Raja rimba. Raja semesta dunia. Dekat dalam pintu ni, selangkah kau masuk, diri korang akan berubah." Terang Fawaz

"Macam aku ingatkan, dalam stage ni, kita takkan berkerjasama, sebab kita semua taknak mampus. Jadi masuk." Gesa Adeline yang setelah sekian lama mendiamkan diri.

Esyraf dan Ezzam terkecut perut mendengar kata-kata Adeline. Mereka memandang antara  satu sama lain dan menarik nafas yang paling dalam. Ni lah masanya.

Sebelum melangkahkan kaki, Ezzam memandang belakang. Matanya tajam melihat kearah Arfa.

"Walau apa pun yang terjadi lepas ni, siapa pun aku dan siapa pun kau, aku tetap akan kahwin dengan kau. So, jangan bunuh diri kau. I'll make you mine soon." Lancar kata yang dilontarkan, seakan ikhlas lalu Ezzam menjadi orang pertama yang membuka pintu tersebut dan memasukinya. Hilang. Arfa tercenggang tetapi mengukir senyum lantas mengikut langkah Ezzam.

Adeline dan Fawaz seakan mahu muntah melihat kejadian tersebut. Like ew, dia ingat ni kisah romantik ke? Seterusnya giliran Esyraf, dia memandang Adeline. Adeline menaikkan keningnya tanda bertanya kenapa.

"Aku bukan sialan macam Ezzam nak sweet-sweet tapi thankyou. Kita fight sama-sama eh semua ni. Aku akan betulkan silap mak bapak aku." Tegas Esyraf dan memasuki ruang itu. Adeline sekadar mendengus pelik dan turut juga memasuki ruang tersebut. Tinggal lah Fawaz berseorangan.

"Hm aku nak bagi ayat manis dekat siapa? Tinggal aku sorang je em, yaAllah kau kurniakan lah aku seorang bidadari dari kayanganmu, yang seksi-seksi sikit. Amin." Lalu dia pun turut memasuki pintu tersebut.

MASING-masing terdiam seribu bahasa. Seakan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dihadapan mereka.

Hutan tebal!

"What the onion? Aku tak pernah tahu pun dalam ni sebenarnya hutan tebal? Mommy tak pernah bagitahu pun?" Tanya Arfa. Adeline meneliti sekeliling.

"Ni bukan stage four. Sah-sah mommy rahsiakan daripada kita semua. Ni semua perangkap. Dia nak bunuh kita. Penjaga kini memakan kembali tuan sendiri." Garang Adeline berkata. Matanya dialih kearah Esyraf dan Ezzam. Dia memandang mereka pelik. Arfa turut memandang mereka diikuti Fawaz.

"Mana korang dapat pistol ni weh? Ni pistol pusaka sekolah." Jerit Arfa teruja. Adeline tersenyum sinis. Wow so macam ni la gamenya?

Esyraf dan Ezzam meneliti diri mereka. Baju berubah, kasut, dan segalanya. Mereka seakan benar-benar seperti Raja Rimba sebenar.

Tiba-tiba Adeline menjerit nyaring. "Aku tahu kau ada dekat sini. Sri Umirah, kau dengan mak bapak dorang ni tak kan pernah berhenti selagi tak dapat darah budak-budak ni kan? Kau gunakan kitaorang. Kau ingat akal aku cetek? Ni bukan stage four. Bukan tempat dimana kitaorang boleh berjuang untuk hidup. Tapi ini tempat untuk kitaorang mampus. Aku dah agak dah ni game kau, woi aku Tengku Adeline Humairah, aku bersumpah, aku akan musnahkan sekolah pusaka syaitan yang kau bina atas bantuan syaitan!"

Dan tiba-tiba dia dan Arfa terbang kelangit. Badannya bercahaya. Seakan mendapat kekuatan. Fawaz tersenyum manis melihat adegan itu tetapi bukan Esyraf dan Ezzam. Pelik, terkejut, semuanya ada.

"Apa yang dah jadi? Wey bodoh tolongla dorang." Marah Esyraf.

"Lek, dorang tak kan mati. Ni lah diri dorang yang sebenar." Sejurus berkata Adeline dan Arfa jatuh ke tanah. Mata mereka terus berubah menjadi merah, rambut tersimpul di atas kepala, baju seperti pemburu.

"It's felt so nice dapat jadi diri sendiri." Kata Adeline. Arfa mengangguk. Esyraf dan Ezzam seakan mahu pitam.

"Er hi the new Arfa and Adeline." Tegur Fawaz.

"Bisinglah. Let's hunting." Kata Adeline. Dia memandang Esyraf.

"Selamat berkerjasama Said Esyraf dan Said Ezzam." Kata Adeline. Arfa sekadar tersenyum manis. Apakah?

The HighSchool Killer ( Slow Update ) Where stories live. Discover now