1 5

2.3K 248 21
                                    

ADELINE dengan selamba melangkah kearah mereka. Tangan disilangkan. Mata memandang setiap wajah yang berada disitu.

"So, apa yang terjadi?"

Mereka memalingkan muka.

"Adeline? Tapi... kau? Mac...cam manaa.. " Tersekat-sekat Fawaz bertanya. Terkejut akan kehadiran Adeline didepan mata mereka.

"Since when you care about me, Fawaz? Im asking right now, apa yang terjadi?" Keras suara Adeline. Dipandangnya Arfa atas bawah. Lama. Seperti mengscan sesuatu.

"This is not you. Jangan cakap kau dah... "

"Dia terpaksa Del! Aku yang bagi. Kalau aku tak bagi, Arfa boleh mati. Itu ke yang kau nak?" Potong Fawaz.

Arfa menundukkan wajahnya. Tiada apa yang dapat melembutkan hati Tengku Adeline Humairah sekarang.

Esyraf dan Ezzam hanya memerhati pertelingkahan besar itu sebelum berkata, "Apa benda semua ni?"

Adeline memandang mereka. "Darah siapa?" Soalnya dengan suara yang kembali tenang.

"Ezzam." Fawaz menjawab bagi pihak Arfa. Sekali lagi Arfa mengeluh. Bukan dia yang meminta perkara sebegini terjadi.

Mata Adeline terus tertumpu kearah Ezzam. "Darah kau?"

Ezzam memucatkan muka tidak mengerti.

"Kau nak tahu apa sebenarnya korang ni? Kau nak tahu kitaorang ni siapa? Kau nak tahu apa yang kitaorang tengah bincangkan ni?" Tengking Adeline. Ya. Sudah sampai masanya.

"Korang keturunan Raja Rimba. Percaya atau tak, tolong tanya mak bapak korang yang sebelum ni dah buat perjanjian dengan Sri Umirah. Mak bapak korang cipta sekolah ni dengan perjanjian syaitan. Then lahirkan korang. Aku tak tahu apa rahsia terbesar HighSchool Killer, cuma yang aku tahu, korang dah bahayakan diri korang dengan mengambil risiko untuk masuk ke dalam sekolah ni. Percaya cakap aku, takde sorang pun warga sekolah kat sini expect benda yang macam ni." Terang Adeline panjang lebar. Esyraf dan Ezzam sudah terduduk. Fantasi gila.

"Mesti pelik kan aku dengan Arfa ni apa pula? Baiklah aku terangkan. Manusia ada tiga peringkat. Peringkat bawah, manusia biasa. Yang hidup cara biasa. Tanpa ada apa-apa kuasa. Macam orang luar. "

"Peringkat kedua. Manusia di dalam HighSchool Killer." Belum sempat Adeline menerangkan, Esyraf sudah memotong.

"Apa maksud kau dengan budak-budak dalam sekolah ni?"

Arfa menepuk bahu Adeline.

"Biar aku jelaskan." Pinta Arfa. Adeline diam tanpa mengangguk ataupun menggeleng.

"Kau ingat budak sekolah ni manusia biasa? Dorang liar. Macam Adeline cakap, mak bapak korang bina sekolah ni dengan Sri Umirah atas perjanjian syaitan. Dan setelah sekolah ni terbina, siapa sahaja yang memasuki sekolah ni, akan menjadi liar. Mencari kembali darah tuan mereka, darah Raja Rimba. Itulah jenis budak sekolah ni."

"Mereka fokus juga untuk misi. Tapi lepas dorang mati, dorang bukan manusia dah." Terang Arfa pula.

"Maksudnya? No, jangan cakap..." Tanya Ezzam.

The HighSchool Killer ( Slow Update ) Where stories live. Discover now